Seawal jam enam pagi, Yeoreum sudah sampai di perkarangan sekolah menengah tempat penggambaran 1-4-3. Dia bersorok di sebalik sebatang pokok yang besar dan semak-samun, mula memerhatikan pintu pagar dengan teliti. Apabila matahari makin terbit, satu persatu kereta mula memasuki perkarangan sekolah. Staf penggambaran drama mula memasuki bangunan sekolah bersama peralatan penggambaran di tangan.
Sesungguhnya, mata Yeoreum terasa berat oleh kerana misinya pada hari ini. Tetapi, mata dibuka sebesar yang mungkin. Tin Nescafe di tangan yang berbaki separuh diteguk.
Tiba-tiba, sebuah kereta Honda sedan berwarna putih berkilat dipandu memasuki perkarangan sekolah. Tangan Yeoreum menolak kacamatanya yang terasa melorot. Bibirnya mula tersengih apabila dia mengecam wajah si pemandu.
Itu dia, penulis yang caras kerja aku.
Yeoreum mula tertawa jahat di dalam hati. Waktu hampir menginjak ke jam lapan pagi, penggambaran bakal bermula sebentar lagi berdasarkan info yang diberikan oleh Jimin.
Dia memastikan kawasan perkarangan sekolah itu betul-betul kosong tanpa sebarang orang. Kepala Yeoreum menoleh ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada mata yang memerhatikannya. Yeoreum mula mengeluarkan pisau lipat dari dalam begnya.
Topeng muka mula disarung. Ikatan rambutnya mula dilepaskan. Kaki Yeoreum mula melangkah ke arah kereta Honda sedan berwarna putih mutiara itu. Tanpa sebarang kata, dia memulakan hiasannya kepada kereta itu dengan sebuah calar yang panjang daripada bahagian pintu pemandu sehingga ke pintu penumpang dengan menggunakan pisau di tangan.
Bahagian bonet belakang dan bumper depan juga diconteng-conteng dengan menggunakan pisau lipat di tangan. Kemudian, Yeoreum mencapai gincu mini dari dalam kocek jeans miliknya.
Gincu itu berwarna merah menyala. "Maaf Ma, Yeoreum guna lipstick yang Mama bagi untuk buat benda ni. Tapi tak apa, benda baik, dia berjasa." bebel Yeoreum sendiri.
"Tengok ha...", Yeoreum mula menconteng pula tingkap kereta. "Aku siap guna lipstick Nature Republic lagi kau tahu, bukan calang-calang."
Setelah beberapa minit, dia berpuas hati dengan hasil tangannya. Kini, kereta Honda putih itu jelas dengan hiasan berbentuk calar dan gincu. Cantik.
"Dahlah kereta warna putih, nasib kaulah..." Yeoreum menggelengkan kepalanya. Pisau lipat dan gincu kembali disimpan. Yeoreum mula meregang-regangkan kakinya.
Tanpa disangka-sangka, dia terus menyepak salah satu cermin sisi kereta itu sehingga cermin sisi itu tercabut dari tempat asalnya, kini tergantung dengan wayar. Kereta itu berbunyi bising. Yeoreum pun berlari dari kawasan itu ibarat lipas kudung.
Dadanya sesak kerana mahu tergelak sambil berlari. Tapi dia rasa puas.
•••
"Cut!", pengarah terpaksa menghentikan penggambaran secara tiba-tiba kerana ada bunyi kereta berbunyi dengan bingit. "Ah! Kereta siapa tu?", dengan geram pengarah berkata.
Staf saling berpandangan sesama sendiri sambil menjongketkan bahu, tanda tidak tahu. Terdapat salah seorang staf menjenguk ke luar tingkap kelas lalu matanya membulat.
"Cik Daya... Itu... Bukan ke kereta Cik Daya?", staf itu berkata. Mata Daya berkerdip-kerdip tanda tidak mengerti lalu turut menjenguk ke luar tingkap kelas. Mata Daya membulat.
"Kereta aku!" Dia terus berlari keluar dari kelas lalu turun ke bawah. Jimin turut menjenguk ke luar kelas untuk memerhatikan apa yang sedang berlaku. Apabila Daya sampai di hadapan keretanya, dia terus menekup mulutnya dengan tidak percaya. Dia terus jatuh terduduk ke atas tanah.
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanficApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...