iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.

290 30 23
                                    

Kau tanya dekat aku, Park Jimin.

Aku ingat dekat kau atau tak?

Sejujurnya, selepas kau pindah sekolah, aku ingin lupakan kau sangat-sangat. Aku fikir aku sudah bebas apabila kita tidak lagi berjumpa, tiada lagi hubungan. Tiada mesej. Tiada media sosial. Tiada lagi bersemuka.

Aku putuskan segala hubungan yang mungkin dengan kau. Sebab aku mahu lupakan kau.

Aku fikir aku sudah berjaya. Kerana enam tahun sudah berlalu. Enam tahun ialah satu masa yang sangat lama dan aku fikir aku akan lupakan kau secara semulajadi. Aku rasa orang lain juga akan bersetuju.

Aku tidak hiraukan segala berita dan kekecohan tentang kau menjadi selebriti. Membintangi drama itu dan ini. Berada di dalam iklan itu dan ini. Gosip kau bersama selebriti yang lain, aku pekakkan telinga, aku butakan mata, aku berpura-pura untuk tidak melihat semua itu.

Aku tidak mahu mengambil tahu.

Tapi, aku rasa dunia memang membenci aku.

Terdapat satu sebab sahaja kenapa aku tak mampu lupakan kau.

Yeoreum terhenti di tengah-tengah lautan manusia yang lalu lalang. Tangan sebelahnya memegang tali beg, matanya memandang skrin LED besar yang terpampang di dinding stesen kereta api bawah tanah itu.

Tawa kecil terlepas dari bibir Yeoreum apabil melihat gerangan yang berada di skrin LED itu. Tidak percaya pun ada.

Gambar Park Jimin berpakaian serba putih, menjadi duta jenama pakaian PUMA. Sebuah senyuman manis dilemparkan kepada kamera, jelas mencairkan hati orang ramai.

Ya, aku tak boleh lupa kau sebab gambar kau ada dekat skrin LED yang besar gedabak itu. Kau tahu tak tiap-tiap hari aku kena lalu tempat itu kerana itu laluan aku untuk pergi ke tempat kerja?

Itu semua okay lagi, aku boleh terima. Tapi, hari ini adalah lebih teruk dari hari-hari yang lain.

Wajah Park Jimin ada dimana-mana sepanjang tangga menuruni stesen kereta api bawah tanah. Kaki Yeoreum kaku daripada menuruni tangga. Tangannya membetulkan kedudukan cermin mata yang melorot.

Sumpah aku ingat aku akan lupa hari ini. Aku sangkakan aku akan lupa bila hari jadi kau.

Mata Yeoreum memandang gambar Jimin yang berlainan memenuhi skrin LED menuruni tangga stesen kereta api bawah tanah. Terdapat gambar Jimin seperti di konsert. Gambar Jimin memegang mikrofon. Gambar Jimin tersenyum comel menayangkan matanya berbentuk bulan sabit. Gambar Jimin yang serius dan fokus ketika menari. Semuanya disertakan bersama tarikh lahir Jimin dan ucapan selamat hari lahir.

"Gila aku macam ni.", gumam Yeoreum kepada dirinya sendiri.

Tapi, masakan aku boleh lupa hari jadi kau apabila hari jadi kau dua hari selepas hari jadi aku?

Yeoreum teruskan perjalanannya dan wajah. Jimin. Berada. Di. Semua. Tempat.

Bas.

Perhentian bas.

Skrin LED bangunan.

Apabila Yeoreum melihat semua benda ini, dia rasa kagum pun ada. Rasa aneh pun ada. Yeoreum tidak pernah menyangka yang dia pernah berkawan rapat dengan Park Jimin, kini seorang selebriti popular.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now