PART 17

2.4K 157 14
                                    

The Arrogant Handsome
By; Marr Roslina
Part 17

"Silakaa betul.! Ni lelaki pun satu jenis juga sama Shawn.! Berlagak.! Mentang-mentang kaya.! Huh.! " berabis lagi Marquesa memaki lelaki tadi.

Tidak lama tu kedengaran orang menyanyikan lagu 'Happy Birthday'. Diselang-seli suara yang bersorak riang. Marquesa tersenyum. Pasti Cicil akan terkejut dia pun datang ke party birthday dia ni.

Sebenarnya, dia tidak membawa apa-apa hadiah. Persembahan tariannya nanti dia persembahkan khas untuk Cicil. Dia memang ikhlas buat persembahan untuk Cicil sebap dia tau Cicil pasti suka.

Budak tu memang suka sangat dengan tarian. Dia cepat belajar suatu tarian yang baru baginya. Tidak lama tu kedengaran mdm Shintia berucap. Marquesa berdiri dan bersiap sedia untuk membuat persembahan. Selendang dirapikan lagi di kepalanya itu.

"Good evening everyone. Di hari yang penuh berkat ini, saya ingin berucap sepatah dua kata, bolehkan? " kedengaran tetamu-tetamu mengatakan 'Yes' sama mdm Shintia.

"Okey.. sekali lagi saya nak ucapkan selamat ulang tahun yang ke-9 untuk satu-satunya cucu kesayangan saya, Cicil. Cicil.. kemarin-kemarin Cicil masih baby lagi tapi masa cepat berlalu dan sekarang Cicil sudah pun berumur 9 tahun. Granny harap Cicil akan sihat sentiasa. Berjaya dalam hidup di masa akan datang. Dimurahkan rezeki juga. "

"Granny sudah bagikan hadiah sama Cicil tadi.?" Cicil mengangguk memandang mdm Shintia dengan senyuman yang lebar. Happy sangat dia dapat bersama keluarga dia masa ulang tahun kelahirannya itu.

"So.. ada seseorang lagi yang mau bagi Cicil hadiah. This is special to you my dear, Cicil. "

Tiba-tiba lampu dipentas menjadi gelap. Kedengaran riuh suara tetamu-tetamu yang ada disana. Perlahan-lahan mdm Shintia turun dari pentas dan menepuk lembut bahu seseorang. Mereka berbalas senyuman dan music mula dimainkan.

******************

SHAWN MALONE

Saya tercari-cari momy di tengah tetamu-tetamu yang keluar dari dalam rumah menuju halaman belakang. Mana pula old lady ni pigi. Marquesa pun tiada saya nampak. Sekarang jam 7 sudah.

Tidak lama tu, Sean dan Cicil sampai. Terkejut Cicil nampak banner besar bertulis 'HAPPY BIRTHDAY CICIL SEAN'. Dipeluk-peluknya Sean disitu. Dicium-cium lagi.Saya jalan mendekati mereka.

"Happy birthday princess. " saya melutut dan memeluk manja badan Cicil. Cepat sangat masa berlalu, kini besar sudah anak Sean. Pasti Celestie gembira nampak anak dia membesar dengan sihat dan cantik. Muka Cicil memang ketara semua ikut muka Celestie.

"Thank you uncle Cold. " balas Cicil dan mencium pipi kiri saya.

"Honey.. jom kita duduk dulu. " ajak Sean. Kami berjalan bersama menuju meja khas hanya untuk kami tapi saya hairan kenapa kerusi ada 6.?

"Bro.. momy mana? Takkan belum siap lagi.?"soal saya.

"Aikk.. bukan momy sudah duluan turunkah dari kami.? "

"Tapi tiada pun momy saya nampak sekarang. Dari tadi lagi saya cari. "

Tidak lama tu saya nampak momy keluar dari arah belakang stage dan memberi sesuatu sama dj yang bertugas. Aikk.. apa pula mom mau buat tu?

Selepas itu, momy jalan menuju arah meja kami. Dia tersenyum penuh makna sama kami. Sampai saja momy peluk dan cium dahi Cicil.

"Happy birthday my grand daughter. " ucap momy.

"Thank you granny. " balas Cicil. Tiba-tiba mom hulurkan tapak tangannya dan kelihatan sebuah rantai emas putih dengan buah rantai berbentuk love.

THE ARROGANT HANDSOME (SABAHAN SLANG) Complete✔Where stories live. Discover now