"Bukan dari perspektif sebagai seorang selebriti. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai Park Jimin, kalau aku sebagai boyfriend kau?"
"Biar aku pula yang tanya kau. Bukan dari perspektif sebagai seorang kawan rapat. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai perempuan bernama Han Yeoreum, kalau aku sebagai girlfriend kau?"
Hening, hanya angin menjadi peneman mereka berdua.
"Aku rasa kau akan jadi girlfriend yang terbaik.", balas Jimin. Hati Yeoreum bergetar hebat. Macam mana Jimin boleh menuturkan ayat sebegitu sambil merenung tepat ke dalam anak matanya?
Dia buat aku percaya dengan kata-katanya, dia buat macam dia memang maksudkan kata-kata dia. Seolah-olah itulah perasaan sebenar dia.
"Baliklah, dah lewat dah ni. Kau esok ada kelas kan?", soal Jimin.
Seperti baru tersedar, Yeoreum menjeling ke arah jam tangannya. Jarum jam pendek hampir menunjuk ke arah angka 12, sudah agak lewat. "Fikirkan tawaran aku.", ayat Jimin membuatkan Yeoreum mengangkat wajahnya. Tangan Jimin mengusap perlahan kepala Yeoreum.
Belum lagi aku beri jawapan, dia sudah mula lakonannya sebagai teman lelaki aku? Hebat.
"Jom, aku hantar kau balik."
Perjalanan Jimin menghantar Yeoreum pulang ke rumahnya sunyi sepi tanpa sebarang kata.
•••
Yeoreum berbaring mengiring ke kanan sebelum kembali berbaring mengiring ke kiri. Kini, dia menukar posisi kepada baring menelentang, menghadap siling. Sungguh, ayat Jimin masih terngiang-ngiang di dalam mindanya.
"Bukan dari perspektif sebagai seorang selebriti. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai Park Jimin, kalau aku sebagai boyfriend kau?"
Yeoreum menutup matanya rapat-rapat, cuba untuk melupakan ayat itu. Namun, dia tahu ia sebuah perkara yang sangat mustahil. Tak boleh, Han Yeoreum. Kau tak boleh terima tawaran dia.
Kau yang akan terluka nanti. Jangan jadi bodoh, Han Yeoreum.
Dia anggap kau sebagai kawan rapat sahaja, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Kalau kau mulakan perkara ini, kau yang akan kecewa. Hati kau yang akan terluka.
Hati dan minda Yeoreum mula berperang, sama ada untuk mengikut kata hati atau mengikut logik minda.
Bantal dibawa ke dalam pelukan, dia masih termenung jauh. Menimbang baik-buruk untuk menolak atau menerima tawaran Park Jimin. Tanpa dapat ditahan, tangannya mencapai telefon bimbit di tepi katil.
Skrin telefon bercahaya apabila dihidupkan. Dia terus menuju ke ruang sembangnya bersama Jimin.
Han Yeoreum
tawaran kau masih valid|Jari-jemari Yeoreum terhenti daripada menaip buat seketika.
Hatinya berkata ya namun mindanya berkali-kali mengatakan ini idea yang buruk. Telefon kembali ditelangkupkan ke atas katil. Dia menutup mata, cuba untuk melenakan diri.
•••
Tangan kiri Yeoreum memegang pemegang yang tergantung dari siling kereta api. Tangan kanannya pula ralit menyeret skrin, melihat paparan di laman Instagram nya. Dia terhenti pada gambar yang baru dimuatnaik oleh kawan rapatnya, Choi Aera.
Aera telah meletakkan gambar yang Yoongi ambil secara kandid, termasuk gambar Aera tertidur sebagai story Instagram nya. Tertulis juga pada gambar itu berbunyi,
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanficApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...