BAB 8

63 2 0
                                    


Selesai saja solat Isyak, aku meneruskan amalan kebatinan. Kali ini aku rasa lebih bersedia. Mungkin kerana seharian aku hanya berada di dalam bilik ini berzikir. Aku telah asingkan diriku dengan dunia luar. Sepenuh perhatian aku tumpukan dengan beribadat dan menyucikan hati.

Seperti biasa sebelum memulakan amalan, aku beristifar, memohon ampanatas segala kesalahan dan dibersihkan hati, jiwa dan perasaan. Awal datangnya ilmu adalah ke hati. Jika hati kita hitam bagaimana ilmu boleh masuk. Apatah lagi ilmu kebatinan yang langsung tidak memerlukan otak untuk berfikir.

Hanya beberapa minit beramal, aku telah berada di ruang yang kosong semalam. Kali ini aku berjaya bergerak ke hadapan dengan lebih jauh. Aku memasuki ruang yang berbeza. Padang menghijau yang luas, seluas mata memandang dan aku berada di atas bukit yang landai. Angin bertiup lembut dan langit membiru tanpa awan. Di hadapan terdapat bukit landai lagi. Aku hanya berdiri diam sambil berfikir bagaimana aku akan dapat berjumpa dengan Tuah.

Jauh di atas bukit di hadapan, kelihatan kelibat seseorang bergerak ke arah ku seperti angin lalu. Pergerakannya agak pantas. Mungkinkah ini adalah Tuah. Aku hanya menanti dengan hati yang semakin berdebar. Apakah aku akan bertemu dengan Tuah yang selama ini aku rindui. Aku antara suka dan gementar. Suka untuk berjumpa. Gementar sebab tak pasti apa yang akan berlaku nanti. Apakah Tuah akan juga sukakan aku seperti mana aku sukakan dia. Berbagai soalan hadir. Aku hanya biarkan semua soalan tanpa jawapan.

Kelibat itu semakin hampir. Kini aku dapat melihatnya dengan jelas. Dia hanya berada 10 meter dari ku. Wow hensemnya. Macam gatal la pula aku ni. Tapi dia memang hensem. Muka pan asia, berjanggut dan misai yang nipis. Agak tinggi seperti orang barat. Badannya tidaklah terlalu besar, sedang molek dengan tingginya. Pakaian dan kulitnya menunjukkan yang dia seorang pahlawan. Tidak ada senjata yang dibawanya. Aku agak lega. Dia bukan nak berlawan maknanya dia bukan musuh.

" Assalamualaikum." Dia memberi salam

" Walaikumsalam."

" Cik ni Teja kan."

" Ya saya Teja, dan awak Tuan ni?"

" Sayalah Tuah."

Aku dah mula kegembiraan. Tapi aku perlu pastikan yang dia memang Tuah terlebih dahulu. Tapi bagaimana? Aku mula keliru. Aku hanya memerhati orang itu tanpa rasa apa-apa.

" Kenapa Teja? Kau tak percayakan aku?"

" Macam mana aku boleh percaya yang kau Tuah?"

" Kau perlu tanya pada diri kau sendiri."

Ya betul, kalau betul dia adalah Tuah, hati ku sendiri yang akan menentukannya.

" Ya kau betul."

Lelaki itu tersenyum. Mungkin dia fikir yang aku percaya yang dia Tuah.

" Tapi hati ku tak mengatakan yang kau Tuah. Siapa kau? Apa kau nak? Kalau kau bukan Tuah maknanya kau adalah musuh ku."

Aku mula bercakap tegas. Aku mula yakin yang di hadapan ku ini adalah musuh ku, musuh keluarga ku dan musuh keturunan ku. Musuh yang tak pernah jemu cuba menjejak keturunan ku. Seluruh keturunan Tun Teja terpaksa hidup dengan menyembunyikan identiti sebenar semata-mata sebab kau dan kumpulan kau yang aku sendiri tak tahu siapa. Setiap kali identiti keturunan ku terbongkar, kami terpaksa melarikan diri dan menukar identiti. Memulakan hidup baru di dunia baru. Itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi kami terpaksa, demi amanah yang kami pikul.

" Cik adik, aku tidak mahu berkeras dengan kau. Apa yang aku mahu hanyalah kotak itu. Bagi tahu saja di mana kotak itu dan berjanji tidak akan aku apa-apakan."

" Cik abang, aku tidak datang ke sini untuk memberi kau kotak tu. Kau pun tak dijemput ke sini. Lebih baik kau pergi saja sebab aku bukan di dalam mood untuk melayan orang sekarang ni."

" Kau tidak kenal aku siapa. Aku nasihatkan kau jangan nak rasa diri hebat. Dengan satu langkah saja aku dapat putuskan leher kau."

" Aku memang tak kenal kau siapa dan aku tak hingin pun nak kenal kau siapa. Kau jangan ingat aku ni perempuan maka aku boleh kau gertak. Wanita keturunan Tun Teja tak pernah takut. Biar pun aku akan mati dengan berlawan dengan kau, aku tetap tak gusar. Kau jangan ingat jika kau asal dari barat aku akan takut. Kau jangan ingat kami keturunan Melayu hadap sangat dengan keturunan kau itu. Aku lebih rela mati berlawan dengan penjajah seperti kau dari menurut segala kemahuan kau dan keturunan kau dan hidup dalam kehinaan."

Betul ka dia ni asal dari barat. Dalam keadaan seperti ini sebut saja apa apa pun asalkan dia marah.

" Tanah Melayu tanah ku dan keturunan ku, kotak itu milik bangsa ku. Siapa kau nak merampas sesuatu yang dah beribu tahun menjadi milik keturunan aku. Lebih baik kau pergi sebab keturunan Tun Teja ini tidak akan sekali-kali memberikan kotak tu."

Wajahnya mula berubah. Dia mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyerang. Dari jarak 10 meter dia terus melompat ke arah ku dengan tujahan kaki tepat ke dada ku. Aku sempat melompat ke tepi dan bersedia untuk menerima serangan. Dia terus melompat ke arah ku lagi dan kali ni dengan tumbukan dan sepakan yang sangat pantas. Kesemuanya aku mampu tempis. Agak lama serangan ini dan aku terus bertahan. Tapi sebiji tumbukan kena di perutku, aku terpelanting ke belakang.

Dia tersenyum sinis. Kini aku sudah faham gerak serangannya. Dia menyerang lagi. Belum sempat dia memasuki langkah ke tiga, satu tumbukan ku kena tepat ke dadanya. Dia terpelanting ke belakang. Darah mula keluar dari mulutnya.

Sekarang aku perlu menamatkan perlawanan ini. Aku semakin keletihan sedangkan dia masih bertenaga. Jika aku biarkan perlawanan ini berterusan aku akan keletihan. Dengan penuh kemarahan, dia melompat ke arahku dengan kakinya menuju tepat ke arah dadaku. Dengan pantas aku mengelak dan senjata sulit aku keluarkan, kerambit tepat menusuk tengkoknya. Dia tersungkur kaku dengan darah terpancut keluar.

Inilah langkah dan senjata sulit orang Melayu yang ramai musuh tak tahu. Musuh luar yang telah tahu tentang senjata itu akan sangat berhati-hati dan sentiasa mencari kedudukan kerambit semasa bertarung.

Aku berdiri disamping dia yang telah kaku. Darah memenuhi bumi. Aku hanya memerhati dia sedangkerambit masih di tangan. Aku mesti memastikan yang dia betul-betul mati. Dalam pertarungan jangan sekali-kali terpedaya dengan tipu muslihat musuh, nanti padah yang diterima.

Setelah berpuas hati yang dia telah mati, aku mula kembali ke ruang bilik ku dengan badan yang sangat letih. Perjalanan pulang agak perlahan kerana aku telah letih. Bonda telah pun berada di sisi ku. Aku ceritakan apa yang berlaku.

" Kalau Teja rasa tak mampu, hentikan lah. Nanti bonda cuba iktiarkan cara untuk selesaikan masalah ini."

" Teja boleh bonda, percayalah."

Bonda melihat ku dengan genangan air mata lantas memelukku.

" Maafkan bonda Teja. Bonda rasa bersalah sangat sebab terpaksa melibatkan Teja dalam masalah ini. Teja sepatutnya hidup seperti gadis lain, bergembira tapi....."

" Sudahlah bonda. Teja faham dan Teja bersedia pikul amanah ini."

" Teja...."

Sekali lagi bonda memeluk ku tapi kali ini dengan lebih erat. Pelukan inilah yang selama ini memberi aku kekuatan dalam menempuh apa jua rintangan. Pelukan inilah yang melepaskan aku dari rasa sedih, rindu, sakit bila kehilangan ayahanda. Apabila bonda memeluk ku, aku rasakan seolah seperti aku diberi perisai yang akan melindungi ku dari segala kejahatan. Sungguh bermakna pelukan seorang ibu. 

MUTIARA HITAMWhere stories live. Discover now