xxxii. Kapal terbang dan bintang.

123 19 2
                                    

Yeoreum menutup pintu rumahnya lalu tersandar pada pintu. Kepalanya tunduk memandang lantai. Sejak daripada hotel dia menahan airmata, namun ketika tiba di rumah... Airmatanya sudah hilang, sudah kering.

"Kenapa airmata tak keluar...", raung Yeoreum sebelum jatuh terduduk. Dia menyembamkan wajahnya ke atas tapak tangan. "Aku benci mamat tu... Aku benci Park Jimin!"

Kaki Yeoreum menendang-nendang udara. Dia bangun berdiri sebelum menghempaskan badan ke atas katil. Penat, dia rasa sangat penat pada hari ini. Tidak pasti penat kerana diri dia yang bergerak sepanjang hari atau penat dengan emosi sendiri.

•••

"Betul ke gosip kau dengan model tu?", soal pengurus Jimin sambil melangkah masuk ke dalam rumah Jimin.

"Betul ke tak?", pengurus Jimin mengulang lagi.

"Aku dah putus dengan dia. Maknanya, tak betul.", jawab Jimin tanpa emosi. "Hyung baliklah. Aku penat, nak rehat." Jimin terus berbaring di atas katilnya lalu menutup matanya. Pengurus Jimin melepaskan sebuah keluhan sambil menggelengkan kepala. Dia melangkah keluar dari bilik, meninggalkan Jimin.

Mata Jimin perlahan-lahan terbuka kembali. Dia teringat akan pergaduhannya dengan Yeoreum. Segala ayat ibarat duri yang tajam diucapkan, habis segala kebencian dan marah terhambur keluar tanpa tapisan.

"You know what? Fuck you. And fuck me for thinking that you actually care."

Ayat itu terngiang-ngiang di dalak mindanya. Suara Yeoreum yang bergetar ketika mengucapkan ayat itu. Airmata gadis itu yang mengalir di pipi tanpa segan silu. Tamparan Yeoreum yang masih berbekas di dalam hati.

Mata Jimin tutup, cuba menghilangkan bayangan itu dari minda. Namun, perkara lain pula diingatinya. Lengan Yeoreum yang memakai gelang pemberiannya.

Yeoreum yang terkaku ketika melihatnya mencium perempuan lain diatas katil. Riak wajah gadis itu yang kelihatan sangat marah, sangat kecewa. Bercampur penat dan risau.

"So what? So what kalau kau putus? Ha, lelaki sial? Itu bagi hak ke untuk kau menghilang tanpa berita sampai aku macam orang gila cari kau?"

Tapi dia sudah merosakkan kepercayaan yang gadis itu beri kepadanya. Dia tidak tahu jika mereka masih boleh berkawan lagi selepas ini.

"Hah..." Tangan Jimin meraup rambutnya, serabut dengan situasi kini. Jimin juga rasa marah dengan diri sendiri kerana mengucapkan perkara yang tidak dimaksudkannya. Apabila marah menguasai emosi, apa yang keluar dari mulutnya tidak dapat dikawal.

Apa yang patut aku buat?

•••

Seminggu. Sudah seminggu berlalu sejak pergaduhannya dengan Jimin di Hotel Shangri-La. Kehidupan Yeoreum berjalan seperti biasa, pergi kerja, balik kerja, kembali mengemaskini blog penulisannya. Boleh dikatakan tenanglah juga. Tanpa sebarang mesej atau panggilan daripada Jimin.

Namun, tidak bermaksud Yeoreum tidak dapat melupakan Jimin. Gambar Jimin masih berada dimana-mana jika dia ke kerja. Papan iklan menayangkan Jimin sebagai model, iklan di YouTube yang menayangkan Jimin sebagai dutanya. Agak menjengkelkan juga bila perkara sebegitu terjadi.

Lain kali, kalau nak cari musuh, jangan jadikan selebriti atau orang yang popular sebagai musuh. Kau makin rasa bosan.

Yeoreum masih ingat setiap butir kata yang dia ucapkan kepada Jimin dengan jelas, masakan dia akan lupa? Tipulah jika Yeoreum tidak rasa menyesal, tapi dia rasa Jimin patut menerima semua itu pada masa yang sama.

Mamat tu kena basuh sikit, biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

"Yeoreum?" Kepala Yeoreum terus teralih ke depan setelah mendengar namanya dipanggil. Seokjin sedang melambaikan tangannya di hadapan wajah Yeoreum. "Kau okay ke? Jauh kau termenung." Seokjin meletakkan segelas jus strawberi di atas meja.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now