Pagi lagi aku dan Mawar dah bersiap untuk ke Kuala Lumpur. Aku dah berjanji untuk berjumpa Tuah di Putrajaya malam ni. Seperti biasa bonda akan beri seribu pesanan.
" Pesanan yang paling penting ni, jangan sekali- kali bagi tahu sesiapa pun di mana kotak tu. Tak kira siapa. Faham tak tu?"
" Ya faham bonda." Aku dan Mawar serentak menjawab.
Pukul 10 pagi kami bertolak, dijangkakan sampai Kuala Lumpur pukul 2 petang. Tak nak la bawa laju. Pandu santai saja baru tak penat. Memandangkan aku akan berjalan jauh, mungkin akan pergi lebih jauh dari Kuala Lumpur, bonda menyuruh aku memandu Audi Q7 nya. Punya la besar kereta tu. Awalnya aku menolak tapi bonda mendesak juga dengan alasan kalau pandu jauh tak letih. Memang pun, dulu aku pernah pandu ke Kota Bharu, memang tak letih. Mungkin sebab kereta tu tinggi tambah pulak dengan 3000cc, memang selesa bawanya. Nasib baik enjin diesel. Jimat sikit minyak. Kereta CC tinggi ni kalau jalan jauh memang jimat minyak. Tak tahannya bila dia demam. Kita pun mau demam juga.
Lebuhraya utara selatan agak lengang. Mungkin sebab hari ini bukan hari cuti atau hujung minggu. Kalau hari cuti memang sesak la terutama di Ipoh dan Tapah. Orang Malaysia ni asalkan cuti saja balik kampung, aslakan balik kampung saja cuti. Lagi teruk bila masa perayaan. Tak kiralah perayaan apa, hari raya, tahun baru cina, deepavali, krismas, semua bangsa balik kampung.
Kami daftar di Hotel Everly, hotel kesukaan bonda. Dekat saja dengan Alamanda, jalan kaki saja nak ke sana. Tiap kali bonda ke Kuala Lumpur, bonda akan tinggal di sini dan aku dan Mawar selalu juga akan meneman bonda. Tidak pernah pulak aku tanya apa urusan bonda. Sekarang baru aku tahu yang bonda banyak uruskan urusan kumpulan.
Lokasi hotel ini agak sesuai untuk urusan rasmi, tak perlu menghadapi jalan sesak seperti di tengah-tengah Kuala Lumpur.
"Ah sedapnya baring. Awal lagikan Teja? Boleh la kita lelap dulu kan?"
"Ya lah, set jam kat handphone tu, kang lena terus, bangun ja subuh, apa macam?"
"Ya la. Tapi jangan takut, kita kan tak makan lagi, nanti sure lapar punya, mana boleh lena kalau lapar."
"Tak habis habis dengan makan. Makan pun boleh jadi alarm noo."
"Ha ha ha, mesti la."
Memandangkan awal lagi, sempat la aku lelap dulu. Sedang enak tidur talipon hotel berdering.
" Assalamualaikum, cik Teja ada panggilan untuk cik, nak terima panggilan tak?"
Aku sangkakan Tuah yang talipon.
" Ya tolong sambungkan."
" Assalamualaikum, ni Teja ka?"
" Ya saya."
" Teja, tolong dengar baik-baik, jangan berikan kotak itu pada Tuah."
" Awak ni siapa? Apa yang awak cakap ni, kotak apa?"
Aku pura pura tak tahu tentang kotak. Aku perlu selidik dulu siapa dia.
" Saya tahu semua tentang kotak tu, tapi kita tak punya banyak masa. Cuma saya nak pesan, jangan sekali-kali percayakan Tuah. Awak pernah lihat saya semasa awak makan laksa di Kelang Lama dulu. Saya cuba berhubung dengan awak tapi tak berjaya. Tolong jangan percayakan Tuah."
Talipon di matikan. Siapakah dia ni. Aku pasti dia pengintip. Tengok muka dia pun aku tahu dia bukan orang yang baik. Perlukah aku beritahu pada Tuah tentang panggilan ni. Aku rasa tak perlu. Buat masa ini aku lebih perlu berhati-hati. Jam menunjukkan pukul 5. Mawar masih tidur. Dia kalau dah tidur bom meletup pun tak sedar. Bodyguard la konon.
YOU ARE READING
MUTIARA HITAM
FantasyCaramu berbicara, kalimatmu, kata-katamu, aku masih ingat setiap perkataan darinya. Kau kata aku adalah masa depanmu jadi aku memberikan segalanya, namun kini aku adalah masa lalumu- TEJA Setelah menghabiskan waktu denganmu, seperti yang dijangka ak...