Bab 15

29 3 0
                                    

Naurah sudah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Fia menyimpulkan bahawa Naurah mungkin keracunan makanan. Tak benar, mungkin ada sebab lain kut.

Aizat tidak senang duduk fikirkan keadaan Naurah yang asyik loya muntah. Hani pula tertidur berbantalkan peha kaki Fia. Kata Hani, Fia mengejutnya bangun tidur terlalu awal. Padahal pukul 11 dia membangunkan anak buah kesayangan Ariz tu.

Fia menghubungi Ariz. "Hello Riz, aku kat klinik bawak Naurah sakit. Lepastu ajak Hani beli coklat."

"Kau call tak kena masa lah. Nasib aku on the way pergi tandas skang nih. Ok tu aku tau, Aizat ada chat aku. Kau naik kereta Aizat ker kereta MyVi aku?" jawab Ariz ditalian.

"Sorry. Aku... drive kereta MyVi kau."

"What's?! Kau drive MyVi aku?!"

"Jangan lah jerit giler. Aku dah lama tak memandu. Kalau aku drive kete MyVi kau pun, aku ada lesen sah. Aku bukan bawak lari jual murah kete kau kat orang."

"Kalau aku dapat tahu kau cederakan 'BFF' aku, balik nanti kau aku tambat dekat pokok mangga depan rumah." ugut Ariz.

"Tambat lah! Biar semua jiran tau, 'Encik Danial Ariz Seorang Suami Yang Kejam'. Ber'BFF' konon dengan kete MyVi. Kereta MyVi pun tak hamak layan kau lah." Fia tidak mengeruni ugutan Ariz. Tetapi Fia lebih menakuti sejarah tingkatan 3 bab tentang strategi perluasan kuasa British dan Belanda di negara kita.

"Poyo jelah kau. Macam berani. Aku betul-betul buat baru rasa!"

"Eah dah banyak kali aku rasa kene tambat, okey?"

"Kau balik nanti, siap kau."

"Bluerk. I'm not scare with you lah."

"Dahlah aku malas layan on call kau. Bye." Terus Ariz menamatkan panggilan.

Fia tergelak sinis. Tahupun mengalah. Dia menyimpan semula phone ke dalam totte bag.

"Siapa di sini ahli keluarga Puan Naurah?" panggil Nurse yang keluar dari bilik rawatan pesakit sambil memegang fail.

"Saya suami dia nurse." Aizat bangun berdiri.

"Mari ikut saya. Isteri encik ada didalam." pelawa Nurse itu.

Selepas beberapa minit, dua pasangan yang ter bahagia itu keluar dari bilik rawatan pesakit dengan riak wajah bersinar sinar. Seperti baru ditempek gam glitter.

"Doktor cakap apa? Kak, kau salah makan ke?" tanya Fia pada Naurah.

Naurah membalas pertanyaan Fia dengan senyuman manis.

"Sah. Salah makan. Senyum tak tentu pasal." cebik Fia.

"Bukan la. Taa daaaa!" Naurah menunjukkan sekeping gambar hasil ultrasound. Terdapat janin masih kecil tertangkap dalam gambar.

"Whoah! Tak lama lagi jadi mak orang dah. Berapa bulan?" teruja Fia membelek gambar hasil ultrasound Naurah.

"8 weeks." balas Aizat.

"Yeay aunty Ara dan uncle Ejat nak dapat baby. Yeay yeaa!" Hani memeluk kaki Naurah.

"Dah, dah. Malu orang dalam klinik ni tengok. Jom aah. Pergi lunch." Fia menarik tangan Naurah dan tangan Hani. Aizat sekadar membuntuti di belakang.

Pintu utama rumah dikuak setelah membuka gril pagar pintu. Fia membuka kasut lalu menguak daun pintu.

"Opocot buyut kau Captain America!" terkejut Fia memandang Ariz bercekak pinggang depan mata.

"Thanks cakap buyut aku seorang superhero. And, follow me then...," Ariz menarik sebelah tangan Fia untuk dibawa ke suatu tempat.

Sejak bila Ariz boleh masuk rumah padahal terkunci? Guna ilmu teleportasi ker.

Aizat, Naurah dan Hani sudah memasuki perut rumah.

"Eh mamat! Kau nak bawak aku pi mana?"

"Mamat kau panggil aku?"

"Habistu nak aku panggil kau selipar jamban kedai dua ringgit sepuluh sen?"

"Teruk sangat tuh." Ariz mengelus rambut depan yang terjuntai sedikit.

"Haa dah tau teruk tu diam la. Cepat, kau nak bincang apa dengan aku sampai main tarik-tarik tangan aku ni? Kau fikir aku teh tarik?" bebel Fia.

Ariz mengeluarkan kanta pembesar bersaiz besar dari poket seluar. Kanta pembesar diguna untuk menilik sesuatu di atas permukaan kereta MyVi miliknya.

"Kau cek apa tu?" berkerut dahi Fia memandang perilaku Ariz.

"Kereta aku lah. Mana tau kau ada calarkan sikit– Hah! Aku jumpa." Ariz mengusap bahagian permukaan kereta MyVi itu. "Ada calar, kau buat." jari telunjuk menunding laju hingga terkena dahi Fia.

"Calar pebenda siot? Aku tak nampak satu hapak pun."

"Nih..." tunjuk Ariz.

Fia mendekatkan muka dan melihat lebih lanjut. Pupil mata dizoomkan sebanyak seribu megapixels.

"Kecik sekecil liang pori je pun. Bukan besar sangat sampai besar mengalahkan lubang loji tahi."

"Ek eleh, kau cepat cakap kenapa ada calar balar ni? Sebelum nih tak pernah calar." kata Ariz tidak mahu mengalah.

Chill bro. Dengan isteri sendiri perlu berkira.

"Tak pernah calar sebab kau tak pernah drive kereta ni. Aku tercalar sikit sebab aku pernah drive. Cuba bandingkan." kening Fia terjongkat jongket.

"Kau fikir ni game Find 5 difference of this picture ke hah?" Ariz menyindir.

"Ok kkk aku mengalah. Sebebebenarnya ada sekor tupai salah landing masa aku lalu dekat jalan yang banyak pokok rendang tadi,"

"Keenaapaa kau laluu situuu?!" ujar Ariz bernada kecewa laaa sangaaat.,

"Jalan utama jem. So aku pilih jalan shortcut lah. Simple and easy."

"Heh."

"Bak kata J.Jambul, sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi tupai." Bangga Fia ketika menyampaikan ayat J.Jambul, wartawan berita di Pulau Rintis.

"Bak kata Adudu, ada aku kesah?" Balas Ariz pula.

"Ehem. Jom masuk dalam rumah. Saya nak buatkan korang air. Bos pun mesti haus lepas balik dari kolej, kan?" muncul Naurah meleraikan pertelingkahan diantara Fia dan Ariz.

"Ok." Fia menarik lembut pergelangan tangan Hani supaya mengikutinya.

Tinggal lah Ariz bersendiri. Ketika tiada orang, dia mengusap-ngusap permukaan kereta MyVi yang sedikit calar itu seperti mengusap perut orang mengandung.

"Hey baby. Kau okay tak? Mesti sekarang kau nangis. Nanti aku bubuh bandage atas badan, eah? K, bye." lambai Ariz pada kereta MyVi itu dan masuk ke dalam rumah.

...

"Fia, boleh belikan tiga peket isi ikan dory tak? Akak rasa nak masak fish and chips untuk malam ni lah." tangan Naurah ralit mengupas kulit bawang.

"Kat mana ada jual?"

"Kat Tesco depan kawasan perumahan ni ada." Naurah menoleh Fia sibuk menyedut air milo kotak. "Boleh tak tolong belikan?"

"Yelah. Saya pergi belikan. Tiga peket isi ikan dory kan?"

"Hah. Eh, Hani mana? Biasa ada menyelit."

"Tidur dengan Ariz."

"Owhhh."

"Eih dahlah. Lagi cepat pergi, lagi cepat balik." Fia mengubah topik. "K, bye kak!"

Helmet warna biru dan kunci motor skuter diambil dia.

...

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now