BAB 4

35 7 3
                                    

"JUMPA tak?" tanya nenek moyang Fia dengan serius.

"Jumpa apa nya?" Fia mencicah oreo ke dalam gelas susu.

"Jumpa si Danial Ariz lah..."

Fia tersedak biskut oreo. Cepat-cepat Fia meneguk air susu yang digunakan untuk mencicah oreo ke dalamnya.

Ingatkan dah lupa lagi fasal semalam. Sebab biasanya orang tua pelupa. Nenek moyang Fia ni... kuat makan kismis eah?

Aku pun tak tau.

"Tak wujud orang nama macamtu, nek. Ada pun rupa... mesti macam-"

"Nenek harap Fia dipertemukan dengan Danial Ariz. Amin." Doa nenek moyang Fia sambil meraup wajah dengan kedua tapak tangan.

"Please lah nek. Fia baru berapa puluh tahun. Tak sampai lagi dua puluh lima tahun." Fia mengurut dahi. Orang cakap doa orang yang lebih tua minta cepat makbul. Itu yang Fia rasa gelisah sikit.

"Dulu cucu nenek si mak kamu tu kahwin umur 34. Lambat oii."

"Itu mak. Fia muda lagi." cebik Fian. Kalau boleh, dia memang nak jadi andartu.

"Apa kata kalau umur kamu tua macam nenek. Kepunan tak nak bercinta?"

"Bukan jodoh lah tu namanya."

"Bukan takde jodoh. Kamu tu yang memilih. Nenek yakin Danial Ariz hensem perfect life orang kata. Buat kali yang kedua nenek akan aminkan. Ya Allah, semoga kata-kataku menjadi kenyataan. Amin."

Makin terbeliak mata Fia.

"Kalau Fian menolak jugak, nenek merajuk. Nenek merajuk susah nak pujuk eh." provok nenek moyang Fia. Legenda sejarah pada lima puluh dekat yang lalu, nenek moyang Fian gila babi susah nak pujuk. Dah berjaya pujuk pun keadaan akan menjadi seperti kau dengan musuh kau telah berdamai.

Pin pin!

Kereta MyVi kaler biru milik Waiz tiba dihadapan pintu pagar. Keluarnya dari perut kereta, Waiz melaung nama Fian dari luar.

"Nek, pergi dulu. Bye," Fia menyalami dan cium tangan berkedut milik insan tua itu sebelum keluar.



SETELAH kereta MyVi kaler biru milik Waiz sudah selamat diparking tepi perkarangan rumah Danial Ariz, Fia terkesima.

"Besar gila rumah ni." puji Fia.

"Rumah anak Tan Sri. Tan Sri dan isteri dia dah meninggal. Yang tinggal cuma anak lelaki dia je. Moh lah masuk. Kawan aku dah lama tunggu."

Rumah banglo empat tingkat. Binaannya kelihatan mahal mungkin diperbuat daripada simen, jubin atau marmar berkualiti. Kolam renang siap ada gelongsor. Kolam dengan macam-macam spesis ikan didalamnya. Taman bunga plus letak serangga macam rama-rama dan burung merpati, garaj parking kereta besar sebijik macam bengkel kereta. Semua mewah belaka. Belum masuk lagi dekat dalam rumah macam mana. Tangan pun rasa gatal nak mencuri. Tak baik lah syaitan!

Tapi bila masuk sahaja dalam rumah golongan Tan Sri, ternganga lebar mulut Fia. Besar. Sebesar dewan sekolah bahagian ruang tamu dia.

Waiz berikan isyarat agar Fia menutup mulutnya. Perbuatan Fia tadi boleh menyebabkan lalat tersalah fly masuk mulut nanti. Dah ada sejarah "Fian Risya Buat Pertama Kalinya Menelan Masuk Lalat Secara Tidak Sengaja".

Waiz tahu, kawan baiknya sejak tadika itu sangat mengimpikan rumah sebesar gedabak nih. Tak hairan jika Waiz membawa Fia pergi ke taman perumahan mewah atau tempat golongan jutawan, Fia akan menganga.

Sebenarnya sikit sahaja orang yang menghadiri majlis hari jadi seekor kucing tu. Orang yang dijemput menghadiri majlis tu pun seorang pencinta kucing.

Huh. Jangan harap lah nakkan orang yang takut atau benci dengan kucing dijemput hadir. Tak silap masa boleh mencetuskan pergaduhan sesama mahluk hidup. Antara si pembenci kucing fighting dengan kucing gebu. Ibarat gergasi berlawan dengan kancil macam citer kartun Pada Zaman Dahulu tuu...

Melalut kelaut. I know.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now