Yeoreum mengeringkan rambutnya yang lembap dengan menggunakan tuala di tangan sambil melangkah keluar dari bilik air. Ah, segarnya dapat mandi, tambah-tambah lagi dapat syampu rambut...
Punggung dilabuhkan ke atas katil. Tangan mencapai telefon bimbit yang dicas sebelum dicabut kabel USB yang tersambung. Aplikasi untuk blog penulisannya diklik apabila ada komen baru daripada para pembaca.
Jarinya menaip untuk membalas komen pembacanya. Baru sahaja setengah jalan dia menaip, skrin itu bertukar kepada ada seseorang menefonnya untuk panggilan video.
Han Yeoreum, tolong move on is video calling you...
"Pukul 12 tengah malam? Seriously?", gumam Yeoreum sendiri setelah melihat waktu. Namun, jarinya tetap menyeret signal hijau diatas skrin, mengangkat panggilan. Telefon diangkat ke hadapan wajah, memastikan kedudukan kamera hadapan itu betul.
Kelihatan Jimin sedang duduk di kepala katil sambil merenung kamer, tangannya yang sebelah lagi meraup rambut. "Hello.", sapa Jimin sambil tersenyum.
"Kau boleh hello aku pukul 12 tengah malam macam ni?", perli Yeoreum.
"Eleh, bukannya kau tidur lagi pun. Aku tahu sangat.", balas Jimin kembali. Yeoreum mula menyedari latar belakang tempat Jimin. Tempat itu bukan seperti rumah Jimin, lebih seperti katil hotel.
"Kau dekat mana?"
"Dekat Thailand sekarang. Kerja weh."
Oh... Patutlah dah jarang melepak rumah aku sekarang. Masih tidak dapat dinafikan bahawa sahabat baiknya itu merupakan seorang selebriti.
"Kenapa? Kau rindu aku eh sebab jarang datang rumah kau?"
"Aku end call." Yeoreum mengugut.
"Okay, tak!" Cepat-cepat Jimin berkata sebelum tertawa sendiri.
"Kau tengah buat apa?", tanya Jimin sebelum menukar posisinya kepada berbaring diatas katil.
"Hmm... Balas komen pembaca aku."
"Oh? Jangan lupa balas komen peminat nombor satu kau."
Salah satu kening Yeoreum terjongket. "Kau pun ada komen ke?"
Belum sempat Jimin menjawab, tiba-tiba matanya berkerdip-kerdip. "Hei, Yeoreum. Aku end call dulu tau. Harin video call aku."
"Ha?", ujar Yeoreum dengan terpinga-pinga. "Oh... Okay." Dia mengangguk kecil. "Bye."
"Bye!", ucap Jimin sebelum mengakhiri panggilan video dengan Yeoreum. Skrin telefon bimbit Yeoreum kembali menjadi gelap. Tangannya yang memegang telefon bimbit jatuh ke atas riba.
Kepalanya disandarkan kepada kepala katil. Merenung sahaja dinding bilik yang berwarna putih bersih.
•••
Telefon bimbit yang bergetar membuatkan Yeoreum terhenti membelek fail. Tangan mencapai telefon bimbit diatas meja.
Han Yeoreum, tolong move on
yeoreum
jom pergi minumMata Yeoreum merenung mesej itu buat seketika. Baru sahaja jarinya ingin menaip untuk bertanya sama ada mereka berdua sahaja, Jimin menghantar lagi satu mesej.
Han Yeoreum, tolong move on
kita, hoseok, eul, encik min pun ada sekaliAh... Jadi tak ada alasan untuk aku tidak pergi sekali.
Han Yeoreum
okay
bagi alamatHan Yeoreum, tolong move on
tak perlu
aku datang ambil kau
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanfictionApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...