BAB 9

38 7 0
                                    

"Silakan. Jemput makan ya. Masakkan aku ni biasa-biasa je." Ariz meneguk air milo kotak.

Nak makan lagi tetapi perutnya sudah kenyang kerana sejurus sahaja dia selesai memasak, dicedoknya secara rakus nasi goreng yang masih menimbun dalam kuali ke atas pinggan.

"Delicious." Nasi goreng buatan Ariz dimakan dengan penuh berselera. Fia menyuap pula kali kedua dan seterusnya. "Good. Sedap bibik kau masak."

Hampir tersembur air milo yang sudah memasuki tulang trakea Ariz. Namun ditahan. Ariz tersengih sinis. Nak gelak kang ada yang jadi witch nanti.

"Kau ada tak dengar suara 'pak, saya mau panggil bapak untuk makan doang', ada tak kau dengar?" Seloroh Ariz. "So, means pembantu rumah aku takdelah. Balik holiday lah, lembab. Aku yang masak!"

"Oh. Layak jadi juri Masterchef. Thanks for this meal"

"Apa-apa jelah," Ariz terimbau kenangan dia dan arwah mamanya mengajar dia memasak. Tujuh tahun yang lepas...

"Mama masak apetuu?" Sergah Ariz dari belakang.

Tengku Manisha mengelus dada apabila dia dikejutkan dengan suara anak lelakinya. Ish budak bertuah nih.

Lupa nak intro, Tengku Manisha ni ibu kandung Ariz. Mama kepada Ariz. Bestie No.1 Ariz. Tempat Ariz bergantung. Ariz lebih rapat dengan Tengku Manisha berbanding dengan Tengku Riezal, papa kepada Ariz kerana papanya sibuk overseas.

"Main sergah aje. Nasib baik mama ni tak ada penyakit tau!" Tengku Manisha memukul kepala Ariz.

"Sorry maa. Mama masak apa? Sedap bau..." bau Tomyam menggelegak menusuk ke dalam rongga hidung Ariz.

"Mama masak Tomyam." katanya sambil mengacau sebati sup Tomyam dalam periuk.

"Mesti kaw-kaw kan, ma?" Puji Ariz.

"Eh, mesti. Tengok tangan lah." Tengku Manisha memuji diri sendiri.

Ariz membelek tangan Tengku Manisha. "Tangan mama ada power ker?"

Tengku Manisha memandang Ariz dengan mata sepet. "Riz, engkau merepek apa ni?"

"Takde ape ma. Ni, Riz nak tolong mama masak dinner food boleh?"

"Betul ni?"

"Betul ma."

"Ok, kalau macamtu, Riz tolong mama potong bulat sotong tu dengan kupas kulit udang sekali."

"Baik ma. Tapi kenapa mama masak banyak-banyak? Ada orang nak datang ke rumah kita ke?"

"Haah. Abang ipar kau dengan akak kau sekali dengan Hani nak datang." Ariz mempamerkan kegembiraan.

"Yea! Tak sabar nak jumpa niece kesayangan!" Teruja Ariz. Mana taknya, anak buah kesayangan Ariz sememangnya manja dengan Ariz. Sifat manja Hani menceriakan lagi hidup Ariz sebelum semua kegembiraannya musnah.

"Ya tak yer. Tak ada pulak aku dengar suara bibik kau. Suara monster tengah membebel dekat depan aku ni adalah." Panas hati Fia apabila perkataan 'lembab' keluar dari mulut mamat beremosi aka Ariz.

"Aku monster? Haha. Tak kisah lah kau nak nickname kan aku dengan nama apapun. Tapi kau kena tahu, kau tetap 'Mylowi' aku." Ujar Ariz dingin. Dalam kedinginan dan ego seorang lelaki, dia tersenyum simpul. Maksud tersirat dan rahsia dalam 1001 gaya bahasa lah katakan.

Aku tumbuk kau japgi, Ariz. Banyak sangat kau simpan rahsia.

Apabila Fia melihat Ariz, Ariz cepat-cepat sembunyikan senyuman yang diukir sebentar tadi. Fia tidak nampak senyuman Ariz keluarkan dari bibir merah jambunya.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now