Yeoreum menarik sedikit selimut untuk menutup badannya, enaknya dia tidur pada hari cuti. Matanya tertutup rapat manakala airliur basi yang kering terlekat di pipi.
"Yeoreum!" Tiba-tiba sahaja ada suara yang memanggil namanya dengan terlebih dos gembira. "Yap!" Jimin terus melompat ke atas katil lalu menghempap badan Yeoreum. "Bangun, Han Yeoreum!"
"Ugh...", rungut Yeoreum tetapi matanya masih tertutup. Dia membiarkan sahaja Jimin yang menghempap badannya. Tidur lebih penting daripada melayan kerenah Park Jimin sekarang.
"Bangun! Bangun!" Jimin menggoyang-goyangkan pula badan Yeoreum.
"Ah!", jerit Yeoreum dengan mata yang terbuka luas. Geram betul aku dengan perangai mamat ni. Makin diberi muka, makin menjadi-jadi dibuatnya. Tangan Jimin serta-merta kaku apabila diherdik sebegitu. "Apa?! Kau nak apa?!"
"Jom. Keluar dengan aku." Jimin tersenyum. Yeoreum menjeling jejaka itu seraya mencapai telefon bimbit di bawah bantal. Skrin telefon bimbit dihidupkan.
Tepat jam 6 pagi.
"Kau gila ke?!" Suara Yeoreum meninggi sekali lagi. Sumpah, dia mahu menarik rambut jejaka itu lalu dihantukkan ke dinding kerana mengacau keamanannya pada pagi-pagi buta ini. "Siapa yang keluar pukul 6 pagi?"
Yeoreum kembali berbaring lalu menyelimut keseluruhan badannya. Baru sahaja Jimin ingin mendekatinya, Yeoreum memberi amaran, "Kau kacau aku, kau memang nak mati awal. Balik."
Jimin mengalihkan selimut yang menutup badan Yeoreum. Yeoreum hanya membiarkan, matanya tertutup. Apapun rancangan jejaka itu, dia tidak akan mengikut.
"Argh!", jerit Yeoreum dengan terkejut apabila badannya diangkat oleh Jimin. "Woi, Park Jimin! Turunkan aku!" Jimin meletakkan badan Yeoreum diatas bahunya seperti guni. Tangan Yeoreum menampar-nampar bahagian belakang badan Jimin namun tiada kesan. Dia meronta-ronta, tetapi pegangan Jimin terlalu kemas.
Tangan sebelah lagi Jimin mencapai telefon bimbit dan kaca mata milik Yeoreum. "Ikut je aku.", dengan tenang Jimin berkata.
"Park Jimin!"
Jimin juga mencapai sneakers milik Yeoreum sebelum berjalan keluar dari rumah. Dia berjalan ke arah keretanya lalu menukar posisi dengan mencempung Yeoreum. Jimin membuka pintu kereta lalu meletakkan Yeoreum di tempat duduk sebelah pemandu.
"Ini culik namanya tahu tak?", kata Yeoreum setelah Jimin duduk di tempat pemandu. Jimin meletakkan sneakers dan memberi kacamata yang dibawanya kepada Yeoreum.
"Ikut jelah. Kau takkan menyesal pula." Sempat jejaka itu menghadiahkan sebuah kenyitan mata ke arah Yeoreum. "Pakai seatbelt." Jimin berpesan.
Yeoreum melepaskan sebuah keluhan sambil menarik tali pinggang keledar. Apalah yang nak jadi dengan hidup aku ni? Nasib badanlah dapat member begini.
Jimin mula memandu setelah dia sendiri sudah memakai tali pinggang keledar. "Kita nak pergi mana?", soal Yeoreum sambil menyandarkan kepala ke tempat duduk. Rasa mengantuknya kembali setelah duduk di dalam kereta itu. Yalah, masih jam 6 pagi, mana tak mengantuknya.
"Rahsia. Tapi, aku tahu kau memang dah lama nak pergi tempat ni." Jawapan itu membuatkan kening Yeoreum berkerut.
"Apa-apalah. Aku tidur dulu.", dengan selamba Yeoreum berkata sebelum menutup matanya.
Hampir setengah jam kemudian.
Jimin mematikan enjin kereta lalu menjeling ke arah Yeoreum di sebelahnya. "Han Yeoreum, bangun. Kita dah sampai."
Tetapi, Yeoreum tetap menutup matanya dengan rapat. Tidak bergerak walaupun seinci.
"Kalau kau tak bangun sendiri, aku dukung kau macam tadi."
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanfictionApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...