"MASA telah tamat, sila berhenti menulis. Masukkan kertas jawapan anda kedalam peti yang disediakan di hadapan."
"Mawar, sudah la tu. Dah habis masa ni. Jom balik!"
"Kejap la. Jangan la kacau aku. Hang tolong cover aku sikit. Sikit lagi ja ni...."
Mawar terus menulis saki-baki idea yang tinggal dengan menjadikan aku sebagai benteng perlindungannya daripada dikesan oleh pengawas peperiksaan. Huh! Teruk betul la dia ni! Kalau dia kena, dengan aku-aku sekali diseret.
"Yes, siap! Thank you Teja. Loveeeeee you, muah!"
"Cepat la Mawar...."
Kertas Geotechnical Engineering yang merupakan kertas terakhir bagi pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Malaya, baru selesai dijalani. Riak lega, gembira, monyok, blur dan pelbagai ekspresi lagi dapat dilihat di sana sini.
Aku? Okey la. Rasanya insya-Allah 'B' dalam tangan kalau pun tidak A. Geotehnical memang aku minat. Belajar tentang tanah, batu dan air. Akukan jenis suka adventure. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu, tanah mana yang baik untuk bina bangunan. Kalau tanah tidak baik, apa yang perlu buat. Seronok juga jadi jurutera ini walaupun aku belum lagi bergelar jurutera. 4 tahun aku dan rakan-rakan bertungkus lumus menghadapi pelajaran. Kalau disuruh aku belajar lagi sekali di Fakulti Kejuruteraan ni, tak nak la aku. Cukup la. Susah sungguh la aku rasa. Sudah la pelajar perempuan kurang, hanya 6 orang termasuk aku dan Mawar. Dapat graduate pun dah syukur, tidak kesah la kelas apa pun.
"Macam mana Mawar, boleh jawab tak?"
"Boleh la. C boleh kut."
Mawar memang begitu. Selalu tidak yakin dengan kebolehan sendiri.
"Jom kita balik, dah lewat ni. Kau dah siap pack, kan Mawar?"
"Belum la, aku tidur lewat malam tadi. Pulun study."
"Alaaa hang ni, kan aku dah kata kita balik lepas exam. Betul la hang ni...."
"Relaks la, tak larilah bonda tu."
"Memang la, tapi aku dah berapa bulan tak jumpa bonda. Hang pun dah lama kan, tak jumpa mak hang?"
"Ya la."
Aku dan Mawar berjalan ke parkir kereta.
"Teja, Mawar, mari sini dulu! Kita ambil gambar ramai-ramai."
Siva memanggil kami dari porch kereta di bangunan utama.
"Teja, Siva panggil tu. Dia nak try hang kut."
"Please la."
"Okey, okey... semua berbaris. Princess semua kat depan, balak kat belakang buat lengkung."
YOU ARE READING
MUTIARA HITAM
FantasyCaramu berbicara, kalimatmu, kata-katamu, aku masih ingat setiap perkataan darinya. Kau kata aku adalah masa depanmu jadi aku memberikan segalanya, namun kini aku adalah masa lalumu- TEJA Setelah menghabiskan waktu denganmu, seperti yang dijangka ak...