xxxiv. Epilog

220 18 0
                                    

Tiga tahun kemudian.

"Artis minggu ini... Wah, saya pun memang minat dia.", ujar si MC wanita melalui mikrofon. Deretan kamera tersusun di hadapan mereka, setia merakam segala pergerakan dan perbualan. "Lakonan yang menyayat hati, suara yang merdu, rupa kacak, petikan gitarnya yang mencairkan hati, artis serba boleh, Park Jimin bersama kita!"

Jimin menundukkan sedikit kepalanya sebelum memperkenalkan dirinya. "Saya pelakon dan penyanyi, Park Jimin." MC wanita itu terus bertepuk tangan, teruja. Kamera fokus kepada wajah Jimin.

Mereka kini berada di dalam studio sambil duduk menghadap diatas sofa kecil.

"Wah... Dah lama saya tak nampak Encik Jimin. Apa khabar, sihat?"

"Ah, saya sihat. Macam biasa.", jawab Jimin dengan sopan. MC wanita itu menjeling kepada kad yang dipegangnya.

"Encik Jimin kembali dengan album terbaru, juga tak lama lagi akan buat konsert! Wah... Mesti peminat encik suka."

Jimin hanya tersenyum.

"Lagu Promise, nombor satu di enam music streaming site! Juga mengungguli carta Billboard di tempat ketiga... Terbukti gelaran world star yang disandang!"

"Ah, terima kasih banyak-banyak..." Jimin mula berasa segan dengan segala pujian yang diberi. "Ya, saya akan buat konsert pada 29 Julai nanti di Olympic Hall. Jangan lupa datang.", ujar Jimin.

"Saya dengar tiket konsert dah sold out. Betul? 10 ribu seat?" Jimin mengangguk. "Wah...", MC wanita itu kagum lagi.

"Okay, kita akan cakap tentang album terbaru encik yang diberi nama, TO HER. dengan title song bertajuk Promise. Konsep album dan konsert encik kali ini agak berlainan dengan konsep encik yang sebelum ini... Saya ada tengok MV, encik menyanyikan lagu akustik. Album pula banyak lagu balada dan R&B."

"Ya, saya sedang cuba konsep baru, walaupun memang saya dah terbiasa dengan pop. Saya ingin meluaskan genre lagu saya."

"Terbukti artis serba boleh." Jimin tergelak mendengar kata-kata MC wanita itu.

"Konsep album encik... Dengan poster konsert... Konsep dia macam bercakap tentang seseorang yang spesifik, hanya seorang. Betul ke?", soal MC wanita seperti wartawan hiburan. Jimin tertawa kecil.

"Mungkin?", Jimin berseloroh menyebabkan MC wanita itu tertawa sekali.

"Mungkin ada betulnya... Tapi bagi saya itu semua terpulang kepada sesiapa yang mendengar. Sebab saya tak nak musnahkan pendapat masing-masing sebab lain orang yang dengar, lain maksud yang dapat ditafsirkan." MC wanita itu mengangguk sambil mendengar penjelasan Jimin.

"Tapi bagi sayalah... Konsep album TO HER. bercakap tentang hubungan seseorang. Album ni menceritakan perasaan seorang lelaki yang tak tahu macam mana nak menghargai orang yang dia sayang. Dia ambil kesempatan diatas cinta perempuan itu sebab dia tahu perasaan sebenar perempuan tu. Walaupun lelaki tu tak rasa benda yang sama."

"Boleh dikatakan... Hubungan toksik?"

"Kesimpulannya, kalau jumpa lelaki yang macam ni, tinggalkan jelah dia. Buang jauh-jauh. Itu maksud saya." MC wanita itu tergelak mendengar penjelasan Jimin. Jimin pula hanya tersengih. "Tak perlu simpan lelaki sampah macam tu."

"Menarik juga konsep macam tu. Tapi saya yakin Encik Jimin mesti akan baik dekat girlfriend encik.", sakat MC itu lagi. Bibir Jimin ketap, cuba mengawal senyuman.

"Dah terlambat.", ujar Jimin.

Mata MC wanita itu berkerdip-kerdip. "Ya?"

"Ya, saya akan baik dekat dia. Kalau masih ada peluang. Tapi mungkin peluang tu dah hilang buat selamanya."

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now