a

86 13 0
                                    


" takyah nervous. kau boleh." vernon dan minjun memberi kata sokongan kepada aku. aku menggeleng kepala

" ani..aku takleh. dia benci aku.." aku menahan dari sebak. tekak terasa sakit.

" tak dia-"

" aku tahu..d-dia.." aku mengelap air mata yang turun.

" ani. dia sayang kau. setiap hari dia nangis sebab kau, sara." wonwoo berkata, matanya memandang tepat anak mataku.

" tsk.." aku menangis teresak-esak. hati aku sakit.

" kau kena percayakan kitorang." minjun memeluk aku. aku membalas pelukannya.

" sorry." aku berlari ke chalet semula.

aku masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu. aku duduk di atas katil dan membalut diriku dengan selimut. aku menangis tak berhenti.

betul ke apa yang wonwoo kata? mingyu menangis sebab aku? tapi..dia yang mintak break. kenapa dia lebih sakit, dari aku? semuanya salah aku ke?  kalau ya, apa salah aku?

ttok ttok.

pintu bilik aku diketuk lembut. aku mengeluh dan menutup telinga menggunakan bantal. jangan kacau aku, please..

" sara, please bukak pintu ni.." terdengar suara minjun. first time aku dengar minjun cakap lembut lembut.

" aku nak kau percaya-"

" minjun. boleh tak biar aku rehat..aku penat." aku berkata dengan suara perlahan tapi aku tahu minjun dengar kerana dia berhenti mengetuk pintu.

i need a rest..

•••

aku bangun apabila terdengar alarm. mata aku melekit kerana air mata kering semalam. belakang aku sakit. aku bangun dan terus mandi ranpa berfikir apa-apa.

selesai mandi aku memakai baju putih gucci bersama seluar palazo kuning. hari ni kitorang shot kat kedai depan sana. aku tetap kena fokus pada 'flwr behind'. aku kena layan fan dengan baik walaupun aku sakit.

aku turun ke tingkat bawah dan nampak joonie sedang memasak. aku jalan ke belakang joonie. aku menegur dia dan dia memberi aku sebuah senyuman.

" awal bangun sis.." joonie berkata sambik memasukkan bahan ke dalam masakannya. aku pula memyediakan pinggan mangkuk untuk makan.

" biasa.." aku jawab sambil tersenyum.

" emm..asal mata bengkak ni? nangis eh?" joonie memegang muka aku lalu mengerakkan ke kiri dan ke kanan.

" mana ada!" aku memuncung.

" pabo.." aku terdengar joonie berkata.

" ambik ni." aku memukul kepala joonie lalu lari ke depan. joonie hanya menjerit. aku ketawa terbahak-bahak.

aku sampai di ruang tamu, aku ternampak minjun dan hyemin sedang menonton tv. aku duduk di sebelah hyemin. minjun memberi pandangan yang dia tak pernah bagi aku.

" waeyo?" aku berkata kepada minjun.

" kau..okay ke?" minjun berkata. aku senyum lemah dan angguk.

" sara, kau kenal tak dia.." hyemin mula bergosip. aku hnya melayan saje karenah nya.

•••

𝐇𝐎𝐋𝐈𝐃𝐀𝐘 ♡. kim mingyuWhere stories live. Discover now