» PROLOGUE «
Jeon Jungkook. Lelaki yang usianya dalam lingkungan 20-an keluar daripada perut kereta. Kereta kesayangannya itu diusap penuh kasih sayang. Dua tahun dia kumpul duit semata-mata mahu membeli kereta tersebut.
"Key duduk elok-elok dekat sini tau. Aku nak pergi kerja ni," ucap Jungkook romantis kepada kereta mewahnya yang berwarna ungu itu.
"Key? Kenapa kunci? Awak, tu kereta lah! Itulah awak, masa sekolah dulu suka ponteng kelas bahasa inggeris. Tengok dah jadi bodoh dah." Sampuk seorang perempuan sambil membuat gaya. Dahi Jungkook berkerut seribu.
"Key tu nama kereta saya lah, awak. Awak jangan salah faham pula. Saya tahu kalau dalam bahasa inggeris kereta tu car," balas Jungkook lalu mengukirkan senyuman kelat. Datang dari celah mana, tiba-tiba menyampuk.
"Hah? Kereta awak nama Key. Apa ni awak, kereta yang awak pakai tu namanya Sagaz. Tak pandai baca ker? Tu tengok tu. S. A. G. A. Z. Itulah awak, dulu ponteng kelas abjad," kata perempuan itu sambil menunjuk-nunjuk pada bahagian nama kereta tersebut. Jungkook menepuk dahi.
"Saya tahu nama kereta ni Sagaz tapi nama yang saya bagi dekat kereta saya ni, Key." Balas Jungkook geram. Perempuan itu menggeleng kesal.
"Awak ni, mana boleh nak palsukan perkara fakta. Dah terang lagi bersuluh kereta tu nama Sagaz. Tak payahlah nak letak nama lain. Tu baca balik. Sagaz. Bukan Key." Jungkook menarik nafas panjang. Anak matanya mengecil melihat perempuan itu.
Daripada buang masa, Jungkook naik ke pejabat. Di mana tempat itu dia mencari sesuap rezeki. Kepalanya tak habis diluku.
Anak siapa ni? Macam terencat akal orangnya.
"Eh awak, kenapa lari?"
» END PROLOGUE «
Macam mana anda rasa setakat ni? Sakit kepala atau tidak? Masih mahu meneruskan? Anda pasti. Jangan jadi gila selepas ini.
Slide ke atas.
YOU ARE READING
↪Girlfriend Lurus Bendul↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[Complete] Jeon Jungkook. Tak terlintas langsung dibenak fikirannya untuk menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang lurus orangnya. Orang tak akan kata dia lurus bendul. Orang akan kata dia terencat. Malah kau akan menyumpah seranah. Sungguhp...