"HURM, uhurm. Saya tuan rumah ini dan tuan empunya kucing ini. Terima kasih kerana anda semua sudi datang ke majlis simple buatan saya untuk kucing kesayangan saya." semua hadirin bertepuk tangan terhadap lelaki yang mengendong kucing parsi gemok di kedua tangan. Berat barangkali.
Fia berasa bangga kerana kek coklat hasil jualan tempat dia bekerja rupanya lelaki itu yang beli. Lelaki semalam yang termenung menikmati pemandangan dinding putih yang indah semalam.
"Sebelum saya terlupa, nama kucing saya, Johny. Manakala saya, Danial Ariz. Panggil saya Ariz atau Riz saja. Selamat berkenalAN." Ariz memperkenalkan nama kucing gemok dia kehadapan semua hadirin yang hadir. Johny mengiau lembut.
Telinga Fia menangkap nama lelaki itu. Apa? Danial Ariz? Telinga aku! Masih okey tak?
Semua hadirin yang hadir menyanyikan lagu hepi bebdey untuk Johny. Fia duduk dengan keadaan blur. Jangan kata doa nenek moyang dia dah termakbul.
Usai menyanyikan lagu hepi bebdey untuk Johny, semua hadirin memotong kek coklat milik Johny.
"Menung apa, beb? Jomlah makan kek." Ajak Waiz.
"Takde apa la. Jom Waiz." Fia hentikan lamunan. Dia mengekori Waiz dari belakang.
"EH, Ariz... lama tak jumpa. Pekabo bro?" Waiz menepuk bahu Ariz yang menuangkan air ke dalam gelas kaca.
Ariz menjeling Waiz. "Sembang apa sial?"
"Badmood pun jangan lah tempias, setan. Aku tanya khabar je. Bukan nak tanya kau dah meninggal ke belum." Sindir Waiz.
Persengketaan antara Waiz dan Ariz diketawai oleh Fia. "Hahaha..."
Ariz tersedar yang dia diketawakan oleh seorang perempuan. Dia pernah lihat perempuan tu dekat mana. Perempuan itu, cashier dekat restoran Secret Recipe...
"Kau cashier semalam, kau diam!"
Automatik Fian menutup mulut. Hati Fia memaki Ariz.
"Ni ker Danial Ariz yang nenek moyang aku maksudkan? Creepy." gumam Fia perlahan seraya kepalanya digelengkan.
"Yang kau geleng kepala apahal? Nak betulkan keadaan otak dalam kepala ke?" tajam tenungan yang Ariz berikan pada Fia.
Fia bercekak pinggang seperti gaya nenek moyangnya nak ajak gaduh masa muda-muda dulu. Fia bukan jenis mudah menangis dengan lelaki yang mencabarnya. "Aku tak kacau otak kau pun! Yang kau sibuk fasal otak aku dah kenapa?!"
Ariz membatu. Bukan sebab takut, tapi malas nak memperdulikan perempuan yang bercekak pinggang dihadapan dia.
"Suka hati kaulah." Fia berlalu menuju pintu rumah besar Ariz yang menuju jalan ke kolam ikan.
Waiz memandang Ariz dengan riak mengejek.
"Aiyok. Dia sudah merajuk. Ni semua salah kau. Dengan perempuan pun nak WWE perang mulut."
"Shut up buddy!"
Tekak Fia berasa dahaga semula. Mahu masuk kembali ke dalam rumah Ariz, Ariz terpacak berdiri bagaikan tiang signboard.
Beberapa orang yang dijemput hadir telah pulang kerana sudah hampir tamat acaranya.
Fia meluku kepala Ariz.
"Aww! Aku takde niat jahat lah perempuan!" Ariz mengusap kepalanya yang dijadikan sebagai punch bag Fia.
Padan muka.
"Habistu?"
"Habis jelah. Benda dah habis. Takkan nak teruskan?" balas Ariz dengan selamba babi.
Fia memukul bahu kanan Ariz.
"Okey, okey. Aku nak minta maaf pasal tadi."
"Minta maaf? Pelik."
"Aduhai!" Ariz tepuk dahi. "Kau ni apa kes? Minta maaf kau kata pelik? Kalau aku ucapkan 'selamat maju jaya' lagi kau kata pelik! Cakap aku hisap gam!"
"Hehe. Aku minta maaf jugak. Nama aku Fia. Fian Risya. Jangan memandai panggil aku 'perempuan' macam orang tiada nama." Fia menarik nafas sebelum memulakan permintaan berat daripada nenek moyang dia. "Aku pun ada benda nak cakap ni."
"Cakap lah cepat. Masa berjalan. Majlis pun dah habis." Ariz menilik jam tangan Casio yang menunjukkan angka 1.56 P.M.
"Aku nak kahwin dengan kau." Luah Fia secara pantas.
Ariz angguk kepala lelaju. Weh, apehal dengan kepala kau!
"What?!" Waiz terjerit bapok melihat adengan tersembunyi dia orang berdua.
"Kau tak payah mengintai lah babiy!" Jerit Ariz sambil menolak kuat pintu sehingga Waiz terjatuh gedebuk.
YOU ARE READING
Suami Judgemental
Художественная проза[Otw for edited] -Kemaskini Lambat- Status Fian Risya dan Danial Ariz; Sudah sah berkahwin. "Taknak aku bercakap dengan orang tak pandai berbudi bahasa nih."