xxi. Cinta pertama dia.

146 15 0
                                    

Airmata Yeoreum deras mengalir di pipi, bahunya terhenjut-henjut akibat menangis terlalu banyak. Matanya melihat Jimin yang kini terbaring diatas katil hospital dengan pek IV disambung ke lengan. Bahagian belakang tapak tangannya pula mengesat airmata di pipi, tetapi sia-sia sahaja. Pipinya akan kembali basah.

Doktor wanita itu tersenyum dengan kekok ke arah Yeoreum. Pengurus Jimin, Sejin bertukar pandangan dengan doktor wanita yang memakai tag nama Ra Eunho.

"Keadaan Encik Jimin dah stabil buat masa sekarang, cik tak perlu risau.", ujar Doktor Ra, jelas ingin menenangkan Yeoreum. Tetapi, Yeoreum tetap menyambung tangisannya.

"Dia cuma pengsan sebab dia kekurangan rehat. Dah berapa hari dia tak tidur ya?", soal doktor itu lagi. Pengurus mula menggaru kepala.

"Jimin一"

"Dia dah tak tidur nak dekat seminggu tahu tak? Ha... Sampai hati betul buat dekat Jimin macam ni. Selebriti pun manusia tahu tak? Bagilah dia tidur, lagi satu, dia diet bila saya cakap dia tak perlu diet. Ha..." Yeoreum memotong kata-kata pengurus Jimin lalu menyambung tangisannya. Doktor Ra menganggukkan kepalanya.

"Itu salah satu sebab dia pengsan. Dia kurang makan dan kurang rehat. Dia akan ditahan semalaman, kita kena tengok keadaan Encik Jimin selepas hospital bagi ubat.", ujar Doktor Ra. Pengurus Jimin mengangguk kecil tanda mengerti.

"Saya minta diri dulu." Pengurus Jimin pun mengucapkan terima kasih sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada Doktor Ra. Doktor Ra turut berbuat sedemikian.

"Ah." Langkah Doktor Ra ke pintu bilik terhenti. "Betul apa cik tu cakap. Selebriti pun manusia. Biarkan Encik Jimin rehat secukupnya." Bersama ayat itu, Doktor Ra menolak pintu lalu melangkah keluar dari bilik VIP hospital itu.

Pandangan Yeoreum jatuh kepada wajah Jimin yang agak pucat. Wajahnya kelihatan tenang sahaja apabila tidur, tapi raut wajah yang penat masih tidak dapat disembunyikan. Pengurus Jimin mencuri pandang ke arah Yeoreum yang masih lagi menangis.

Nasib baik juga Yeoreum ada bersama Jimin sebentar tadi.

"Cik ada nak minum apa-apa? Saya pergi belikan."

"Nescafe." Pengurus Jimin kelihatan tersentak. Ingatkan gadis itu tidak akan memesan apa-apa. Yeoreum menyedut hingus yang berura-ura untuk keluar. "Saya nak air Nescafe dalam tin satu.", Yeoreum mengulang.

Pengurus Jimin mengangguk dengan teragak-agak. Dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa sebarang suara. Bibir Yeoreum melepaskan sedu-sedan. Hujung lengan bajunya digunakan untuk mengelap airmata yang membasahi pipi.

"Macam mana... Kau boleh pengsan? Ha?", bebel Yeoreum sendiri, geram bercampur risau. "Nasib aku ada tadi tahu tak?"

"Buat aku risau je.", gumamnya.

"Kau risaukan aku ke?", Jimin mula bersuara dengan mata yang masih tertutup. Mata Yeoreum membulat.

"Kau dah sedar?", soal Yeoreum dengan terkejut. "Aku panggil doktor一" Baru sahaja Yeoreum ingin berdiri tetapi dia terasa lengannya digenggam oleh Jimin. Dahi Yeoreum berkerut.

"Kau nangis ke?" Mata Jimin memandang mata Yeoreum. Dia dapat lihat pipi gadis itu ada kesan airmata. Ditambah suara sengau Yeoreum, sah gadis itu menangis. Yeoreum kembali duduk, tidak menjawab soalan Jimin.

Bibir Jimin mengukir senyuman kecil. "Kenapa kau menangis? Aku pengsan sebab aku tak cukup rehat jelah. Bukannya aku mati lagipun.", kata Jimin. Kepala terus Yeoreum toleh ke arah Jimin.

"Woi! Kau tahu tak pernah ada orang mati sebab kerja banyak sangat?" Yeoreum memukul lengan Jimin. "Ha! Main-mainlah lagi!"

"Ah, sakitlah!" Tangan Yeoreum pun berhenti memukul lengan Jimin. Bibirnya mencebik.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now