2 tahun kemudian...
"Angah,bila angah nak kawin pulak...kata nak tunggu adik kawin dulu la apa la...ni sampai ke sudah tidak berpunya..."
"Suka hati je cakap angah camtu..angah dah berpunya keh...cantik plus baik lagi tau..."
"Oo..dah berpunya...Mama!!!!Angah nak kawin!!!"Iskandar laju mengejar adiknya keluar dari bilik.
"Adik ni jahat lah!!!"
*************************************
"Sayang!!!Sayang kat mana??!!!"jerit Arif dari dapur."Sayang kat bilik ni!!awak nak apa??!!"
"Turunlah..makanan dah siap ni...nnti perut tu sakit pulak..."
"Sayang tak selera lah...asyik mual je ni...."mendengarkan kata-kata isterinya,dia terus melangkah naik ke bilik utk melihat keadaan Ayna.
"Are you okay,sayang??"
"Not quite okay..."tiba-tiba Ayna memegang mulutnya dan terus memasuki tandas.
"Sayang,..."Arif menggosok belakang isterinya.
"Awak,keluar lah dulu.Saya rasa nak muntah bila awak kat sini...sorry"
"Better kita gi jumpa doktor.Nnti tetiba ada penyakit apa ke,kita tak tahu,kan??"Ayna mengangguk tanda setuju dgn cadangan suaminya.
"Pegi la siap...saya simpan makanan jap.."
"Awak,takpe...biar saya yang simpankan....."mualnya datang semula,dia pun terus memasuki tandas.
"Aa...sayang,takpe.Biar saya yg kemaskan....awak buang la isi perut yg tak sabar sgt nak keluar tu..."
*****************************************
"Tahniah,Encik Arif...isteri awak mengandung 2 minggu..."lantas Arif menadah tangan tanda bersyukur."Terima kasih doktor.Nasib baik saya bawak Ayna datang sini,kalau tak memang sampai tahun depan pun saya tak tahu yang dia ni mengandung...liat sangat nak gi buat check up pun..."Ayna menyiku lengan suaminya itu.
"Ehh...mana boleh tak datang check up...macam mana nak tahu perkembangan baby nnti?..."tersenyum Ayna dengan usikan doktor yang bertanda nama Suria itu.Arif meminta diri setelah mengucapkan terima kasih kepada doktor Suria sambil memimpin Ayna untuk keluar dari bilik doktor itu.
"Haa lepas ni,jangan buat kerja berat-berat lagi.Biar saya je yang buat..."
"Habis tu,saya nak buat apa kat rumah tu?Bosan la camni..."Ayna memuncungkan mulutnya tanda protes.
"Awak masak jela...saya tahu awak tak boleh berenggang dengan dapur tu.."
"Saya nak sapu sampah,cuci semua benda.Bukan masak je..."Arif menekan butang remote di keretanya setelah sampai lalu membuka pintu agar isterinya dapat masuk.
Setelah pasangan itu memasuki kereta,Arif menghidupkan enjin keretanya.
"Awak,saya tak habis cakap lagi la..."Ayna mengoyang perlahan bahu Arif yang sedia untuk memandu kereta pulang ke rumah mereka.
"Cakap jela,sayang.Saya sentiasa akan dengar apa je yang awak nak cakap sbb saya takut satu hari nnti saya dah tak dapat dengar segala leteran awak..."Ayna tertunduk.
"Kenapa awak cakap macam tu?Saya sayangkan awak lagi lah..."Ayna mengambil tangan kiri suaminya itu lalu digenggam.
"Saya tahu awak sayangkan saya..saya cakap macam tu sebab saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa ada untuk awak walaupun dalam keadaan susah dan senang sebab saya sayang sangat kat awak.Takde orang lain yang dapat gantikan Ayna Zulaikha saya ni...awaklah doktor saya,awaklah chef saya,awaklah mama saya and awaklah cinta hati saya.Nanti kita ada Arif junior,kita dah tak dapat nak luangkan banyak sangat masa bersama...betul tak cutety?"Ayna yang dari tadi menahan sebak didada,mengangguk sambil tersenyum.
"Saya pun selalu sayang awak...satu je saya mintak,please jangan jauh dari saya.Saya tahu saya tak kuat tanpa awak disisi...awak sentiasa jadi prince saya.Awaklah bestfriend saya,awaklah cikgu saya,awaklah doktor saya and awak jelah yang ada kat bahagian paling atas hati saya...love you,husband..."Ayna menciumi pipi suaminya.Arif pula mengusap perlahan perut isterinya.
Tamat😊
YOU ARE READING
Sweetnya ketua pembimbing rakan sebaya
Teen FictionKisah hidup diantara Nur Ayna Zulaikha dan Muhammad Arif Zulhairi.Mempunyai bahagian yang lucu,romantik,sedih dan kegembiraan bersama.Bacalah hingga habis untuk mendalami kisah mereka yang pelbagai telatah.