BAB 6

40 7 3
                                    

ARIZ dah terima lamaran seorang perempuan. Dia mengangguk terima lamaran Fia. Walaupun hatinya sudah tertutup rapat bagaikan peti besi kehilangan kunci! (Danial Ariz ni sembang je sampai boleh keluar ribut petir. Jangan caya)

Ariz berdiam diri menatap kucing gemoknya, Johny yang terbaring menampakkan perut bola dia. Fian pula menatap syiling putih tinggi dilangit tanpa sebarang emosi.

Sebenarnya Fia dah jelaskan kenapa dia mahu berkahwin dengan Ariz.

Tetapi Waiz pula yang melebih.

Dia yang terlalu gugup,

Dia yang dah berdebar,

Dia yang rasa nak kencing dan terberak.

Waiz tak sengaja mendengar perbualan Ariz dan Fian di belakang pintu rumah semasa Waiz mengejar burung merpati dan burung tempua yang berterbangan keluar kerana terlepas dari sangkar. Tak guna kau Waiz. Burung aku tu mahal tau dok?

"Aa- Ariz. Aku nak ke tan- tandas." Waiz jalan terkepit-kepit meluru ke tandas rumah Ariz.

...

"Nek. Fian ada bawa Danial Ariz. Fia buatkan air dulu ye." Fia menuju ke dapur dan terus menjerang air.

"Danial Ariz?!" teruja nenek moyang Fia. Nenek moyang Fia mendekati Ariz yang duduk di sofa sambil membaca majalah. Tangan berkedut milik orang tua itu memegang kedua tangan Ariz.

"Herr... Errr, nenek nak apa ya?" tanya Ariz. "Sampai nenek nak sangat saya kahwin dengan Fian?" Sambungnya lagi.

Wajah sunggul nenek moyang Fia kelihatan di mata Ariz. Seolah-olah mahu meminta sesuatu yang dingini.

"Nenek nak minta sesuatu daripada kamu."

"Sesuatu? Kalau nenek nak duit, saya boleh berikan."

"Bukan. Nenek... ada sebab nak kamu berkahwin dengan satu-satunya cicit nenek si Fian tu. Betul kamu nak nenek ceritakan kenapa?"

"Boleh aje nek. Saya memang suka dengar cerita." Ariz menutup majalah yang dibacanya.

"Tapi nenek taknak kamu beritahu Fia dan bila nenek ceritakan tentang perkara ni, kamu jangan banyak soal. Satu lagi, jangan bising. Takut Fia dengar." bisik nenek.

Ariz zipkan mulut sesiap.

Nenek moyang Fia pun menceritakan apa yang Ariz mahu dengarkan.

Sekarang, giliran raut wajah Ariz yang bersilih ganti. Dari muka biasa hingga kelihatan muram dan sedih.

"Saya terima Fia menjadi isteri saya."

"Air dah siap! Nenek? kenapa diam?" Fia menyoal nenek moyang dia dan si mamat beremosi yang terdiam tanpa sepatah kata selepas dia ke ruang tamu membawa sejag air lemon bersama dengan beberapa cawan. "Kau, mamat, kenapa senyap? Berak ke?"

"Kepala wotak kau lah. Diam salah, bising salah." marah Ariz.

"Aku cuma nak tanya. Bukan ugut nak bunuh kau." tindas Fia.

Nenek moyang Fia menyiku Ariz dan Fian. "Apa gaduh-gaduh ni? Fia, jangan suka menyakat."

Ariz ketawa mengekek. Fia merenungnya tajam setajam pisau rambo.

"Nenek dengan si mamat ni ada sembunyikan sesuatu eh?" syak Fia. Nenek moyang Fia dan Ariz geleng kepala.

Nenek moyang Fia dan Ariz berpandangan sebelum kedua wajah mereka memandang Fia dengan muka menyengih.

"Heee...... tadi nenek ngan aku just sembang cerita pasal hidup nenek yang dah tua masih kuat. Kan, nenek?" Tipu Ariz.

"Haah,"

Lama Fia mengecilkan mata. Dia orang ni macam sembunyikan sesuatu je. "Betul?"

"Betul..." nenek moyang Fia meyakinkan pernyataan Ariz.

"Okey... Fia percaya" Fia membuka siaran tv. Siaran tv yang memaparkan kartun Larva. Fia duduk di sofa khas untuk duduk berseorangan sahaja. Mrs. VVIP Fian Risya.

Ketawa Fia meletus kerana salah satu karakter ulat kuning bernama Yellow selalu buat masalah sampaikan ulat merah aka Red naik fedap dengan member dia.

Ariz tersenyum melihat Fia yang mengetawakan ulat bewarna kuning dalam cerita kartun Larva. Bagi Ariz, Fia tu pendek, molek. Kecik-kecik cili padi. Berbisa. Lagi satu, Fian ada rupa paras comel.

Kalau Fia cakap 'Babyshayang~' macam Mira Filzah mesti cair hati aku. Ni tak. Sikit-sikit, 'kau memang suka cari pasal kan?!'. Aduhai... kalau dah jadi isteri aku nanti, tiap hari aku nak buli-buli manja dengan dia. Amboi. Ke dasar laut teruih hati hang, Ariz oi. Punya janji dah takmau terpikat dengan mana-mana perempuan. Penipu tahap legend betui.

"Ariz nak dengar lagi satu cerita tak?"

"Nak!"

"Aik? Tadi kemain usyar anak dara orang. Ha, kata nak dengar cerita kan? Tolong ambilkan album tebal bawah meja tu"

Ariz meraih album tebal terletak di bawah meja kopi.

Nenek moyang Fia ralit menyelak setiap halaman album. Tangannya berhenti menyelak kemudian. Gambar seorang kanak-kanak comel riang berlari dengan keadaan comot di seluruh muka kerana makan aiskrim ditujukan pada Ariz.

"Ni Fia masa umur 4 tahun. Comelkan?" ujar nenek moyang Fia. Ariz mengangguk kecil.

"Comel."

Fia menoleh ke arah dua manusia yang sibuk bersembang sambil menatap album masa kecil dia. Eh, eh mamat ni, suka eh tengok gambar masa aku kecik dulu. Nenek pun rapat semacam dengan si mamat beremosi tu.

"Siapa comel? Aku ke? Ufufufu!" memandangkan kartun Larva sudah tamat, Fia mengangkat punggung dari sofa dan terus duduk berhadapan dengan nenek moyang dia dan Ariz di atas lantai.

"Perasan. Orang puji masa masih kecik. Bukan masa besar." perli Ariz

"Ceh."

"Rupa kau sekarang ni pun macam—" Ariz tidak meneruskan kata. Membiarkan Fia bertanya.

"Macam apa?" terkebil biji mata Fia.

"—macam singa tembam. HAHAHA!" terburai gelak Ariz serupa macam setan.

...

"Uncle Ejat... bila Hani boleh jumpa Uncle Ayis?" kanak-kanak perempuan comel lingkungan enam tahun sedang menggoncangkan bahu lelaki berusia 30 tahun yang leka menonton televisyen bersama seorang perempuan duduk disebelah.

Aizat membulatkan mata melihat anak saudara majikannya bertanya soalan sebegitu. Bukankah sebelum ini Hani tak pernah bertanya nak pergi berjumpa dengan Ariz?

Aizat melihat isterinya, Naurah. "Sayang, nak jawab apa?"

Naurah mencubit peha suaminya. "Aih. Soalan bukan KBAT pun susah nak jawab?"

"Jawablah... uncle Ejat dengan auntie Ara..." rengek Hani. Pipi pau kanak-kanak itu dicubit lembut oleh Naurah.

"Nanti kalau ada masa, kita pergi jumpa uncle, ya?"

"Okey auntie. But, can we make a pinky promise?" pinta Hani.

"Of course, dear." Naurah berpinky promise dengan jari kelingking kecil Hani.

"Uncle Ejat, pinky promise too?" jari kelingking Hani dihalakan pada Aizat pula.

"Yup." giliran Aizat membuat pinky promise dengan Hani.

Sudah enam tahun Aizat dan Naurah menjaga anak saudara majikannya sejak kakak, abang ipar, ibu dan ayah Ariz meninggal. Mereka menjaga Hani sejak Hani berumur 6 bulan lagi. Hani merupakan anak kepada kakak Ariz dan abang ipar Ariz.

Aizat dan Naurah merupakan pembantu peribadi Ariz yang sudah berkhidmat hampir dua belas tahun dalam hidup Ariz. Mereka berdua juga sudah menganggap Hani sebagai anaknya sendiri. Jadi, tak keberatan sangat untuk menjaga budak kecil seperti Hani. Malah Hani hidup bahagia disamping pasangan suami isteri itu.

Ada sebab mengapa kakak, abang ipar dan kedua orang tua Ariz meninggal dunia.

Ini semuanya diakibatkan dengan salah satu kejadian lampau kehidupan Ariz sebagai pewaris keluarga mafia.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now