→17←

2.4K 383 31
                                    

» Bab 16 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» Bab 16 «

"Andwae! Buruknya kuku saya." Cebik Sungyoon lalu menilik kukunya yang agak rosak. Tak semua tapi boleh jadi separuh gila tengok kuku rasanya. Jungkook, masih fokus memotong kuku pada tangan kiri pula.

"Guna gunting lagi. Oh ya, gunting kan untuk memotong," perli Jungkook mendapat jeliran daripada Sungyoon. Dia memuncungkan mulutnya seperti itik.

"Fikir comel? Lagi buruk daripada kuku awak yang rosak ni," tambah Jungkook memanaskan lagi hati perempuan itu.

Sungyoon menyembamkan kepalanya pada meja sambil melihat wajah Jungkook. Sungguh perfect lelaki itu, wajahnya suci tanpa cela, gentleman dan sabar. Apa lagi yang dia mahukan, sifat yang ini sudah membuatkan dia tak keruan. Rasa bahagia sepanjang masa. Berkali-kali dia jatuh cinta setiap saat bersama Jungkook.

"Awak handsome lah Jungkook." Pujian itu membuatkan Jungkook tersengih.

"Saya tahu," balas Jungkook.

"Ey perasannya." Acuh tak acuh Sungyoon membalas.

"Tadi awak kata saya handsome. So, saya tak menafikan apa yang awak cakap tu betul. Ker saya hodoh?" Pantas Sungyoon menggeleng.

"Awak memang handsome pun. Saya tergoda tengok awak. Untung saya dapat awak. Kebanyakan lelaki yang couple dengan saya dulu, semua tak hensem," kata Sungyoon jujur. Jungkook tergelak kecil. Dia menilik kuku Sungyoon yang masih ada cela.

"Yoon, betul ker yang awak cakap yang awak tak cintakan saya?" tanya Jungkook perlahan. Hatinya masih meronta untuk mengetahui kebenaran. Dia tahu perempuan itu tipu. Dari iris mata lagi, dia dapat teka.

"Tak lah. Saya tipu je."

"Sejak bila pandai menipu ni?"

"Sejak bercinta dengan awak."

"Haih. Jomlah, tengok wayang."

"Jom."

💑

"Jung, please. I know it's hurt for you to accept this. Omma dan appa tak setuju untuk terima Sungyoon sebagai isteri kamu," kata Puan Jeon lemah. Hati Jungkook retak seribu. Sedaya-upaya dia mengawal riak wajahnya.

"Omma, I know it's hurt for both of you to accept that I love her so much. Jung dapat rasakan aura dia lain. Jung tertarik dengan dia, omma. Jung sayang dia," balas Jungkook bernada sedikit tinggi. Dia akan cuba memujuk selagi boleh.

"Appa tak setuju. Omma kamu boleh dapat tekanan darah tinggi. Kamu tak sayang, omma? Kamu cinta dia? Entah-entah dia langsung tak ada hati dekat kamu. Apa je yang ada dalam hati lurus bendul?" Tuan Jeon lantang berkata-kata. Pandangan Jungkook jatuh pada wajah ommanya. Mengharapkan anaknya dapat menolak keinginan untuk menjadikan Sungyoon sebagai isteri.

"Appa, lurus bendul bukan bodoh. Orang macam ni baik appa. Jenis macam ni jujur. Tak melawan cakap. Please omma, Jung tak akan bawa dia duduk sini kalau omma tak nak. Biar Jung sewa rumah lain," rayu Jungkook pula.

"Habis tu, Sungyoon apa? Bengap, bongok, kurang cerdik tak pun terencat." Mata Jungkook terbuntang luas. Dia mengawal pernafasan.

"Omma, dah itu yang oppa nak, restu sajalah. Biar oppa cari kebahagiaan sendiri. Ada sebablah tu, mengapa dia memilih perempuan lurus bendul," sampuk Somi dari arah belakang. Dia melabuhkan punggung di atas sofa.

"Appa nak menantu yang boleh jaga kamu. Yang boleh jaga omma kalau omma sakit. Appa nak dia tinggal sini. Bukan tinggal asing," ujar Tuan Jeon melemahkan semangat Jungkook. Jungkook mengeluh berat.

"Suami yang jaga isteri bukan isteri yang jaga suami," jawab Jungkook.

"Ha eloklah tu. Kamu pun dah nampaknya berjangkit dengan perempuan terencat tu," sindir Tuan Jeon. Jungkook meraup mukanya.

"Tak kira. Jungkook nak juga kahwin dengan Sungyoon. Jungkook nak halalkan dia."

"Jung, jangan buat kerja gila. Omma tak restu. Keberkatan perkahwinan kamu akan dapat melalui restu omma dan appa. Kalau tak, tak ke mana pun rumah tangga kamu tu." Ommanya membalas pula. Somi berasa kesian melihat wajah abangnya.

"Jung, tak pernah dengar pun."

"Jangan menjawab, Jung! Kamu dah pandai menjawab sekarang. Ini semua perempuan tu punya pasal."

Somi menolak Jungkook naik ke bilik. "Hey, omma belum habis cakap lagi."

"Lebih baik oppa jangan menjawab. Nanti omma darah tinggi pula. Baik oppa tenangkan diri dulu. Nanti kita fikirkan balik cara nak yakinkan omma. By the way, bagi nombor perempuan tu dekat Somi. Nanti ada masa Somi jumpa dia," bisik Somi. Jungkook menghela nafas berat. Nasib ada adik yang prihatin.

"Tak perlu. Nanti otak kamu pula yang mereng."

"Biarlah Somi rasa berapa peratus kemerengan perempuan tu."

"Baiklah. Terima kasih kerana memahami."

"Sama-sama. Somi tahu perasaan lelaki yang betul-betul cintakan seorang perempuan. Somi tahu oppa akan pilih yang terbaik."

Sampai saja di depan pintu, Somi meninggalkan Jungkook sendirian. Jungkook menggigit bibirnya. Adakah dia akan bersama dengan Sungyoon?

💭To be continue...

Konflik dah mareyyyy.

↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now