BAB 3

75 0 0
                                    

Se awal pagi aku dah keluar rumah. Menikmati suasana kampong dengan kehadiran kabus pagi. Dari sudut jendela bilik ku, dapat ku lihat lapisan kabus yang menutupi pemandangan. Cantik dan tenang sungguh, tambahan pulak rumah ku yang terletak di lereng bukit, sangat cantik. Pokok bunga yang di tanam Mak Melur menambahkan kecantikan. Di keliling rumah penuh dengan pokok bunga melur. Ada juga pokok bunga kesidang. Bunganya cukup wangi. Cukup untuk mengharumkan seluruh taman. Bunganya yang kecil dan putih cukup menarik. Ada juga yang panggil kerak nasi. Satu lagi pokok bunga yang ada ialah akar dani. Pokok kesidang dan akar dani perlukan pegola untuk memanjat. Penuh la pegola keliling rumah ku dengan kesidang dan akar dani.

Port ni lah yang aku paling suka. Duduk di bawah pegola yang rimbun dengan kesidang dan akar dani. Dengan haruman bunga lagi. Amat menenangkan. Dengan suasana begini, aku lebih suka bersendirian. Pegola yang dibuat dari kayu cengal sangat kukuh. Rasanya dah hampir 20 tahun di bina oleh arwah ayah. Hingga hari ni langsung tak di makan anai anai. Memang cengal adalah antara kayu keras Malaysia yang terbaik dan mahal. Semenjak taman-taman di Putrajaya di bina dengan kayu cengal, harganya melambung tinggi. Wakaf, pegola dan bangunan di Taman Wetland, Taman Botani dan Taman Warisan menggunakan kayu cengal. Kalau nak kayu keras yang lebih kurang sama dengan cengal tapi murah boleh guna kayu resak. Masalahnya sekarang ni, tukang kayu yang mahir payah nak jumpa. Tukang kayu dari Terengganu dan Kelantan saja yang masih ramai. Itupun yang muda-muda susah juga nak jumpa. Lama-kelamaan boleh pupus ni tukang kayu Melayu. Kerajaan sepatutnya memandang berat masalah ini. Semasa aku menjalani latihan industri di tahun tiga, aku berkerja di syarikat pembinaan untuk projek Taman Wetland di Putrajaya. Skop projek itu termasuklah membina wakaf dan pegola sebanyak 10 buah. Memang sukar untuk syarikat untuk mencari tukang kayu. Terutama yang pandai buat wakaf dengan kayu cengal. Akhirnya syarikat dapat mengupah seorang tukang berbangsa Cina dengan pembantunya Indon.

"Hai, awal lagi dah mengelamun. Ingatkan MK ka?" Mawar menyapa.

" Saja ja lepak sini. Port paling aku suka kan."

" Ya lah. Bonda panggil sarapan tu."

" Bonda tak bising ka aku tak tolong masak?"

"Ok ja aku tengok. Mungkin dia tau hang baru balik kot. Aku pun tak sempat nak tolong, turun ja dah siap. Jom lah."

" Jom."

" Assalamualaikum Bonda, Mak Melur. Waa sedapnya bau nasi lemak. Ni yang rasa tak mau pi dok jauh ni. Mana nak cari nasi lemak Mak Melur."

Memang Mak Melur yang selalu masakan nasi lemak dari kecil lagi. Menu yang simple, telur goreng, sambal bilis dan timun saja. Ni mesti menambah. Habis la diet aku ni. Tak kisah lah, nanti boleh diet semula. Ha ha ha. Mana boleh tak makan nasi lemak tersedap di dunia ni.

"Walaikumsalam, mari makan Teja, Mawar. Dah lama kita tak makan sama kan." Bonda dan Mak Mawar dah siap menghidang.

"Sorry bonda tak tolong masak." Aku berbahasa.

" Tak pa lah, bonda tau, hampa letih lagi kan. Tapi esok kena la mula masak. Anak dara mana boleh tak masak."

Dalam tak kesah bagi peluru juga tu.

" Ok Bonda, esok Mawar masak."

" Aik, aku pulak."

" Kita masak sama la, aku pembantu, kan kan kan."

" Ok lah."

Memang sunyi la meja makan bila makan nasi lemak Mak Melur.

" Tengah hari ni nak makan apa." soal bonda.

" Ingat nak makan laksa Mak Endon la bonda. Lama rasanya tak makan."

" Ok lah, tak yah masak la ya."

" Bonda dan Mak Melur jom la pi sekali."

" Bonda tak pi kot, bungkus ja la untuk bonda. Melur nak pi ka?"

" Tak lah, banyak kerja nak buat ni. Bungkus kat Mak Melur, sambal lebih ya."

Laksa Mak Endun di Kelang Lama memang kegemaran kami sekeluarga. Laksa dengan sambal telur puyuh dan tauhu memang best sangat. Laksa tu dijual sejak dari datuk Mak Endun lagi. Kira sejak kecil lah aku dah makan laksa tu. Masa tu yang meniaga bapa pada Mak Endun, Pak Talib. Tukang masaknya Mak Ton. Arwah dah pun ke duanya.

" Sebelum terlupa, malam ni jangan pi mana mana ya, Teja, Mawar. Bonda ada benda penting nak cakap."

Apa la pulak ni. Jangan nak cakap bab kahwin dah la. Tak sanggup den. Mana nak letak MK aku. Aku lihat ada kemuraman di wajah Mak Melur. Macam sesuatu yang berat ja ni.

" Kalau dah penting sangat cakap la ni la Bonda."

" Tak pa lah, malam ni lagi baik, lepas solat Isyak."

Berdegup jantung ku. Tapi tak kesah lah. Bonda kan ibu ku. Apa-apa yang Bonda nak buat mesti untuk kebaikan ku.


MUTIARA HITAMWhere stories live. Discover now