vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.

218 25 33
                                    

Bebola mata Jimin mula bergerak, dia mula mengiringkan badan ke kanan. Badannya terasa sengal-sengal dan tempat dia berbaring terasa sangat keras. Mata Jimin perlahan-lahan terbuka.

Perkara pertama yang dia lihat ialah deretan buku, novel dan kertas yang banyak. Udara disitu juga terasa lain berbanding di rumahnya. Rasa mencucuk mula menyerang kepala Jimin.

Satu persatu perkara mula kembali di mindanya. Pembacaan skrip drama 1-4-3. Makan malam. Yeoreum. Kelab. Han Yeoreum.

Jimin mula bangun terduduk, matanya memerhatikan selimut yang memeluk tubuh. Kepala Jimin menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum dia ternampak badan seseorang terbaring di atas katil single di sudut bilik kecil itu.

Yeoreum sedang tertidur sambil memeluk bantal, airliurnya melekat di pipi. Ah, inikah rumah Yeoreum? Jimin berkata di dalam hati.

Jimin mula berdiri apabila tekaknya terasa kering. Dia berjalan ke arah peti ais mini milik Yeoreum. "Wah...", Jimin sendiri berasa tidak percaya apa yang dilihatnya. Hanya ada deretan air mineral, tin Nescafe, coklat, dan snek yang mudah untuk dimasak dan dimakan. Tangannya mencapai sebotol air mineral dan meneguknya sehingga berbaki separuh.

Mata Jimin mula memandang ke luar tingkap bilik Yeoreum. Gelap sahaja. Jimin mengerling ke arah jam tangannya. Hampir jam lima pagi.

Tangan Jimin meraba badannya. "Mana telefon aku...", dan Jimin ternampak telefom bimbitnya diatas meja. iPhone XR itu cuba dihidupkan tapi, hampa. Skrin telefon itu hanya hitam dan kosong.

Jimin menanggalkan sweater milik Yeoreum yang dipakainya, terasa panas. Kemudian, tangannya mula membuka butang t-shirt putih yang dipakainya lalu dicampak ke atas lantai. Tanpa sebarang kata, Jimin terus mendarat ke atas katil milik Yeoreum, disebelah Yeoreum.

Jimin kembali lena.

•••

"Argh!", jeritan Yeoreum membuatkan Jimin tersedar. Mata Yeoreum membulat apabila Jimin sedang berada di sebelahnya. Tidur. Diatas katil yang sama. Dia peluk akukah tadi? Kaki Yeoreum terus menendang Jimin sehingga Jimin jatuh dari katil.

Oh, tidak.

Yeoreum terus mengalihkan selimut untuk melihat badannya, bajunya masih dalam keadaan biasa. Kemudian, tangannya meraba-raba badan sendiri, tiada apa pula yang terasa pelik. Tak ada jadi apa-apa kan antara aku dan dia malam tadi?

Aku tak ingat apa-apa, jadi tak ada apa-apa yang terjadi kan?

"Ugh...", rungut Jimin apabila badannya menghempap lantai. Dia mula menggaru kepala, rambutnya serabai. Terasa sakit pinggangnya akibat ditendang oleh Yeoreum.

"Apa kau buat dekat sini?! Aku yakin kau tidur atas lantai malam tadi!", suara Yeoreum mula meninggi. Perasaan terkejut, takut, malu, segan mula bercampur-baur.

Jimin mula membuka matanya, tangannya menenyeh mata sambil dia menguap. Yeoreum mengalihkan pandangannya apabila ternampak yang Jimin hanya menyarung ripped jeans daripada malam tadi.

"Kenapa kau tak pakai baju?!", Yeoreum bertanya lagi. "Macam mana kau boleh tidur atas katil?!"

Jimin memandang ke arah Yeoreum. "Kita tidur atas katil sama je... Benda kecil je pun...", gumam Jimin sendiri. Mata Yeoreum membulat, terasa darah naik ke kepala.

"Kau gila ke?! Kita dahlah tak ada hubungan apa-apa, lepas tu boleh je tidur atas katil sama-sama?! Aku tahu aku straight, aku tak tahulah pasal kau, tapi kau lelaki, aku perempuan, kau memang tak ada akal eh? Tidur atas katil sama-sama is definitely not okay!", Yeoreum mula membebel. Jimin kini sudah tersedar sepenuhnya lalu melepaskan sebuah keluhan.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now