Aku berpuasa hari khamis sebagai persiapan untuk amalan malam ini. Tak ada persiapan untuk berbuka sebab aku hanya akan berbuka dengan segenggam nasi. Selesai solat Maghrib aku rehat saja sambil menunggu waktu Isyak. Selesai saja solat Isyak aku akan terus dengan amalan.
Di dalam bilik yang hanya berbekalkan lampu tidur yang agak muram aku memulakan bacaan amalan. Duduk bersila kemas, tangan di atas lutut, mata mengadap sejadah. Aku membaca perlahan, cukup untuk aku saja yang mendengar. Tasbih kayu koka, hadiah dari arwah ayahanda yang dibeli dari Mekah aku gunakan. Bacaan di baca di mulut mesti hadir ke dalam hati dan fikiran tertumpu pada bacaan. Memang sukar, sering kali fikiran merantau jauh dan bacaan tidak sampai ke hati. Terutama bila kita baru saja mengamalkan. Untuk dapat menggabungkan sebutan, hati dan fikiran megambil masa yang lama, usaha yang bersungguh dan hati yang ikhlas. Bukan mudah.
3 jam berlalu, aku masih dengan amalanku. Fikiranku masih disini, di bilik ini. Kemudian sedekit demi sedikit ketenangan hadir dalam hati ku. Fikiran ku hanya tertumpu pada bacaan ku. Pendengaran ku hanya mendengar bacaan ku. Mata ku masih tertumpu di sejadah tapi apa yang lihat tidak di salur ke otak lagi. Aku melihat tanpa tahu apakah dihadapan ku.
Perlahan-lahan batin ku meninggalkan ruang bilik menuju ke suatu ruang yang baru. Keliling ku gelap tapi aku dapat rasakan yang aku bergerak ke hadapan sehinggalah aku memasuki ruang yang mempunyai sedikit cahaya. Cukup untuk aku melihat sekeliling. Tiada siapa di sini. Udaranya sejuk dan nyaman. Bumi yang ku pijak terasa berbeza dan aku antara berpijak dan tidak. Ruang sekeliling kosong sekosong kosongnya. Aku cuba untuk kehadapan lagi tapi tak mampu. Aku terperangkap di ruang ini. Aku tak pasti mengapa. Agak lama aku di ruang ini. Tak boleh bergerak hingga lah aku mendengar azan subuh. Aku kembali ke ruang bilik ku. Aku gagal berhubung dengan sesiapa pun kali ini.
Selesai solat subuh, aku ceritakan apa yang terjadi pada bonda.
" Perbetulkan niat. Itu yang penting. Hati belum cukup bulat. Fikiran masih bercelaru sebab itu tak mampu menembusi ruang. Teja masih di tahap lama, ditahap asas. Lupakan hal dunia, bulatkan hati, InsyaAllah akan dapat."
Itu saja nasihat bonda. Dari raut wajah bonda ada sedikit rasa kecewa. Mungkin sebab aku tak berjaya melakukan yang terbaik, sebab itu lah aku tak mampu menembusi ruang. Aku tak berani hendak bertanya lebih lanjut. Dalam hal begini bonda sangat serius dan teliti.
Sepanjang hayat, bonda habiskan dengan mendalami ilmu kebatinan ini. Walaupun bonda mempunyai PhD dalam sejarah tapi bonda tidak berkerja di mana-mana. Bonda hanya mahu menuntut ilmu sahaja. Terkadang aku juga hairan, dari mana bonda mendapatkan duit untuk belanja seharian. Perbelanjaan aku dan Mawar di universiti juga di tanggung sepenuhnya oleh bonda tanpa biasiswa atau pinjaman. Setiap kali aku tanya, bonda hanya kata adalah, tak perlu tahu.
Kepala aku juga dah berpusing sebab tak tidur semalaman. Aku perlu berehat dan tidur sehingga sebelum waktu zohor sebab malam nanti aku perlu ke alam kebatinan lagi. Aku bangun sekitar jam 12 pagi. Letih rasanya. Selepas solat zohor aku tetap disejadah berzikir hinggalah waktu maghrib.
Dalam mendalami ilmu kebatinan zikir sangat penting untuk menyucikan hati. Tanpa hati yang bersih, dibimbangi kita kan terpesong. Bukan ilmu putih yang kita dapat tapi ilmu hitam. Sebab itulah mesti berguru, sebab guru mampu membezakan antara ilmu putih dan hitam.
YOU ARE READING
MUTIARA HITAM
FantasyCaramu berbicara, kalimatmu, kata-katamu, aku masih ingat setiap perkataan darinya. Kau kata aku adalah masa depanmu jadi aku memberikan segalanya, namun kini aku adalah masa lalumu- TEJA Setelah menghabiskan waktu denganmu, seperti yang dijangka ak...