BAB 9

68 0 0
                                    


Telah masuk hari ke tiga dan terakhir. Jika malam ini aku masih tidak dapat berjumpa Tuah, aku perlu menagguhkan di lain kali. Bonda tidak akan izinkan aku meneruskan kerana takut aku tak mampu bertahan, tambah pula aku semakin letih. Aku terpaksa melakukan di lain kali setelah kebatinan ku bertambah mantap.

Seperti sebelum ini, selesai solat Isyak aku mulakan. Aku memasuki ruang padang hijau yang sama seperti semalam dengan pantas. Aku agak gementar. Mungkinkah aku akan bertarung lagi malam ini.

Aku mengambil keputusan untuk bergerak ke kanan. Di sana aku lihat seolah seperti ada pokok. Di sini lebih cantik, dengan pokok rendang yang jaraknya agak jauh tapi tersusun. Banyak bunga tulip dengan berbagai warna. Aku terpesona dengan keindahannya. SubhanaAllah, cantik sungguh ciptaan Mu.

Dari satu sudut, di celah pokok-pokok hadir seseorang. Jaraknya yang agak jauh membuatkan aku tak pasti siapa dia. Dia semakin dekat. Semakin dia dekat semakin dada ku berdebar. Debaran ini sama seperti masa aku merindui Tuah dulu. Dia sudah pun di hadapan ku. Aku masih terpaku tanpa kata. Aku hanya mampu melihat dia. Fikiran ku ligat bertanya siapakah dia. Hati ku dengan perlahan mengatakan yang dia Tuah. Jiwa ku bergelora dalam menyatukan maklumat dari fikiran dan hati ku. Sungguh jiwa ku tak keruan. Akhirnya, fikiran ku mengakui yang itulah Tuah, hati ku dengan pantas mengiyakannya, jiwa ku terus bergelora kegembiraan dan air mata jatuh tanpa di suruh.

Inilah insan yang selama ini aku rindui. Insan yang membuat aku menangis kerinduan. Insan yang mengunci hati dan perasaan ku. Syukur pada mu ya Allah, doa ku Kau makbulkan juga. Pertemuan yang ku nantikan selama ini akhirnya terjadi juga.

" Assalamualaikum. Saya Tuah."

" Walaikumsalam. Saya Teja."

Mata bertentang mata. Wajah Melayu asli. Penuh dengan kelembutan tapi ketegasan. Kulit sawa matang menyerlahkan lagi kelakiannya. Dia memang lagak seorang pahlawan melayu. Senyumnya yang sentiasa terukir menyerlahkan lagi kesopanan lelaki Melayu. Tiada riak keangkuhan. Penuh dengan sifat rendah diri meskipun dialah pahlawan bangsa. Itulah lelaki bangsa ku.

Bangsa yang sentiasa meraikan siapa saja yang disekelilingnya, tidak kira bangsa. Hingga terkadang dia di tikam dari belakang namun bangsa ku tetap sepertinya. Sentiasa mendahului keperluan orang dari keluarganya sendiri. Baginya, meraikan tetamu itu sangat mulia walaupun tetamu itu tidak pernah menghargainya. Itulah bangsa ku, itulah lelaki bangsa ku, itulah Tuah ku.

" Cik Teja tahukan maksud pertemuan ni."

" Panggil saja Teja. Ya Teja tahu. Kita mesti buka kotak tu. Dah sampai masanya. Bang Tuah perlu beri pada Teja kunci tu."

" Kunci tu tersimpan di suatu tempat dan selamat. Kita kena pergi segera. Abang akan beritahu tempatnya bila kita jumpa nanti. Di sini takut ada yang cuba mengintip."

Kami terus berbual. Banyak perkara yang aku perlu tahu tentang Tuah. Saat yang aku sangat nantikan selama ini. Sungguh indah dan bahagia. Aku dapat rasakan yang Tuah juga suka pada ku. Ya ka? Hati ku yang berkata yang Tuah sukakan aku. Fikiran ku masih tak dapat membuat keputusan. Biarlah waktu yang menentukannya. Aku akan nantikan saat dan ketika itu apabila dia menghulurkan tangan dan aku pasti akan menyambutnya.

Kami terus berbual sambil duduk di atas bukit landai yang penuh dengan hamparan rumput menghijau. Di bawah bukit penuh dengan bunga lavender berwarna ungu. Bunga lavender ditanam sejauh saujana mata memandang. Angin bertiup lembut dan nyaman sekali. Mentari semakin hampir melabuhkan tirainya. Berbeza dengan dunia reality yang sedang malam, disini siang menghampiri senja.

"Dah sampai masa kita kembali."

Tuah berkata perlahan.

"Ya Bang, di dunia sana dah dekat waktu subuh ni. Nanti kita jumpa ya."

"Ok, Abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik."

"Baik, terima kasih abang. Abang pun jaga diri. Kalau jatuh bangun sendiri."

Kami gelak. Tuah bergerak pergi dan aku juga.

Aku kembali ke ruang bilik ku. Kali ini dengan penuh senyuman. Mawar ada disebelah ku, tidur lagi. Dia patut menemani aku, ini tidur pulak. Aku kejutkan Mawar. Tak sabar untuk aku ceritakan.

" Mawar, Mawar bangun..."

" Ya ya, ada apa, siapa serang hang. Mai sini aku nak ketuk."

Antara sedar atau pun tidak, Mawar berlagak macam pahlawan.

" Tak dak siapa aih. Aku nak bagi tau ni. Aku dah jumpa."

" Ya dah jumpa, siapa?"

Aku senyum dan memeluk Mawar.

" Eh hang jumpa Tuah ka? Betul ka."

Mawar pulak keriangan. Dia yang lebih tergedik-gedik. Ni kalau Mak Melur nampak mesti kena cubit. Dua dua kena. Memang pantang Mak Melur anak gadisnya tergedik gedik.

" Hensem dak, kulit warna apa, macam pahlawan dak?"

Banyak pulak soalan. Tak sempat nak jawab.

" Ya ya semua lah. Esok kita pergi jumpa ya."

" Hari ni tak boleh ka. Tak sabar ni."

" Hoi cik kak. Pak we sapa sebenarnya ni. Aku mengantuk la. Bagi la aku rehat dulu. Kang pergi jumpa dengan muka sembab apa kes."

" Ok, ok, nanti kita pi sama erk. Jangan tak ajak aku tau."

Memandai ja mengaku pak we. Baru sembang sekali dah kata pak we. Tah tah dia tak ada apa pun. Aku yang lebih. Ah, tak kisah lah, janji aku bahagia. Kali ni aku boleh tidur dalam senyuman.

Segalanya aku ceritakan pada bonda dan Mak Melur. Aku bercerita dengan penuh gembira dan semangat. Bonda dan Mak Melur hanya tersenyum. Lepas ni banyak tugas yang perlu aku lakukan.

Selepas sarapan, aku tidur, dah mengantuk sangat. Hari ini aku tak perlu puasa lagi. Tidur saja lah walaupun baru habis sarapan. Orang kata kalau tidur lepas makan, perut jadi buncit. Sekali saja kot, tak buncit kot. Dah aku mengantuk sangat, nak buat macam mana. Tidur ja lah. Tidur lah mana tahu Tuah akan muncul dalam mimpi pulak. 

MUTIARA HITAMWhere stories live. Discover now