» Bab 10 «
Jungkook menekan loceng rumah Sungyoon berkali-kali. Efeknya ada seseorang keluar lalu membuka pintu. Lelaki itu mengerutkan dahinya.
"Cari siapa? Hyung ni siapa?" soal Choi Soobin lalu menghimpit pintu pada badannya.
"Saya cari Sungyoon. Nama saya Jeon Jungkook," balas Jungkook sopan. Soobin membuka luas pintu rumahnya.
"Ouh. Kejap, dia duduk dalam bilik. Biar saya panggilkan. Noona! Noona, ada orang datang ni. Dia ada gigi besar macam arnab kita!" jerit Soobin membuatkan Jungkook melongo. Rasa berdengung telinganya apabila mendengar budak tersebut menjerit. Kata nak panggil. Kalau setakat jerit, dia lagi high pitch. Silap-silap sampai Afrika boleh dengar. Okay hambar.
"Maaf terkutuk. Nanti kakak saya banyak tanya. Jemput masuk. Omma dan appa tak ada dekat rumah," ajak Soobin. Pada mulanya Jungkook segan tetapi akhirnya dia mengalah disebabkan Soobin menarik tangannya. Aneh- aneh saja keluarga Sungyoon.
Orang kata kalau masuk rumah orang, kena duduk diam. Mata tu bagi sopan tapi Jungkook mata dia dah liar semacam. Rumah agam keluarga Sungyoon memang besar. Mewah pula tu rekaannya. Tak mustahil ramai yang bercinta dengan Sungyoon kerana duit.
"Teman lelaki Sungyoon ker?" Malas berbohong, Jungkook mengangguk kecil. Soobin berdecit perlahan.
"Tak payah buat muka naif. Setahu saya, boyfriend kakak saya semua mata duitan. Setakat ni, tak ada lelaki yang betul-betul cintakan kakak saya setulus hati." sinis Soobin memerli. Jungkook, dia langsung tak terasa sebaliknya dia berlagak macho pula.
"Setahu saya, kakak awak lurus bendul, mesti salah seorang keluarga awak ada yang ikut perangai kakak awak. Tell me who? Your mom or dad?"
"Kakak aku normal. Ahli keluarga aku semua normal."
"Habis tu kenapa dia dah habiskan banyak duit disebabkan lelaki."
Tak lama itu, Sungyoon turun ke ruang tamu. Telinga Jungkook diusap sebelum dia melabuhkan punggungnya disebelah Jungkook. Soobin yang memandang buat muka nak muntah.
"Noona, jangan buat adegan mengarut please. Lagipun adegan ni bukannya kekal. Akhirnya berpisah juga nanti. Tak ada orang yang akan cintakan noona setulus hati kalau noona seorang yang bendul." ujar Soobin membuatkan Jungkook berang. Pantang betul dengar perkataan berpisah.
"Jaga mulut tu, Soobin! Dia teman lelaki noona. Kamu patut hormat dia macam mana kamu hormat noona."
"Lelaki kaki kikis tak patut dapat rasa hormat Soobin. Soobin dah muak dengan lelaki yang tipu noona. Tolonglah noona. Sedar yang dunia ni dah tak wujud lelaki yang tulus mencintai noona. Semuanya duit-duit!" bentak Soobin lalu meninggalkan Jungkook dan Sungyoon di ruang tamu.
"Nampaknya awak dah kena tipu dengan ramai lelaki but trust me, saya akan jadikan diri saya lelaki terakhir untuk awak cintai." Rambut Sungyoon dibelai. Wajah Sungyoon menjadi santapan mata. Sungyoon senyum kecil. Tangan Jungkook digenggam.
"Terima kasih untuk beberapa hari ni. Awak dah sarapan? Saya ada masak banyak makanan hari ni?" soal Sungyoon dibalas dengan anggukan.
"Jom. Makan."
"Okey."
💑
"Awak!" panggil Sungyoon geram. Kakinya dihentak berkali-kali menunjukkan yang dia protes.
"Kenapa ni?" soal Jungkook risau. Bahu Sungyoon dicengkam lembut cuba buat Sungyoon tenang.
"Ada orang dia ambil seluar dalam black pink yang saya nak beli. Dah lah ada satu saja. Dah lah limited. Andwae! Andwae!" rungut Sungyoon lalu mulutnya memuncung seperti itik. Pipi Jungkook membahang. Dia menarik nafas panjang memandang Sungyoon.
"Biar sajalah dia ambil. Na... nanti saya belikan untuk awak. Bukan blackpink tapi hitam merah jambu. Ha limited tu. Siap ada berambu-rambu." Penuh malu Jungkook mengatakannya.
"Awak tak malu?"
"Ma... malu?"
"Nanti ada orang cakap bukan-bukan pasal awak."
"Sa... saya cakaplah yang saya belikan untuk omma saya."
"Nanti dia kata saiz kecil. By the way, awak nak check tak saiz seluar dalam saya? Nanti saya tunjuk." Pantas Jungkook menggeleng. Selamba badak Sungyoon berkata.
"Dah sayang, dah. Jangan cakap bukan-bukan. Nanti saya tunjal dahi awak biar merah. Jom balik." Tubuh Sungyoon ditolak daripada belakang menuju ke parking kereta.
Drt... Drt...
"Awak tolong panaskan kereta kejap. Kawan saya call," kata Jungkook lalu memberi kunci kereta kepada Sungyoon. Sungyoon mengangguk kecil.
Ditilik kunci kereta tersebut.
"Apa gunanya kunci kalau kita nak panaskan kereta? Menjadi ker? Bengap punya boyfriend." Sungyoon ketawa sebelum melangkah ke arah kereta.
"Halah nanti kau buat je asal dokumen tu."
"Ha okay-okay." kata Jungkook lalu bergerak ke tempat kereta diparkir. Baru saja dia nak buka pintu kereta, pintu tersebut masih terkunci.
"Mana si Yoon ni?" Jungkook tercari-cari Sungyoon. Dilekapkan muka pada cermin kereta. Mana pula budak ni hilang? Jungkook menangkap bunyi yang ada di depan keretanya.
"Yoon, awak buat apa ni?"
"Tadi awak kata suruh panaskan kereta. Nasib saya ada mancis. Sekejap eh, saya panaskan kereta. Api tak hidup lagi ni. Biasalah perempuan kan lambat sikit. Hihi." Sungyoon kembali melakukan aktivitinya semula. Jungkook sudah separuh gila.
"Ya Tuhan! Masuk sekarang!"
"Masuk mana?"
"Dalam keretalah saya lah!"
💭To be continue...
Gelak berjemaah pleasee. HAHAHAHAHHAHAHA.
KOMEN 'HAHAHAHAHHAHAHAH' SEPUAS HATI KORANG.
YOU ARE READING
↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[Complete] Jeon Jungkook. Tak terlintas langsung dibenak fikirannya untuk menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang lurus orangnya. Orang tak akan kata dia lurus bendul. Orang akan kata dia terencat. Malah kau akan menyumpah seranah. Sungguhp...