→13←

2.4K 378 106
                                    

» Bab 12 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 12 «

Aku membukakan pintu kereta sebelah kanan untuk Sungyoon. Cepat betul masa berlalu, dan hari ni tibalah masanya untuk aku bawa dia ke rumah appa dan omma. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Harap omma dan appa sukakan Sungyoon. Aku menutup pintu kereta apabila Sungyoon sudah masuk ke dalam perut kereta.

Pedal minyak aku tekan, serta-merta kereta aku meluncur di atas jalan raya. Aku pandang Sungyoon yang ada disebelah. Diam tak berkutik. Kalau tak, mulut tu mengalahkan mulut murai. Pot pet pot pet.

Aku menyentuh tangan Sungyoon lalu mengusapnya lembut. Sungyoon tersentak, wajah aku dipandang.

"Awak okay? Janganlah gugup. Saya kan ada dengan awak. Yoon kena behave je. Kawal lurus bendul tu," ujar aku semangat. Sungyoon membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

"Berapa kali saya cakap, saya bukan lurus. Saya perempuan baik." Aku tergelak. Aku genggam tangan Sungyoon erat sambil fokus pada pemanduan.

"Okay sayang. Em Yoon, malam ni appa tak ada. Yang ada omma saja. So, Yoon tak payah kekok tau. Ambil hati omma." Sungyoon meleraikan gengaman daripada tangan aku. Diusap dadanya berkali-kali.

"Ambil hati omma? Maksudnya saya kena ambil pisau, pastu belah dada omma and then bagi dekat awak, hati omma. Kejamnya awak sebagai seorang anak, Jungkook. Saya tak nak buat kerja terkutuk tu. Membunuh tu berdosa tau. Saya tak nak masuk penjara."

Okay. Otak dia dah mereng balik. Aku menampar dahi lembut.

"Bukan ambil hati macam tu, sayang. Ambil hati dengan cara memenangi hati omma saya."

"Aik. Hati pun dipertandingkan ker? Saya tahulah hati ni boleh tumbuh balik tapi kita kena sayang nyawa orang tua kita," ujar Sungyoon penuh tertekan. Pehanya dipukul.

"Haih." Keluh aku sambil meraup rambut ke belakang. Penuh gaya seperti Park Jimin. Aku malas menjawab sebaliknya aku diam. Tak memasal ada yang masuk ICU. Aku rasa otak aku dah 50% mereng disebabkan Sungyoon.

"Jawablah, Jungkook."

"Awak kena buat omma saya suka awak. Macam cakap lemah-lembut, pastu masak sedap-sedap dan kena rajin. Buat apa-apa saja untuk pikat mak mertua awak. Itu pun saya nak kena ajar ker?"

"Oo. Jadi tak payah belah dada omma awak?"

"No sayang! No! Matilah omma saya nanti."

"Ehek. Hihi. Okaylah saya cari tips-tips mengambil hati mak mertua."

💑

"Eh awak! Kenapa kereta ni?" Bunyi kereta agak merunsingkan Jungkook dan Sungyoon. Kedua-duanya saling berpandangan. Kereta Jungkook berhenti mendadak di tepi jalan.

Cepat-cepat Jungkook keluar daripada perut kereta. "Key, what's wrong with you? Aku nak cepat ni." Penutup enjin diangkat lalu ditongkat menggunakan besi.

"Kenapa dengan Key?" soal Sungyoon yang baru keluar daripada kereta. Jungkook memuncungkan mulutnya.

"Key tak hidup."

"Lepas tu start lah balik. Apa susah."

"Yoon, Key tak hidup."

"Start lah balik, Jungkook."

"Yoon, macam mana nak start kalau kereta rosak. Rosak sayang, rosak!"

"Kalau rosak, hidupkan lah balik! Apa yang awak tak faham ni? Kereta rosak, hidupkan balik."

Akhirnya Jungkook bercangkung di tepi jalan raya sambil membuat muka seposen. Dia memanggil pembaiki kereta iaitu Jung Hoseok. Teman baiknya yang mempunyai sebuah bengkel.

Matanya beralih pada Sungyoon yang duduk bersila di depan keretanya. Bamper kereta ditampal dengan sesuatu. Jungkook mengecilkan anak matanya.

"Sungyoon buat apa tu? Duduk sini. Berteduh bawah bayang saya. Panas tu." Arahan Jungkook sama sekali tidak dilayan.

"Saya tengah tampal cool fever dekat kereta awak ni. Mungkin dia demam sebab tu rosak. Dia pun macam kita juga, kena rehat. Kena makan ubat kalau nak sembuh." Jungkook mememekkan mukanya seperti hendak menangis.

"Benda tak boleh hidup, tak akan hidup. Buatlah macam mana sekalipun."

"Haih awak ni. Selama ni dia bawa awak pergi kerja, dia bawa awak pergi jalan-jalan dan dia memudahkan awak. Kalau dia tak hidup, dia takkan bergerak. Cuba menghargai sikit."

"Omma!"

💑

"Terima kasihlah bro! Kalau tak ada kau, memang tak bergerak kereta aku. Nanti lain hari kita minum-minum. Sebab hari ni aku ada hal mustahak sikit," ucap Jungkook lalu merangkul tubuh Hoseok.

"Aih tak apa bro. Kita sahabat dah lama. Nanti aku susah, kau tolong aku balik. Aku pun tak boleh lama-lama sangat ni. Kereta dekat bengkel makin bersusun."

"Rezeki tu Hoseok."

"Aku penat nak handle banyak kerja."

"Tambahlah pekerja. Kau dah kira jutawan sekarang. Hm, aku tak boleh lama-lama ni. Terima kasih sekali lagi."

"Sama-sama."

"Hey awak! Terima kasih sebab datang baiki kereta boyfriend saya. Kalau tak, hmm tak dapat saya nak ambil hati omma mertua saya."

Gang! Dahi Hoseok berkerut.

💭To be continue...

Korang apa khabar?

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now