» Bab 21 «
Alunan piano Through The Night by IU berkumandang di dalam bilik Jungkook. Untuk sekali lagi, dia menangis seorang diri. Sudah dua hari dia tidak bertemu dengan Sungyoon. Call tak jawab, mesej tak reply. Adakah Sungyoon benar-benar mahu berpisah dengan dirinya?
Tidak mahukah perempuan itu memujuknya? Ketukan pintu berbunyi, Jungkook mengesat air matanya. Dia menuju ke pintu biliknya lalu memulas tombol pintu.
"Oppa nangis?" Somi bertanya. Risau dia melihat abangnya yang berkurung sejak pulang dari tempat kerja. Lagu-lagu sedih saja yang menjadi halwa telinga abangnya buat masa kini.
"Apa dah jadi? Tell me. I am the only one to hear your problem. Cis, Somi speaking! Tepuklah sikit," kata Somi lalu menolak badan Jungkook masuk ke dalam bilik semula. Dia menutup pintu perlahan-lahan. Tubuh abangnya didudukkan di atas katil.
"Hmm. You such a sweet person, Somi. Oppa tak nak Somi dengar masalah oppa yang entah apa-apa ni," luah Jungkook. Dia masih belum bersedia nak luah pada Somi. Bimbang adiknya memberitahu omma dan appa mereka. Nanti tak pasal-pasal orang tuanya mengejek.
"Oppa ni! Pasal apa? Menangis bagai. Tak macho lah oppa. Cinta?" Jungkook mengangguk.
"Buah hati oppa minta putus. Dia tak nak teruskan hubungan ni lagi sebab omma dan appa tak setuju."
"Hmm, alah broken lah ni? Tak apa oppa. Buat masa ni, Somi masih sibuk, nanti ada kelapangan masa, Somi jumpa kekasih abang tu. Alah tak mahu lah nangis-nangis. Muka macam cute girl. Buruk macam bontot babi." Jungkook menjeling. Kemudian mereka ketawa bersama.
💑
Taehyung membelek-belek baju yang tergantung di dalam butik. Butik itu semua ada. Pilih saja nak yang mana termasuklah baju lelaki. Kemeja biru cair sedikit mencuit hatinya. Terus Taehyung ambil untuk dibawa ke kaunter. Baru saja dia melangkah, dia terlanggar seorang perempuan.
Refleksnya, kemeja itu dengan sekali perempuan tu pun jatuh. Taehyung mengambil kemejanya langsung menghulurkan tangan kanan. Perempuan itu menyambut hulurannya.
"Maaf sebab langgar."
"Ouh tak apa. Lagipun saya yang tak nampak."
Mereka berbalas senyuman. Ketika itu Taehyung terpaku untuk pertama kalinya.
"Nak pergi bayar ker?" soal Taehyung.
"Ya. Saya minta maaf sekali lagi. Saya mengelamun tadi. Saya perg...,"
"Biar saya belanja awak," ujar Taehyung lalu mengambil beberapa helai seluar jeans dan blouse yang ada ditangan perempuan itu.
"Eh, tak apa. Saya tak nak susahkan awak lagipun saya dah ada duit ni ha," kata perempuan itu. Cuba merampas kembali baju dan seluar yang ingin dibeli.
"It's okay." Taehyung bawa kesemuanya lalu diletakkan di atas meja kaunter. Dia menyuruh jurujual mengira. Selesai saja, Taehyung mengeluarkan kad kredit lalu dihulurkan kepada jurujual tersebut.
"Kita makan nak?" Perempuan itu menggeleng pantas. Baju yang sudah dimasukkan ke dalam plastik segera dia ambil.
"Thank you." Cepat-cepat dia berlari keluar dari butik. Taehyung tersengih. Dia mengejar perempuan itu setelah mendapat kad kreditnya semula.
Untung saja perempuan itu masih dekat, dapatlah juga Taehyung jejak dia. "Awak!" panggil Taehyung. Perempuan itu menggigit bibirnya.
"Apa?"
"Jom makan. Sekali saja."
"Tak naklah."
"Ala, please."
Ha, sudah. Taehyung mula menanam tebu di tepi bibir.
"Sekejap je erk."
"Ya."
💑
"Yeonjun, tolong aku boleh?" Soobin menyoal adiknya. Yeonjun yang sedang membasuh motosikalnya terdongak.
"Tolong apa?" Yeonjun menjongketkan keningnya sebelum menyambung aktivitinya semula. Soobin mengeluh.
"Dulu, aku tak terima lelaki yang bernama Jeon Jungkook tu tapi sekarang, aku rasa dia betul-betul sayangkan noona. Aku nak kita bantu mereka pertahankan cinta mereka. Kau tolong slowtalk dekat noona, aku akan handle bahagian keluarga Jungkook." Cadang Soobin dengan nada perlahan.
"Hmm, aku pun rasa macam tu bila tengok Jungkook bawa keluar noona. Tapi susah nak betulkan keadaan balik. Lebih baik terus terang depan Jungkook daripada rahsia pecah." Soobin mengangguk setuju.
💑
"Jungkook, fikir elok ker main kuis-kuis makanan tu. Depan rezeki, beradab sikit." Jungkook meneroka seluruh giginya menggunakan lidahnya. Dia menyuap makanan ke dalam mulut setelah dimarahi oleh ommanya.
"Suka hati Jungkook lah. Bukannya Jungkook makan pakai tangan omma. Selama ni, omma tak membebel pun," balas Jungkook geram. Ommanya mendengus kecil.
"Kamu makin kurang ajar. Ni mesti perempuan tu menghasut Jungkook supaya terus desak omma dan appa untuk terima dia jadi menantu omma. Well, bendul bukan pilihan omma." Nafas terasa disekat. Jungkook diam. Lama dia memerhati makanan. Sebolehnya dia tak mahu bergaduh. Tapi ada saja ommanya nak cari pasal.
"Yunk, sudahlah tu. Awak pun sama saja. Makan jangan bercakap," tegur Tuan Jeon. Puan Jeon menarik muncung. Somi yang ada ditepi hanya menggeleng-geleng kepalanya.
"Ingat, Jungkook. Omma tak akan terima perempuan lurus bendul tu sebab dia suka hasut anak omma untuk benci omma kan?" Jungkook menghentak meja makan dengan rasa marah meluap-luap. Matanya memcerlung tajam ke arah Puan Jeon.
"Jungkook masih boleh bersabar bila omma kutuk Sungyoon sekali tapi untuk seterusnya, no way! Dan bukan Sungyoon yang menghasut Jungkook supaya jadi macam ni tapi omma sendiri! Omma sendiri! Hik. Hik. Dah dua hari Jungkook tak jumpa Sungyoon and because of you Sungyoon minta putus. Ta... Tak boleh ker untuk sekali, omma penuhi permintaan Jungkook. Beri Jungkook kemanisan dalam percintaan. Jungkook boleh jaga dia. Jungkook tak akan bawa dia ke sini, kalau omma tak nak tengok mu...," Tubuh Jungkook jatuh menyembam lantai.
"Jungkook!"
💭To be continue...
Gais, macam sedih je ff ni. Btw, thanks for 2k views and 1k votes. 😊Terharu
YOU ARE READING
↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[Complete] Jeon Jungkook. Tak terlintas langsung dibenak fikirannya untuk menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang lurus orangnya. Orang tak akan kata dia lurus bendul. Orang akan kata dia terencat. Malah kau akan menyumpah seranah. Sungguhp...