→26←

2.3K 376 66
                                    

» Bab 25 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 25 «

Lukisan doodle pada pintu bilik tidur, Jungkook tatap lama. Dia akan tinggal di rumah sendiri buat sementara waktu. Biarlah dia bersendirian buat masa sekarang. Tak mahu diganggu sama sekali.

Bunyi pintu diketuk mematikan lamunan Jungkook. Dia membuka pintu rumahnya. Taehyung menolak tubuhnya lembut lalu masuk ke dalam rumah dengan selambanya.

Dia meletakkan buah-buahan yang dibeli di atas meja makan. Dua bungkus nasi juga diletakkan di atas meja. Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Jungkook menutup pintu, kemudiannya menghampiri Taehyung.

"Awal kau datang." Lemah Jungkook berkata. Dia duduk disebelah Taehyung. Yang tahu dia beli rumah hanya Sungyoon dan Taehyung. Betapa istimewanya mereka dimata Jungkook.

"First of all, aku minta maaf sebab ya... Pasal Sungyoon tu. Jujur aku cakap, aku langsung tak kenal Sungyoon tapi kalau dia bendul mungkin aku tak dekati and mesti tu Sungyoon kau." Rasa serba salah menghantui Taehyung.

"Tak ada apa-apa pun. Kau tak salah. Segalanya dah berakhir. Sungyoon tipu aku. Dia pura-pura lurus bendul hanya semata-mata nak cari cinta sejati. Tergamak betul dia buat aku macam tu," jelas Jungkook membuatkan Taehyung ternganga kecil.

"Itulah. Aku pun pelik. Tak ada pun ciri-ciri dia bendul. Kau lepaskan dia?"

"Hmm ya."

"Sayangnya. Cantik, seksi pada wajah, baik, sombong sikit hmm... Perfect. Dia tak pujuk kau?"

"Masa aku tahu, habis-habisan dia merayu. Dia pujuk aku, supaya tak tinggalkan dia. Dia tahu dia bersalah. Alah kenapa perlu libatkan dia. Aih, hati aku dah retak seribu," ujar Jungkook gagah. Tak mahu terlihat lemah dihadapan Taehyung.

Taehyung menghela nafas panjang. Matanya terpaku seketika apabila melihat doodle yang terlukis cantik pada pintu bilik.

"Bila kau buat benda tu? Cantik. Hey, tak pernah aku nampak lelaki minat doodle. Jarang. Yang minat tu, yang mahir lukis saja," kata Taehyung seakan meruntuhkan mood lelaki itu. Sebenarnya dia nak hancurkan doodle tu. Buat apa nak simpan lagi kalau dah jalan cinta dah terhenti di tengah jalan.

"Aku nak rosakkan doodle tu tadi tapi kau yang kacau aku. Terpaksa tinggalkan."

"Heol! Kepala otak kau. Cantik duh. Kau rosakkan, habislah pintu bilik kau ni. Oi, jawablah soalan aku tadi."

"Sungyoon suka doodle. Aku tempah orang untuk lukis benda tu. Teringat masa dia teruja macam budak kecil bila tengok doodle tu." Tanpa sedar Jungkook tersenyum. Mengingati segala gelagat Sungyoon yang hampir membuatkan dia stres dan tercuit hati.

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now