Jari-jemari Yeoreum pantas menari diatas papan kekunci komputer riba. Matanya fokus kepada skrin, telinganya disumbat dengan fon telinga yang mengalunkan lagu kegemarannya. Dia fokus menaip bab terbaru untuk novel ketiga di blog penulisannya.
"Fokus Han Yeoreum... Kau lambat sangat update kali ni.", bebel Yeoreum kepada dirinya sendiri. "Tak boleh lambat update... Nanti kena maki dengan pembaca..."
"Apa ni?"
"Ah!", Yeoreum terjerit kecil sambil mengusap dadanya apabila Jimin tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya. "Tolong ketuk pintu dulu ke apa boleh tak?", dengan geram Yeoreum berkata, tangannya mengusap dada. Dia menjeling pintu rumahnya, aku kena tukar password rumah aku, getus Yeoreum di dalam hatinya.
Jimin pantas duduk bersila di sisinya. Skrin iPhone XR ditayangkan ke hadapan wajah Yeoreum, tetapi Yeoreum jelas masih fokus dengan menaip. "Apa ni? Baik kau jelaskan.", dengan tegas Jimin bertanya.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Ah! Apa dia?" Pandangan Yeoreum terarah kepada skrin iPhone XR milik Jimin. Laman web blog penulisannya terpapar disitu. "Ah... Aku ingat apalah tadi.", acuh tak acuh Yeoreum berkata sebelum kembali menaip.
Matanya berkerdip sebelum dia bertanya, "Macam mana kau dapat tahu blog penulisan aku?"
Jimin memandangnya dengan bosan. "Kau yang bagi aku username blog kau, Han Yeoreum."
"Ya ke?"
Mulut Jimin ternganga melihat sikap Yeoreum yang nak tak nak sahaja melayannya. Asyik dengan menaip entah apa.
"Kau dah melukai perasaan aku dan itu je yang kau boleh cakap dekat aku?", dengan penuh dramatik Jimin bertanya.
"Apa?!" Dengan kasar Yeoreum menanggalkan fon telinganya dan berhenti menaip. Kini fokusnya seratus peratus terhadap Jimin yang sibuk mengacaunya dari tadi. Sudahlah main pecah masuk sahaja rumah aku.
"Kenapa ending buku kau selalu macam tu? Couple dalam Cinta Pertama deserve better, oh my God. Sehun, Sehuuuuunnnnn mengapa?"
Ah, dia sudah habis baca Cinta Pertama. Haha, nasib kaulah nak. Jimin jelas kelihatan kecewa dengan pengakhiran novel kedua yang ditulis oleh Yeoreum.
Aku ingatkan dia tak layan novel cinta.
Yeoreum memandang Jimin dengan pelik. "Baik kau diam. Kau macam Aera do.", ujar Yeoreum.
"Rupa aku lebih baik dari dia tapi tak apa. Tapi, kenapa kau bina ship dalam buku, lepas tu kau tak nak biarkan ship tu belayar? Like????" Jimin membuat mimik wajah yang bermaksud "duh?".
Yeoreum menghelakan sebuah nafas. "Kau fikir hidup ni kisah dongeng ke? Hidup ni selalu bukan happy ever after."
Tangan Jimin meraup rambutnya dengan kasar. "Ini buku for fuck sake!"
"Aku ingat kau tak layan novel cinta.", kata Yeoreum.
"Aku layanlah juga kadang-kadang... Tapi buku kau buat aku sengsara tahu tak? Aku macam... Nak tahu apa yang jadi seterusnya, faham tak?"
Keluhan lahir dari bibir Yeoreum. "Aku nak buat buku aku nampak real, itu je. Aku nak buat benda tu macam betul-betul akan terjadi dalam dunia sebenar. Contohnya, dalam 1-4-3, Jung Hoseok memang akan mati pun. Dia kan sakit. Cinta dia pun memanglah bertepuk sebelah tangan, dah dia tak pernah bagi tahu Eul. Eul pula ada boyfriend merangkap kawan baik Hoseok sendiri."
"How dare you cakap pasal kematian Hoseok macam tu je." Jimin menggelengkan kepalanya melihat Yeoreum. Penulis berhati kejam.
"Okay, fine! Aku terima! Dah tu, couple dalam Cinta Pertama pula? Ha? Ha?"
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanficApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...