BAB 11

36 6 3
                                    

"Kruhhh.. kruihhhhukkkiiihh.. kruhh.." Sepanjang perjalanan, Fia tanpa sedar telah tertidur lena sebaik sahaja sampai dihadapan pintu bilik tidur Ariz.

Dia membuka daun pintu biliknya. Fia dalam dukungan bridal stylenya diperkemas.

"Aku penat-penat angkat kau, kau sedap-sedap tido dalam dukungan bridal style aku. Tak guna kau, Mylowi" Omel Ariz seraya badan Fia diletakkan perlahan ke atas katil. Selimut Pooh ditarik hingga paras bahu Fia. Manakala bantal peluk diletakkan ditengah sebagai penghadang.

Baru berapa saat bantal peluk itu diletakkan ditengah, Fia mengambil dan memeluk bantal peluk itu ke dalam dakapan. Ariz pun be like, Urghh.. nasib kau isteri aku.

Jarinya menyelak rambut Fia yang menutupi bahagian muka. Comel isteri aku.

Muaaah. Satu kucupan dari bibir Ariz pada dahi Fia.

"Goodnight, Mylowi. Sweet dreams." Ucap Ariz begitu lembut.

Menurut kajian https://DanialArizfans.com hamek kau siap ada laman web lagi, kelembutan tutur kata Ariz boleh mencairkan kucing betina, semut janda, ular kahwin tiga dan geng mak cik goreng pisang. Setakat kajian jelah.

Uish.. diabetes stage 4 terus hati aku. Gula apa yang dia guna? Gula aising? Gula kastor? Gula prai? Auwww so cuwit TERsangat.

Ariz membaringkan badan disebelah Fia. Matanya terpejam rapat kemudian. Esok dah kena bangun awal sebab ada kelas.

Bunyi dengkuran halus Ariz keluar. Fia membuka mata dengan muka berona merah padam. Merah padam kerana mendengar ayat-ayat manis milik Ariz.

Sepanjang dalam perjalanan Ariz membawa dia naik tingkat atas, dia sebenarnya berlakon semata-mata kerana lelaki itu sentiasa merenung lama kontak biji matanya semasa baru menaiki beberapa anak tangga. Dengan berdukung bagai lagi.

Nasib baik tak tersungkur tersandung tangga. Ngeri woi kalau tergolek. Macam dalam drama Melayu, terjatuh boleh koma sebulan dua bulan dekat ICU.

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, dia menutup mata dan berpura-pura tidur nyenyak.

'Handsomenya suami aku. Penyanyang lagi. Aku bersyukur kerana dijodohkan dengan dia walaupun aku seorang stranger dalam hidup dia.' Hati Fia melonjak gembira serta ditaburi dengan bunga-bungaan mekar terbang didalam taman hati. Kumbang ladybird saling berkucupan.

Merenung muka lelaki dihadapannya sahaja membuatkan Fia tak keruan dan menjadi batu seketika.

Aik, hati dah berbunga ker tuu cik kak? Ahahahah.

"Erm.." Ariz tetiba merengek. Aih hai... cam budak kecik. Nak tampar buat lenguh tangan adalah.

Fia memejam semula mata. Selimut Pooh ditarik hingga menutupi separuh muka.

Terasa dua ketul tangan Ariz memeluk Fia seperti teddy bear.

"Eh, monster.. Kenapa ni?" Fia blur seblur blu-ray menyoal Ariz dibelakangnya. Ya, Fia tidur membelakangi Ariz.

Deruan nafas panas Ariz terasa di leher Fia. "Saya nak awak."

'SAYA? AWAK? Sebelum ni takde dia panggil orang dengan panggilan macam tu. Mimpi apa dia?' Fikir Fia. Tanpa sengaja, dahinya terkena dahi Ariz semasa menoleh.

"Monster! Kau demam!" Kata Fia dalam nada keras. Memang demam pun. Awat hang pi cakap lagi lagu tu.

"Aku pergi ambil panadol dulu eh," Sambung Fia. Bingkas dia bangun.

Orang demam jangan dibiar melarat. Nanti segala bakteria e-coli, protozoa, H1N1 berjangkit dengan orang lain.

"Nanak..." Ariz menolak jatuh Fia sehingga Fia terbaring balik.

"Kau jangan nak memanja kat sini. Gedebik kang belebam!" dengusnya. Lelaki yang mendakap tubuhnya mula mengalirkan air mata jantan.

Takkan.. lah.. Bila Ariz demam, dia jadi manja. No no noooooo.

Dia mendapat satu idea. "Babysayang... kita nak ambik ubat. Nak awak sembuh cepat, Encik Monster.."

Serta merta Ariz berhenti mengalirkan air mata perisa masin dan memandang Fia dengan kelopak mata masih bersisa air mata.

"Ambil ubat eah?" Ariz meleraikan pelukkan.

"Yelah. Takkan ambik kasut pergi jogging malam-malam buta pula," Fia bangun semula dan menghayunkan kaki menuju ke bawah untuk mengambil kit ubat.

Mujur sahaja bahagian kakinya terseliuh itu sudah kurang rasa sakit.

Kembalinya Fia, Fia membawa sepapan panadol, air putih, termometer penyukat suhu dan sekeping coolfever. Lampu meja dibuka. Ariz yang tiada ribut, tiada taufan, tiada hujan tiba-tiba demam dihampiri Fia bersama ubat-ubatan.

Ariz bersandarkan bantal masih dengan lemah gemalai dia. Lahai, macam pondan jatuh longkang kau tahu tak.

"Dua biji panadol untuk kau." Ariz mengambil dua biji panadol atas tapak tangan Fia dan meneguk secawan air putih.

"Aaaa.. Bukak mulut." Termometer penyukat suhu dimasukkan. Selama beberapa saat alat itu berada didalam mulut, ditarik semula. Fia melihat nombor tertera pada skrin termometer,

38.9°

Mak ai. Esok kena bawa mamat ni pi klinik lah jawabnya.

Ariz tersenyum lebar dalam kesakitan. Bukan putus cinta eh. "Mylowi saya ni carring juga."

Suara serak-serak seksi Ariz dapat ditangkap pada halwa telinga Fia. Sekeping coolfever diambil dan ditempelkan pada dahi Ariz.

"Jangan banyak cakap. Tidur cepat. Monster, semoga cepat sembuh" Lampu tidur ditutup suisnya. Ariz tidur menghadap Fia.

"Nak peluk ooleh?"

"No way,"

"Nangis nanti.." Provok Ariz dalam nada serak.

Ariz buat muka simpati seringgit dua pelosen dikerling Fia. "Yelah. Ngada ja lebih. Nasib demam. Kalau hari biasa, aku dah lama baling mercun bola hidup dekat kau." amarannya.

...

Klinik 24 Jam.

"Bangun monster. Dah sampai." Kesian mamat disebelah dia tu dahlah demam. Kena kesejukan sebab aircond dalam kereta lagi.

Angkara jerebu punya pasal 'si driver' terpaksa hidupkan aircond. Tu pun putar ke nombor 1 sebab ada sorang mamat ni demam.

"Urrr bluerrrrww.." Ariz mengigil kesejukan.

Fia menutup enjin kereta keluaran Suzuki Swift yang sudah berada di tempat parking kereta. Apabila enjin ditutup, aircond pun ilek. Kalau aircond mati, suhu turut berubah seperti biasa.

Kunci kereta dicabut dan mereka berdua jalan beriringan berpegangan tangan kerana takut Ariz tersungkur. Jangan jealous, k?

Tadi kat rumah hampir dua kali Ariz rebah nak turun tangga disebabkan migrain kepala.

Betul la orang cakap, perempuan demam masih gagah boleh buat kerja. Tapi kalau lelaki? Kalah pondan dengan ulat bulu. Lembik lebih!

Macam si Ariz nilah.

...

Semua orang didalam klinik memandang Ariz dan Fia. Kebanyakkan diorang lebih berminat pandang Ariz sebab dalam klinik tu ada banyak perempuan. Ariz ni hensem. Yeke hensem? Tipu. Hensem? Tiputiputipu. Hensem lah!

Ariz: *Buat muka macho sambil tunjuk iPhone X*

Ewah abang monster kita ni. Main tunjuk phone brand pulak.

Fia kita campak tepi. Tiada siapa memperdulikan kehadiran beliau. Berhuhu saja yang beliau mampu buat. Dah dapat suami hensem nak buat macam mana kan. "Ni, nombor giliran kau." kertas kecil bernombor 0082 dihulurkan kepada Ariz. Dia mengambil tempat duduk disebelah Ariz.

Mata-mata yang masih memandang Ariz bersama dengan seorang perempuan mula menjeling perempuan yang duduk rapat dengan Ariz.

Mula memandang Fia dengan riak tidak puas hati.

Fia: Pehal main jeling orang. Aku ada hak sebab aku isteri Ariz Monster. *Peluk lengan Ariz*

Ariz: *Bahagia dan senyum bersinar bak senyuman ubat gigi Darlie*

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now