CHAPTER 1- LUQMAN HAKIM

14K 228 26
                                    

Music 'Like A Freak' kuat kedengaran dan masing-masing bergoyangan mengikut rentak musik. Suasana kelab malam yang penuh dengan ramai orang yang sedang menari, berciuman dan berpelukan menambahkan rasa 'high' dalam diri aku.

Tepat jam 12 malam barulah aku sampai di Club K. Jaket kulit berwarna coklat yang tadinya menutupi bahagian dada aku buka dan aku letakkan di atas meja. Setelah memesan air minuman, aku hanya memandang manusia-manusia yang sedang berlenggok di pentas sambil aku mengangguk-anggukkan kepala mengikut nada musik.

Selang beberapa kerusi dari tempat dudukku, aku perasan akan satu mata yang sedang meneliti dari atas sampai bawah tubuhku. Mana mungkin mata lelaki akan berhenti merenung seorang perempuan yang sedang memakai tube top hitam bersama skirt ketat paras peha. Aku tersenyum senget. Luqman Hakim. Lelaki yang paling aku rindu. Memang dialah yang aku nak jumpa dari tadi. Nasib memang menyebelahi aku. Aku masih berpura-pura tidak perasan akan kehadirannya. Gelas aku angkat dan aku hirup sedikit air kekuningan itu.

"Hai," sapanya. Aku lantas menoleh. Satu tangan dihulur kepadaku bersama senyuman.

Aku melihat tangan itu lalu merenung manja pada pemiliknya. Huluran tangan itu aku biarkan sepi lalu aku pandang ke arah lain semula.

"Hai," jawabku.

Dia tergelak kecil. Mungkin terasa kerana aku tidak menyambut tangannya. Sebelah kerusi kedengaran ditarik dan dia sudah duduk di sebelahku bersama minuman di tangannya.

"Sorang je ke?"

"Haah, sorang. You?"

"I pun sorang. Selalu I datang dengan kawan I, tapi harini semua busy. You tak menari ke?"

"I tak ada mood nak menari. I nak duduk-duduk sini je," jawabku lagi.

"Anyway, I Luq..."

"Luqman Hakim, kan?"

"Macam mana you tahu nama I?" soalnya dengan nada pelik.

"Takkanlah I tak kenal. I selalu nampak you kat sini. You je yang tak pernah perasan I," kataku lagi.

"Seriously, mana mungkin I tak pernah perasan perempuan cantik macam you kat sini. I'm so sorry."

"Don't mind. I'm Maya," aku hulurkan tangan kananku. Dia menyambut tanganku lalu mengucup belakang tanganku. Satu renungan tajam darinya telah memberi aku signal.

Bahawa minyak tadi sudah meresap dalam kulitnya.

.............

12 tahun lepas.

Setelah turun dari bas, aku sampai di hadapan sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 7.40 pagi. Ya, aku sudah lewat ke sekolah. Sambil berlari-lari anak, aku menuju ke pagar sekolah yang sudah tertutup rapat.

"Abang pengawas, boleh tak bagi saya masuk?"

"Tak boleh. Kau dah lambat 10 minit dah ni. Kau tunggu kat luar sampai perhimpunan habis," jawab pengawas berbaju biru itu. Aku mengeluh perlahan dan bergerak ke bangku kecil di tepi pagar.

"Hei, sini. Kau nak pergi mana tu? Bagi nama dengan kelas dulu," panggil pengawas itu lagi.

"Maya Sari Gabrielle. Tingkatan 3 Topaz," jawabku. Setelah itu, si pengawas itu mencatit namaku pada buku log di tangannya. Aku terus menuju ke bangku di tepi pagar dan duduk di situ.

Empat pelajar yang turut naik bas yang sama denganku tadi terus sahaja duduk di bangku. Sepertinya mereka dah tahu yang mereka pun tak akan diberi masuk sampai perhimpunan habis. Mereka terus berbual-bual dan ketawa tanpa mengendahkan sesiapa.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now