BAB 8

41 5 0
                                    

"Fian Risya. Kenapa tercegat kat situ lagi?" Ariz menoleh Fia. Tak berganjak kaki gadis itu untuk menaiki tangga.

"Give me time to rest." Fia duduk di hujung tangga besar rumah Ariz. Hampir separuh tangga sudah dilangkah.

Ingatkan semua landskap keliling rumah yang besar-besar, termasuk tangga pun besar lebar. Nasib tuan rumah dia tak besar gedabak macam rumah dia.

"Come on, Fia. Kau lambat, aku sengkeh kepala kau."

"Nak sengkeh sekarang, buat lah. Tak kisah."

"Betul ni?"

Fia mengangguk. Ariz semakin menghampiri.

"One..."

"Two..."

"Three." Ariz tak sampai hati mahu menyengkeh kepala Fia. Sebaliknya, kepala Fia diusap dengan penuh lembut. Ariz mencangkung di tepi Fia.

Ariz tahu bagaimana cara untuk memujuk perempuan jenis tough macam Fia supaya perempuan tu tak buka langkah silat.

"Kalau ada masalah, bagitau aku. Aku akan tolong." Pujuk Ariz. Muka Ariz dan muka Fia hampir dekat dengan hanya lagi seinci. Fia terkaku. Sekali lagi entah kali keberapa, kedua pipi Fia panas membahang. Malu.

Mamat beremosi ni carring?

"Tolong bawakan beg dengan barang aku ke tingkat atas. Buku lali dekat kaki aku terseliuh. Ish..." Fia mengeluh sakit apabila cuba menggerakkan buku lali kaki kanannya. Sakit pada buku lali pada kakinya hanya tuhan yang tahu.

Kalau pergi klinik, doktor mesti cakap, 'Sakit sikit ja. Nanti esok lusa ok la'.

"Kenapa dengan kaki kau?"

"Dah tercabut. Tak peka betul telinga kau. Tak dapat tangkap apa yang aku cakap."

"Aku ingat. Kau terseliuh, kan? Siapa yang buat kau terseliuh? Meh aku jentik ketiak dia."

Fia tergelak besar. Tak ingat sakit dah bila mamat beremosi tu buat jenaka. Celah mana terselitnya kisah lawak aku pun tidak tahu.

"Kenapa kau gelak?" Ariz berkerut dahi. Aku ada buat himpunan cerita lawak ke tadi?

"Takda apa lah. Ahahaha! Bukan salah Johny, tapi salah aku sebab aku yang kejar dia sampai kaki boleh terseliuh. Kucing kau tu lari laju. Kau nak jentik ketiak aku ke? Ahhahhahhah!" Sakit perut Fia ketawa.

"Tak hamak nak jentik ketiak kau. Bau masam." Ariz berdiri semula. Dah penat mencangkung macam orang kena sembelit punya pasal. "Tapi aku akan rasa puas punya kalau dapat jentik kau punya dahi."

Pik!

"Moral of the story, jangan sesekali membuatkan aku migrain kepala. Kan dah kena seketul." tambah Ariz sebelum mengangkat beg dan barangan milik Fia ke tingkat atas.

'Tangan dahlah keras macam besi. Kena gedebik sebijik rasa macam nak lebam.' omel Fia. Dahi kepalanya sudah berasa sengal akibat jentikan jari tangan Ariz yang keras mengalahkan batang kayu golf.

Matanya tertumpu ke arah potret gambar berukuran besar terletak dihadapan tangga. Potret gambar keluarga Ariz.

Ariz ketika berusia 16 tahun dalam gambar ditenung lama. 'Ni komferm Ariz. Potongan rambut dia dulu serupa macam mangkuk. Hahaha! Lawak betul zaman masa dia sekolah dulu.'

Dalam potret gambar berukuran besar itu, terdapat ibu dan ayah Ariz. Yang hensem-hensem ala Nazim Othman, itu abang ipar Ariz. Yang cantik-cantik sambil mendukung seorang bayi pula, itu kakak kandung Ariz bersama dengan anaknya.

'Tapi kemana diorang semua?' soalan muncul dari pemikiran Fia.

Badan Fia diangkat dan didukung oleh seorang. Seraya menyebabkan Fia berasa takut. "Argghhh! Hantu angin!"

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now