BAB 3

44 9 0
                                    

"BAGI saya tengok-tengokkan dulu ya, kak?" Penjaga kek mengiyakan sahaja manakala Ariz khusyuk memilih design kek yang sesuai. Sama ada pilih bentuk bulat atau segi empat.

Macam-macam jenis perisa kek. Ada yang diletak dengan pelbagai patung kartun dan hiasan dedaun mainan. One more thing, kek Secret Recipe sedap giler. Tak hairan harga sebiji kek sebesar bulat helmet kepala kanak-kanak dah cecah RM50-RM80.

"Sayang... baby kita ngidam makan kek lah..." rengek si perempuan.

"Alololo. Sian baby daddy lapar ye?" si lelaki pula memegang lembut perut isterinya yang memboyot. Yang datang itu sah-sah lah pasangan suami isteri. Takkan itik dengan ayam yang datang mari.

Ariz menoleh belakang. Memang lumrah mata manusia akan melihat manusia lain yang datang. Selepas memandang siapa gerangannya, Ariz memalingkan kepala.

"Dah bernikah dan mengandung rupanya," Ariz bergumam dengan perlahan. Ketika memandang ex girlfriend bahagia bersama suami dia yang digelar Aiman Motorbike RxZ.

Meskipun senyuman manis ex girlfriend dia berikan pada sang suami aka Aiman Motorbike RxZ telah membuatkan Ariz tak keruan sebentar. Bodoh betul aku. Rupanya selama ini aku jaga jodoh orang.

Ariz termenung melihat dinding putih dihadapannya. Bagi Ariz, dinding putih dihadapan seperti mempunyai magis. Magis yang membuatkan dinding itu terasa best sangat untuk ditenung. Daripada menambah luka hati melihat orang yang bahagia dengan orang lain dan bukan bahagia dengan dia.

"Err, encik?" Fia menegur lelaki yang termenung jauh. Bukan melihat kek, tetapi melihat dinding putih di belakangnya. Dinding tu ada portal pintu dunia lain ke sebab lelaki tu termenung jauh. Kalau boleh bawak tilam dengan bantal sekali. Baru syok termenung. Fia menggantikan shif rakan sekerjanya, Izzati yang balik emergency kerana menziarahi ibunya yang sakit di kampung.

Pada topi Ariz, terukir sulaman nama ARIZ.

"Ariz namanya. Dia ke yang nenek maksudkan? Ish. Takmau aku." Fia tergeleng sedikit. Jangan cakap dia ni 'Danial Ariz' yang nenek moyang dia ngarutkan seperti di dalam mimpi. Bagi Fian, muda lagi kut 22 tahun dah kena kahwin. Tak bagi chance lah kalau gitu.

"Ya, ya?" Ariz tersedar dari lamunan.

"Encik dah pilih ke kek yang encik suka?" risau Fia sekiranya lelaki itu mempunyai sindrom batu dimana lelaki itu akan asyik membatu dan termenung sahaja.

"Oh, dah. Saya nak yang ni," Ariz menunding kek coklat yang dihiasi dengan dedaun dan patung kucing mainan.

Fia keluarkan kek coklat yang lelaki itu mahu beli. Kertas kecil dan pen diberikan pada Ariz. "Boleh encik tuliskan nama atau kata-kata atas kertas ni? Saya boleh tolong tuliskan nanti."

"Ok. Bagi saya masa sikit"

Sementara menunggu Ariz, Fia meletakkan aising vanilla ke dalam beg aising. Ariz sudah melepaskan pen daripada tangan menandakan yang dia sudah menulis. Fia sedia menulis dengan aising.

'JOHNY, 7 YEARS'

"Dah siap tulis. Semuanya RM50.90." Fia membungkus kek coklat itu dengan kotak khas Secret Recipe.

"HAI Fia. Aku datang nak cakap something," Waiz datang memberikan pamplet hari jadi. Fia muyskil. Hari jadi siapa?

"Cer baca pamplet ni. Komferm kau like." WAiz kenyit mata. Fia berasa sesungguhnya meluat.

Perangai Waiz dari sejak tadika hingga habis pengajian masih setia dengan 'sweet language' dia. Dulu masa lima tahun dekat tadika, dah pandai mengayat. Sampaikan mak Waiz pulas telinga Waiz sampai merah. Aishh... Waiz, Waiz.

' JEMPUTAN UNTUK SI PENCINTA KUCING.

BAHAWASANYA SAYA, 'D.A' MENJEMPUT ANDA KE MAJLIS HARI JADI KUCING SAYA YANG KE-6 PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT BERIKUT;

TARIKH: 12 OKTOBER
-
MASA: 4 PTG HINGGA 6 PTG
-
BERTEMPAT DI TAMAN VILLA MERPATI. '

Biji mata Fia bersinar bak blink-blink.

"Marvelous, Waiz. I like!" Fia tepuk tangan.

"Bagus lah kalau kau suka. Tu member aku time universiti yang ajak."

"Waiz, kau ikut tak?"

"Of course, bff ku yang comel bucuk."

"Euw. Aku dah besaq, okey?"

"Yelah. Sorry. Kalau ingat, apa nama team kita?" Waiz jongket kening.

Fia meneka. "We Are Cat Lover's, WACL!"

"Yes!" Fia dan Waiz berhigh-five.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now