"Cut!", suara pengarah memberi arahan jelas kedengaran. Nafas lega dihembus oleh para staf dan pelakon. "Kita rehat setengah jam!", ujar si pengarah lagi.
Yeoreum tidak terkecuali, dia terus mengambil makanan dan minuman yang disediakan untuk para staf dan pelakon. "Ah, laparnya...", gumam Yeoreum sendiri sambil beratur untuk mengambil makanan.
Bekas makanan dan botol air mineral dipegang ditangan. Langkah Yeoreum menuju ke arah sebuah meja dan tempat duduk yang kosong. Setelah duduk, Yeoreum terus membuka penutup bekas makanan itu lalu menjamu selera.
"Makan perlahan-lahan. Ketidakhadaman nanti, baru tahu.", tiba-tiba ada suara menegurnya. Yeoreum terus terhenti mengunyah lalu mengangkat wajahnya. Park Jimin sedang tersenyum ke arahnya, tangannya turut memegang bekas berisi makanan.
Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. "Tapi tak apa, aku bawa Gaviscon.", sambung Jimin. Dengan selambanya dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan Yeoreum. Mata Yeoreum kini memandang Jimin dengan agak panik.
"Aku tahu muka aku kacak, tapi sambung makan. Sejuk nanti tak sedap.", ujar Jimin lagi. Yeoreum mengunyah makanannya yang berbaki lalu menelannya.
Dia mengalihkan pandangannya kepada makanan, tidak memandang wajah Jimin. "Jangan nak berlagak rapat dengan aku. Staf semua syak tahu tak?", ujar Yeoreum dengan perlahan namun dapat didengari oleh Jimin.
Tangan Jimin membuka penutup bekas makanan. "So? Biarlah diorang. Kau takut sangat kenapa?", dengan selambanya Jimin membalas. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan sebelum kembali memandang wajah Jimin.
Jejaka ini tidak pernah mengerti.
"Ini bukan Han Yeoreum yang aku kenal. Han Yeoreum yang aku kenal ialah seseorang yang tak kisah apa orang kata dan percaya dekat diri dia sendiri.", kata Jimin.
Yeoreum menjeling Jimin tajam.
"Oh, aku kena minta maaflah, sebab aku bukan macam Han Yeoreum yang kau kenal dulu?", ujar Yeoreum.
Suasana diantara mereka menjadi dingin buat seketika.
"Hei! Aku gurau jelah.", kata Jimin sambil menepuk meja, "Janganlah serius sangat!"
Yeoreum terus menyesal dengan apa yang dikatakannya. Ah, mulut... Kau ni terlalu lancang berkata-kata betullah... Aku tak bermaksud untuk berkata begitu.
Yeoreum menutup matanya lalu melepaskan sebuah keluhan. "Maaf, Jimin. Aku tak bermaksudㅡ"
"Aku faham.", ujar Jimin sambil tersenyum. "Dah. Makan."
Perasaan bersalah mula bersarang didalam hati Yeoreum terhadap jejaka di hadapannya.
•••
Staf penggambaran 1-4-3 kini berada di sebuah kelab yang sudah ditukarkan menjadi set penggambaran. Babak yang akan dirakam pada hari ini ialah babak dimana Eul dan Hoseok menyaksikan persembahan rap pertama daripada Namjoon.
Orang ramai sudah memenuhi tempat itu dan Yeoreum hanya mampu berdiri disuatu sudut. Dia hanya mampu memerhatikan penggambaran itu berjalan dari jauh. Jika dia dipanggil, barulah dia akan bercakap dan menjawab soalan.
Muzik yang berdentum membingitkan telinga Yeoreum. Tetapi, kontra dengan orang ramai yang bersuka ria, Yeoreum mula terasa ada rasa sakit yang mencucuk-cucuk kepala. Tangannya mula memicit pelipis.
Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. "Yeoreum!", ada staf yang memanggilnya. Yeoreum terus mengangkat wajah sambil menampar senyuman palsu.
Dia mula memandang sekeliling sebelum mengambil keputusan untuk duduk diatas kerusi berdekatan kaunter bar. Peluh sejuk mula membasahi dahi dan belakang badannya. Tekaknya terasa kering.
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanfictionApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...