BAB 13

50 5 10
                                    

"Boleh aku tanya kau tiga per empat soalan tak?" Ariz melentokkan sisi kepala di atas meja seraya meniup sesudu bubur nasi.

"Wappa? Unyam yum yum mamti lah waku engah wakan mii." makanan sarat didalam mulut dikunyah lahap sementara melayan permintaan Ariz.

"Alien, baik kau habiskan dulu kunyahan dalam mulut kau tu." bukannya dia tidak faham apa Fia katakan, tapi kalau dah tersedak nanti serupa naga. Habis semua benda dalam mulut keluar. Gigi tak keluar sekali tu dah kira syukur lah. Maunya kena pakai Polident tiap hari tak ker seksa.

"Aku dah habis mengunyah. Kau tadi cakap nak tanya tiga per empat soalan? Banyak lah kau. Sorry la. Aku bukan makcik Google." Sudu besi dihentakkan sehingga memantulkan bunyi 'klingg' pada permukaan meja.

"Tak. Kau bukan makcik Google. Maksud aku, kau dengan Katelyn macam kenal lama aja. Citerlah." Rayu lelaki itu. Fia menghembus kuat nafas yang terkeluar dari peparu, bronkiol, bronkus, trakea, rongga hidung dan seterusnya keluar melalui lubang hidung.

"About that.." Fia mengelus dagu.

"Haa. Full storytelling and lighting. Uhuk uhuk huk!" sambung Ariz. Batuknya kini berkurangan setelah memakan ubat. Jari terlunjuk ditunding pada Fia agar gadis itu menceritakan cerita itu secara panjang lebar berderet dan jelas.

"Nurul Katelyna Binti Mohd Jonathan Amri ialah orang yang selalu membuli aku ketika zaman sekolah dulu..." Dia menghirup sedutan ice lemon tea dibawa oleh straw cawan dan sambung bercerita. "Dia devilgirl bagi aku. Dia pemusnah kehidupan bahagia aku dari zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja..."

"...Dia troublemakers terbesar aku. Perkara paling keji dan terkutuk dia pernah buat... dia bunuh mak pak aku disebabkan dia dengki pasal boyfriend dia rapat dengan aku." Sebak rasa didada mengenangkan peristiwa lalu.

"Sepatutnya aku yang terbunuh dalam nahas jalan raya, tapi... Ibu dan babah pula yang terbunuh. Nahas jalan raya itu berpunca dari dia. Aku ada nampak dia datang rumah aku, dia sedang potong brek kereta babah aku. Selepas kejadian tu, pihak polis langsung tak percayakaN aku sebab tak ada bukti kukuh bahawa Katelyn yang buat. Uh.. dia senang lenang terlepas daripada kesalahan besar yang dia telah lakukan. Sepatutnya aku yang mati. Aku dah tanggung banyak derita, Ariz..." Fia tidak dapat menanggung air mata bergelinang di kelopak mata dan akhirnya terjatuh jua.

"Hoi jangan cakap macamtu, Mylowi." Ariz mengusap umbun-umbun sambil mengesat air mata Fia untuk menenangkannya. "I'll be always with you."

Fia sibuk melayan duka laranya. Ariz turut bersedih akan ex-girlfriendnya, Katelyn sanggup buat sedemikian rupa kerana dengki melihat kehidupan Fia.

"Kau nak dengar something tak dari aku?" Lelaki itu sekejap sahaja dapat menghentikan esakkan tangisan Fia. Pipi mulus Fia diusapnya pula. "Look at me first."

"Apa?"

"Muka kau tengah berhingus hidung kembang kempis tu..." Ariz berhenti mengusap pipi Fia dan menyambung suapan bubur yang masih penuh 50% didalam mangkuk. "...Macam makcik joyah janda anak 8."

"Bukan makcik Joyah tak pernah kahwin ke?"

"Ada."

"Tang mana Joyah nye..."

"Adalah."

"Memandai jelah kau."

"Well... Mangkuk ni tolong cucikan sekali eh. Aku nak rest, masih sakit kepala. Aku tengok kau ceria balik, aku terus down mood." Ariz membawa diri terus blah keluar dari ruang makan.

"Kau mentang-mentang sakit, semua benda kau suruh aku buat" jerit Fia.

Ariz dari jauh gelengkan kepala apabila isteri kesayangan mula membuka bicara. "Follow my instruction, Mylowi. Tata."

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now