» Bab 20 «
"Tergamak awak cakap macam tu dekat saya, Sungyoon! Be... Berapa kali saya cakap jangan ulang perkataan berpisah tu!" bentak Jungkook kuat sehingga bahu Sungyoon terhincut. Jungkook benar-benar marah. Matanya sudah mula memerah. Dengan air mata yang mengalir dia masuk ke dalam bilik.
Sungyoon tersedar daripada lamunan. Dia tahu dia dah sakitkan hati Jungkook tapi apa yang mampu dia buat lagi. Jujur, hatinya begitu sakit melihat Jungkook menangis. Dia terkenangkan segala pergorbanan yang Jungkook buat demi dia selama sebulan lebih.
Soobin yang sedang khusyuk memandu kini beralih matanya ke arah Sungyoon yang nampak sedih.
"Hey, noona," sapa Soobin. Sungyoon tersenyum kecil sambil mengusap bahunya sendiri.
"Noona ada masalah? Macam mana dengan boyfriend yang selalu bawa noona keluar tu? Tak ada tanda-tanda yang dia nak minta putus." Pertanyaan daripada Soobin mematikan senyuman Sungyoon.
"Noona yang minta putus dengan dia."
"W... What?"
"Tadi, no... Noona terdengar perbualan Jungkook dan Puan Jeon. Mereka bergaduh. Kita orang pun bergaduh tadi. No... Noona tak sangka Jungkook betul-betul cintakan noona yang lu... Lurus bendul ni. Hik... Hikss...," luah Sungyoon sambil menangis. Wajahnya ditekup.
"Keluarga Jungkook tak setuju nak satukan Jungkook dengan noona sebab noona lurus bendul. Noona dah huru-harakan keadaan."
"Tell him the truth. Noona dah jumpa peneman hidup yang betul-betul cintakan noona. Noona tak boleh tinggalkan lelaki macam ni noona. Pa... Pasti hati lelaki tu hancur," kata Soobin jelas sekali membuatkan Sungyoon rasa bersalah.
"No... Noona takut."
"Noona keadaan akan lebih teruk bila noona tangguhkan semua ni. Noona sayang atau tak dekat Jungkook?"
💑
"Monyok saja kau hari ni. Ada masalah ker?" tegur Taehyung apabila menyedari sahabatnya melakukan kerja seperti tidak ikhlas. Ditekan penuh perasaan keyboard komputer. Tetikus pun sampai nak terpelanting. Betapa ganas Jungkook sebenarnya.
"Tak ada apa. Kau jangan nak sibuk!" balas Jungkook agak kasar. Taehyung membuat muka menyampah. Ditanya elok, dijawab seperti musuh. Tapi sepanjang hidupnya, inilah kali pertama Jungkook membentaknya.
"Orang tanya jawab elok-elok. Macam nilah kawan. Bila senang, rapat. Bila susah, menjauh. Hmm...," sindir Taehyung cuba memancing perhatian Jungkook. Aktiviti Jungkook tergendala. Dia memandang Taehyung malas.
"Lunch." Sepatah yang keluar daripada mulut Jungkook membuatkan Taehyung mengangguk faham. Mereka keluar daripada pejabat menuju ke restoran. Jumpa saja tempat duduk yang sesuai, mereka melabuhkan punggung.
"Sun... Sungyoon minta putus dengan aku. Dahlah aku tengah stres dengan omma dan appa aku lepastu Tuan Hoseok pula nak tengking-tengking aku pasal tak siap kerja. Aku rasa fed up dengan Sungyoon. Perempuan tu macam tak bersungguh-sungguh nak teruskan hubungan ni. Masalah saja sikit, terus nak minta putus. Adat bercinta, ada naik ada turunnya," luah Jungkook apa yang terbuku di dalam hati. Seorang pelayan perempuan menghampiri mereka.
"Nak order apa?"
"Nasi goreng biasa dan air manggo. Kau, Taehyung?"
"Nasi, sup daging dan air barli."
"Itu saja? Tiada pertambahan?"
"Ya. Tiada pertambahan."
Pelayan tersebut pergi bersama senyuman. Jungkook kembali serius. Taehyung menyilangkan tangannya.
"Haih. Dah dia nak sangat, kau tinggal sajalah. Perempuan macam tu, tak elok dibuat isteri. Cari yang lebih elok. Aku rasa better kau pilih je yang omma kau pernah calonkan dulu. Yein, Lisa, Yeri, Nancy dan Nayeon. Cantik, bukan tak cantik diorang tu. Kau pun terhindar dari sikap terencat Sungyoon tu even aku tak pernah jumpa dia," cadang Taehyung sama sekali tak dipersetujui oleh Jungkook. Dia bersandar pada kerusi.
"Huh, cinta sangat mahal, Taehyung. Ini merupakan kali pertama aku bercinta dan aku tertarik untuk merasainya. Cinta itu indah, Taehyung cuma kalau tersilap langkah, sangat sakit rasanya. Dan aku rasa aku tak pernah silap langkah dalam bergurau dengan dia. Aku boleh katakan punca ni datang daripada keluarga aku sendiri." Jungkook terasa sebak. Wajahnya disembamkam pada meja makan.
"So, macam mana hubungan kau dan Sungyoon?"
"Gaduh besar dan memang taklah aku nak putuskan hubungan dengan dia. I really love her so much as I love my family. Aku akan cari cara untuk buatkan dia jadi milik aku secara sah dan abadi."
"Seram pula aku dengar. Macam saiko pun ada."
"Taklah. Aku normal lagi. Aku cuma tak nak kehilangan dia."
"If dah tak ada jodoh, lepas je. Ramailah bunga dekat luar sana."
"Dia berbeza, Taehyung. Dia senang untuk dijaga. Macam kanak-kanak yang patuh arahan orang tua dan ya sudah tentu ada nakalnya. Better that one daripada pisau cukur dan pemalas," kata Jungkook lagi. Taehyung mengeluh. Sahabatnya seperti sudah tak waras. Perempuan bendul tu....
Haih, dah rosakkan hidup Jungkook.
💭To be continue...
Sorry sangat!!! Part tadi sangat pendek. 400 lebih je. Biasanya 600-700 wehh. Wattpad Beta dah delete huaaaaa.
YOU ARE READING
↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[Complete] Jeon Jungkook. Tak terlintas langsung dibenak fikirannya untuk menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang lurus orangnya. Orang tak akan kata dia lurus bendul. Orang akan kata dia terencat. Malah kau akan menyumpah seranah. Sungguhp...