CHAPTER 21- MOHAMMAD ZAKRI

3.4K 107 8
                                    

Aku menghabiskan kemasan pada wajah dengan sedikit olesan loose powder menggunakan brush agar solekan kekal lama. Anak rambut yang jatuh ke tepi muka aku selak sedikit ke tepi telinga. Kelihatan anting-anting bertahtakan batu swarovski sepanjang 5cm di telinga.

"Cantikkan aku?" Aku tersenyum sendiri. Imej Arima di cermin aku kerling seketika. Dia hanya memeluk tubuh sambil bersandar di sofa di belakangku. Dia memandangku dengan wajah tiada perasaan.

Bosanlah bercakap dengan dia ni...

Ermmm... walaupun cuma beberapa hari Luqman menemani aku, tapi aku rindu pulak dekat dia. Asyik berbual dengan Arima ni dah macam berbual dengan diri sendiri. Iyalah, dia wujud sama seperti wujud aku. Pakai baju pun sama macam baju aku. Lepas tu muka macam tu je. Bosan.

Sempat aku mengata dia dalam hati. Emm.. dia bukannya tahu pun, kan?

Aku berpaling ke belakang, menghadapnya.

"Kau bosan tak?"

"Kenapa?"

"Aku bercadang nak bawak kawan baru ke sini."

Arima tersengih. Aku turut tersengih melihatnya. Tak adalah kat rumah ni, aku tengok dia, dia tengok aku.

"Malam ni kan kau jumpa dia?"

"Haah," balasku pendek. Lalu aku pusing semula menghadap ke cermin. Lipstick merah di meja aku ambil dan aku oleskan di bibir. Sebenarnya aku dah letak lipstick dah tadi, tapi saja nak touch up balik. "Aku tengah fikir game apa aku nak main dengan dia."

"Main game macam apa yang pernah dia main dengan kau dululah," balasnya.

Kerjaku terhenti. Keningku naik sebelah, memikirkan game apa yang pernah dia main dengan aku dulu.

"Dia tu dulu antara yang paling kejam dengan aku," ujarku. Segala macam memori bermain di fikiranku.

"Paling aku benci waktu dia paksa aku minum air kencing dia. Bodoh apa!"

Lipstick aku hempaskan ke meja solek. Terbayang kebodohan tepu miliknya.

"Aku rasa dalam ramai-ramai orang, dia paling bodoh! Dia boleh tahan mulut aku supaya nganga lepas tu pancut air kencing dia. Banyak kali tahu tak, bukan sekali. BODOH!"

Moodku terus swing apabila teringat kisah dahulu. Aku tak tahulah nak kelaskan dia tu sebagai bodoh tepu ataupun gila!

Arima bangun dan berjalan menghampiriku. Aku hanya melihat bayangannya di balik cermin. Dia menunduk dan berbisik di telingaku.

"Sekaranglah kau kena balas balik semua yang dia buat kat kau."

Aku tersenyum senget sambil memeluk tubuh. Aku akan pastikan, aku akan buat lebih teruk dari tu!

Zakri! Tunggu kau!

........

Aku masuk ke dalam bilik karaoke itu. Kelihatan seorang lelaki sedang bergomol bersama seorang wanita berpakaian separuh bogel di sofa. Melihat dari susuk belakangnya, dialah orang yang aku harus jumpa malam ni. Tapi, dia dah ada teman lain? Are you serious?

Bunyi dari kasut tumitku memecah keharmonian kedua malaun itu. Aku terus masuk dan berdiri di tepi meja. Mereka terus memandang ke arahku dengan helaan nafas yang kuat.

"Maya!"

Aku tersenyum nipis. Zakri yang sedang mengesat mulut terus datang dan merangkul tubuhku ke dalam pelukannya. Satu kucupan singgah di pipiku. Si wanita terus memperbetulkan baju yang sudah tersingkap.

"You dah sampai pun. I ingat you tak jadik datang," sapanya.

"Jalan jammed tadi. Tapi I tak sangka pulak you dah ada teman," balasku berbasa-basi.

"Ouh dia ni? Dia ni I dah bayar dari semalam. Soo, why not dia join kita sekali, kan? I rasa lagi best, kan?"

Aku mengangkat kening sebelah. Dia memang sama macam dulu. Dia betul-betul pandang perempuan semurah ni! Join sekali. Apa duh kat otak dia!

Aku jumpa dia bukan sebagai pelacur. Dan aku berjumpa dia bukan kerana dibayar. Pada awalnya kami cuma nak hang out saja. Dan mungkin akan sampai ke aktiviti malam. Tapi aku tak sangkalah dia dah siap-siap bawak pelacur sekali dengan dia.

Nak tak nak, aku turutkan saja apabila dia sudah menarik aku untuk duduk di sofa bersama dia dan perempuan itu.

"Okay, ni Maya. And Maya... ni pulak Rose," ucap Zakri memperkenalkan kami antara satu sama lain. Kedua tangannya diletakkan ke bahu kami. Kami ditarik erat ke dalam pelukannya. Perlahan-lahan aku menarik tubuhku darinya dan menyilangkan tangan ke tubuh.

"Hi, I'm Rose," ucap perempuan itu sambil memeluk manja tubuhnya. Aku di sebelah lelaki tak guna itu tersenyum nipis.

"I Maya."

"Sayang. You... booking dia jugak ke untuk malam ni?" Soalnya lagi.

"Kenapa? You tak suka ke?"

"Of cause I suka. She looks sexy, and look at her boobs. Wow!"

Zakri itu turut mengerling ke arah payudaraku. Menyedari tentang hal itu, sengaja aku terus menyelak rambut yang menutupi belahan dadaku. Biar terjojol mata dua ekor tu.

"Ermmm... well. But... excuse me. For your information, I bukan perempuan yang dibayar macam you. I tak perlu kerja macam tu pun sebab I dah kaya. I datang pun just nak hang out. And I tak sangkalah lelaki yang I nak jumpa ni dah bawak perempuan lain siap-siap," balasku. Si perempuan itu terus berubah muka.

Aku terus bangun dari sofa. Rasa tak selesa berubi-tubi datang dalam hatiku.

"Okaylah, I think, better I pergi dulu. Tak naklah kacau youall yang tengah bermesra-mesra. Bye!"

"Eh, Maya. Wait!" Zakri menarik tanganku.

"What?"

"I'm sorry kalau you tak suka benda ni. I ingat you tak kesah."

"Kenapa? You ingat I setuju untuk keluar dengan you bermakna I setuju nak bermalam dengan you? And one more thing, I ni murah sangat ke yang nak layan you dengan pelacur ni? You ni gila, kan?" Soalku lagi.

"I'm sorry. I'm really sorry. I tahu, I tak patut buat macam ni. I ingat..."

"You ingat apa? Semua perempuan yang kat club tu murah? Yang you boleh buat apapun you suka? Macam tu?"

"I'm really sorry, okay. Please. I'm really sorry," pintanya lagi.

"Whatever!"

Aku terus keluar dari bilik karaoke itu. Zakri yang masih memanggil-manggil dari belakang aku abaikan. Habis musnah semua plan aku. Aku ingat malam ni bolehlah aku jerat dia. Dah kalau si pelacur tu ada sekali, macam mana aku nak buat semua plan aku?

Aku terus menuju ke bilik air.

Sesampai di bilik air, setelah memastikan tiada sesiapa di dalam bilik air itu, aku terus berdiri berhadapan dengan cermin.

"Arima..."

Pantulan imej di dalam cermin tersenyum sedangkan aku tidak tersenyum. Dia memeluk tubuh.

"Kenapa?"

"Kau nampakkan kebodohan tepu dia tu? Dia nak jumpa aku siap bawak pelacur sekali! Aku geram betullah dengan dia tu. Kau tengok cara dia layan perempuan. Macam sampah! Geram betul aku!"

Arima tertawa. Dahiku berkerut melihat dia tertawa seperti itu.

"Itu ke yang penting?"

"Maksud kau?"

"Benda yang paling penting adalah dendam kau."

"Apa aku nak buat ni? Dia ada dengan pelacur lain. Macam mana aku nak buat plan aku?"

"Kau buat dia sendiri datang melutut kat kaki kau."

Dahiku berkerut lagi. Apabila faham apa yang Arima sampaikan, aku tersenyum.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now