"Ruh wengi
Petengmu ngiringi adhemku
Ojo ninggalake aku dhewe
Manggon ing sisihkuRuh wengi
Kidungmu adhemke ora kepenakku
Kancaku nalika senja
Ing selawas-lawase"Mata Luqman memerhati setiap pergerakanku dengan satu pandangan rasa takut. Setelah aku berikan dia ubat, dia tak boleh menggerakkan tubuhnya lagi tetapi dia masih dalam keadaan sedar.
Setelah siap mengikatnya kembali di atas katil, aku melabuhkan punggung di sampingnya. Kali ini, Luqman berbaring betul-betul di atas katil tanpa tilam. Ya, tanpa selapis pakaian pun. Aku tahu dia sejuk, sebab aku dulu pun pernah rasa. Aku baru lepas mandikan dia dan bersihkan segala kesan darah kering pada tubuhnya. Sama macam dia mandikan aku dulu. Sebab dulu, dia je yang rajin nak mandikan aku sebelum 'guna' aku.
Lampu sudah aku matikan dan setiap sudut bilik itu sudah aku terangi dengan cahaya lilin. Hanya bunyi kipas yang menjadi latar. Wajahnya aku usap lembut. Dalam kesuraman cahaya lilin, terlihat kegusaran tergambar di wajahnya. Wajah yang akan aku lihat untuk kali terakhir.
"Sedap kan I nyanyi?" Soalku sambil tersenyum. Dia menutup mata sambil menggigit bibirnya. Aku tersenyum. Aku masih ingat, dahulu... itu adalah perkara yang selalu aku buat tatkala aku rasa takut dengan mereka.
"Dah takut ke?"
"Kita belum start apa-apa lagi, sayang," sambungku lagi.
Luqman membuka mata. Dia merenung aku lembut. Pandangannya seakan-akan merayu kepadaku. Aku leretkan jariku dari tepi pipi hingga ke leher. Terus aku bawa hingga ke bawah dada belah kiri. Aku renung dalam-dalam di bahagian itu sambil tersenyum.
"Malam ni you akan bebas. Sebab malam ni adalah malam terakhir penyiksaan untuk you. You tahu tak apa itu bebas?"
Matanya mengecil memandangku. Aku tersenyum sebelum menyambung. "Bebas itu adalah kematian. Sebab kematian merupakan lambang kepada satu kebebasan abadi."
"Tapi I tak nak you bebas macam tu je. I nak you tolong I. Oh, no. Bukan tolong. I nak you bayar balik segala hutang you pada I. You tahu kan hutang you bukannya kecik. So..."
Aku bangun dari sisinya. Di atas meja di tepi katil, terdapat satu dulang bersaiz sederhana, satu mangkuk kosong, semangkuk darah ayam segar, semangkuk daun buluh yang dipotong halus, kemenyan yang sudah diasap dan dua bilah pisau.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Aku capai pisau itu dan aku asapkan pada kemenyan. Luqman sudah menjerit-jerit dan berusaha meronta.
"Ruh wengi
Petengmu ngiringi adhemku
Ojo ninggalake aku dhewe
Manggon ing sisihku
Ruh wengi
Kidungmu adhemke ora kepenakku
Kancaku nalika senja
Ing selawas-lawase"Aku bersenandung lagi sambil mengasap pisau. Bait-bait ayat yang pernah diajarkan oleh Arima kepadaku 12 tahun lalu.
"Ruh wengi
Getih pitik anyar karo godong pring
Thathi pakananmu
Thathi ubatku."Aku menambah bait-bait itu untuk menjelaskan barang persembahanku.
"Jangan lupa bahagian aku," bisik Arima di telingaku. Aku tersenyum mendengarkannya.
Pisau itu aku bawa pada bawah dadanya yang tidak berbaju. Sempat aku merasa bawah dadanya, mencari tempat mana yang harus aku buka. Luqman mula bernafas kuat. Dadanya bergelombang naik turun.
"Emphh... emphhh... emphhh..."
"Selamat tinggal, sayang."
"EMMMPPPHHHH!!!"
Terdengar satu jeritan dari mulutnya. Kepalanya mendongak dan matanya membulat memandang ke atas tatkala pisau itu tembus di bawah dadanya belah kiri. Aku menarik pisau itu dalam keadaan melintang. Tubuhnya yang bergelombang itu aku biarkan. Dia masih tak mati lagi. Dan aku harus cepat mencari jantungnya kerana Arima mahukan jantung yang masih berdegup.
"EMMPPHHHHH!!!"
Aku memasukkan tanganku ke dalam bahagian yang sudah terbuka itu dengan berhati-hati. Pantas aku mencari sesuatu yang berdegup. Apabila sudah jumpa, aku lantas memotong bahagian itu dan meletakkan jantung itu ke dalam mangkuk kosong itu.
Dengan pantas aku ambil darah ayam itu lalu aku siramkan pada jantung yang maaih berdegup. Tubuh Luqman sudah kaku manakala matanya terbuntang memandang ke atas. Aku siram dan lumur darah ayam itu pada setiap bahagian jantung itu. Dan ajaibnya, jantung itu terus-menerus berdegup seperti biasa.
"Ruh wengi
Petengmu ngiringi adhemku
Ojo ninggalake aku dhewe
Manggon ing sisihku
Ruh wengi
Kidungmu adhemke ora kepenakku
Kancaku nalika senja
Ing selawas-lawase"Aku bersenandung berulang kali. Selepas itu, aku mengambil daun buluh dan aku letakkan ke dalam bekas berisi jantung yang sudah aku lumur dengan darah ayam hutan itu.
"Ruh wengi
Getih pitik anyar karo godong pring
Thathi pakananmu
Thathi ubatku."Arima datang dengan wujud aslinya. Dia merangkak dari hujung pintu dan mendekatiku perlahan-lahan sambil lidahnya terjelir-jelir menahan rasa lapar. Aku tahu, dah lama dia idamkan jantung manusia. Cuma selama ini, aku tak mampu untuk lunaskan permintaannya yang satu ini. Aku tersenyum melihatnya lantas mangkuk itu aku letakkan ke lantai.
"Ini bahagian kau. Makan," ucapku sambil memeluk tubuh dengan tangan yang masih berlumuran darah lantas aku mengerling ke arah tubuh Luqman yang sudah kaku. "Dan tu bahagian aku."
Aku mengambil pisau satu lagi. Sambil bersenandung, bermula dari wajahnya, aku siat kulitnya perlahan-lahan. Perlahan-lahan, dari dahinya terus ke pipinya dan terus ke lehernya. Matanya yang memandang ke atas itu aku renung. Mata yang penuh kesakitan. Mata yang pernah suatu ketika dahulu memandang aku tanpa ada sedikitpun rasa kasihan.
"Mungkin dah tertulis takdir kau untuk hidup macam ni. Aku rasa, dari hidup, lebih baik kau mati."
Itu kata-katanya 12 tahun lalu. Ya, masih segar diingatan aku. Kala itu, dia baru sahaja membuat satu eksperimen kepadaku, memasukkan hujung botol araknya ke dalam kemaluanku.
"Hahahaha.." aku tertawa kuat. Rasa sebal itu memenuhi segenap hatiku. Ibarat membakar seluruh urat saraf dan nadiku.
"Dan mungkin dah tertulis takdir kau untuk mati macam ni," ucapku. Mata yang merenung ke atas itu aku cucuk dengan hujung pisau berkali-kali hingga hancur.
"Aku patut cucuk mata kau macam ni waktu kau hidup."
Apabila kedua matanya hampir hancur, aku cungkil matanya lalu aku letakkan di tepi kepalanya. Nah, tinggallah wajahnya yang sudah tak berkulit dan tak bermata.
Aku berdiri di sisinya pula. Setelah itu aku menyiat kulit pada dadanya pula. 'Kerja' itu lakukan penuh berhati-hati. Aku tak mahu kulitnya rosak walau sedikitpun. Arima sudah merangkak ke kepala Luqman dan mula menjilat darah-darah dari tubuh Luqman. Kira macam aku menyiat setiap sisi tubuh Luqman, manakala Arima 'membersihkan'nya.
"Hati kau puas?" Soal Arima. Aku menjeling ke arahnya yang sudah berada di atas tubuh Luqman. Separuh tubuhnya sudah aku siat. Tinggal bahagian kakinya pula.
"Belum. Selagi dia orang masih hidup. Selagi tu aku takkan puas. Aku akan pastikan, mereka pun akan mati," jawabku sambil tersenyum senget. Arima sudah tersengih sambil menjelirkan lidahnya. Dia menjilat sisa-sisa darah di pipinya sebelum sambung menjilat tubuh Luqman lagi.
"Ruh wengi
Petengmu ngiringi adhemku
Ojo ninggalake aku dhewe
Manggon ing sisihku
Ruh wengi
Kidungmu adhemke ora kepenakku
Kancaku nalika senja
Ing selawas-lawase"
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...