→08←

2.6K 392 23
                                    

» Bab 7 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 7 «

Setelah selesai melakukan fotostat, Jungkook termenung. Entah berapa kali dia melihat telefon. Kalau dia telefon, nampak sangat yang dia risau. Ini bukan Sungyoon, kalau dah sehari langsung tak call. Kalau tak, kerja dia nak mengacau saja.

Akhirnya, Jungkook berkeputusan menelefon Sungyoon tapi panggilan itu ditolak.

"Entah-entah dia terasa dengan kata-kata aku semalam. Perempuan ni bukannya boleh percaya. Jawab saja ceria. Haih." Rungut Jungkook lalu memasukkan telefon ke dalam poket seluarnya.

"Kenapa Kook?" soal Taehyung dari arah belakang. Kelakuan Jungkook nampak aneh pada matanya.

"Girlfriend bendul aku, tak angkat call aku. Semalam dia tak call aku langsung," luah Jungkook dengan nada bimbang.

"Aik, patutnya kau okay. Dia dah tak kacau kau kan? Lepas ni, kau tak payah risau dan diri kau tak akan serabut," balas Taehyung hanya dibalas dengan hembusan berat daripada Jungkook.

"Atau kau dah jatuh cinta dengan dia?" Jungkook mendongak memandang Taehyung. Pantas digeleng kepalanya.

"Huh tak mungkin aku jatuh cinta dalam masa sehari. Dah lah dengan perempuan lurus bendul. Aku risaukan dia saja. Takut apa-apa jadi. Sebab semalam aku cakap macam ni dekat dia, aku hanya kesiankan dia." Taehyung mendengus kecil.

"Perempuan macam ni, jangan sakitkan hati dia tau, Jungkook. Sekali dia dah tak suka, padahlah engkau."

"Baguslah! Aku cuma risaukan dia saja. Macam mana kalau dia sakit atau demam?" Jungkook masih mengelak. Taehyung hanya menggeleng kecil.

"Risau tanda sayang. Sayang tanda cinta."

"Tak mungkin."

💑

Jungkook masih tak putus asa. Dia menelefon Sungyoon namun perempuan itu masih tak menjawab panggilannya. Matanya melilau mencari Sungyoon disekitar luar pejabatnya.

Baru saja dia mahu melangkah, kelihatan Sungyoon bermesraan dengan seorang lelaki. Dengan perasaan asing yang bersarang dalam dirinya, bergegas dia menghampiri Sungyoon.

Tangan Sungyoon ditarik menyebabkan langkah Sungyoon terhenti. Matanya memandang wajah Jungkook.

"Kau siapa?" soal Jungkook dingin kepada seorang lelaki yang ada disebelah Sungyoon. Nafasnya cuba dikawal.

"Aku kawan dia. Ada masalah?"

"Ya sebab dia girlfriend aku. Sekarang kau blah." Malas mahu menghuru-harakan keadaan, Sungyoon menyuruhnya pergi. Tangannya ditarik cuba merungkaikan pegangan Jungkook.

"Awak kenapa?"

"Kau tanya aku kenapa? Aku call kau tak jawab. Aku mesej kau tak balas. Semalam, kau langsung tak call aku. Kenapa tak jawab panggilan aku? Kau tahu tak, aku risau." Marah Jungkook kepada Sungyoon. Rasa marahnya semakin tak tertahan.

"Awak risau? Kenapa awak nak risau, saya dan awak tak ada apa-apa pun. Bukan awak patutnya dah happy bila saya berhenti kacau awak." Sungyoon menunduk kepalanya.

"Sejak bila aku dan kau putus? Kau masih girlfriend aku."

"Saya tak nak hubungan palsu. Awak cakap yang awak hanya kesiankan saya. Buat apa saya nak gembira dengan semua tu. Lelaki lain tak pernah cakap macam tu dekat saya walaupun hubungan saya tak berapa nak sampai ke jinjang pelamin."

"Kau tahu tak, mereka bukannya sayangkan kau. Lelaki cuma gunakan kau untuk dapatkan sejumlah duit. Dia perbodohkan kau."

"Saya sanggup. Sekurang-kurangnya saya rasa bahagia. Bukannya dengan awak, awak patutnya tipu perasaan awak pada saya."

Jungkook mengeluh. Bukan setakat lurus je perempuan ni, ada kadang datang juga kesengalan. Bengap tahap sakit otak.

"Okay, I am sorry. Jom getback semula walaupun kita tak putus. Biar aku lamar kau semula jadi girlfriend aku." Sinar mata Sungyoon menunjukkan dia benar-benar terkejut. Jari-jarinya dipegang kemas oleh Jungkook.

"Do you want to be my girlfriend?"

"Tak nak sebab boyfriend saya tak pernah cakap aku, kau. Saya tak suka boyfriend kasar." Jungkook menjeling malas.

"Halah-halah masa awak lamar saya jadi boyfriend dulu tak ada pula main scan bagai ni," ajuk Jungkook. Bibirnya muncung sedepa.

"Okaylah saya terima. Hihi. Sorry sebab tak jawab call awak semalam. Saya merajuk. Saya menangis tahu tak sampai saya sumbat lubang hidung saya dengan tisu." Jungkook tergelak. Dahi Sungyoon dikucup sekilas.

"By the way, siapa tadi?"

"Awak cemburu ekh?"

"Tak pun."

"Elelele. Tak nak mengaku."

"Yalah. Sikit je."

💭To be continue...

Hai 💞

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now