Aku masuk ke dalam bilik serba putih itu sambil menatang dulang berisi dua keping roti bakar, telur separuh masak, jus oren dan sebiji epal merah. Setelah itu, dulang tersebut aku letakkan di tepi meja di sebelah katil.
"Sayang, wake up. Hey..." bisikku perlahan sambil memintal-mintal rambut Luqman. Luqman masih nyenyak tidur tidak sedarkan diri. Mungkin terlalu penat semalam.
"Sayang, wake up. I bawakkan breakfast ni," kejutku lagi dengan nada perlahan dan penuh romantik.
Luqman terpisat-pisat bangun. Matanya hanya terkedip-kedip dan terbuka separuh.
"Baby..."
"Good morning, sayang," ucapku sambil tersenyum lebar.
"Ah, baby. You ikat lagi tangan I?" soalnya sambil bergerak lemah. "Bukak baby."
"Sayang tengok ni, I bawakkan you breakfast tau. Siap kat atas katil lagi. Harini kita breakfast atas katil ya," ucapku lagi. Buah epal yang aku bawa tadi aku kupas kulitnya.
"Bukaklah tangan I dulu, baby. Sakitlah tangan I."
Aku hanya membiarkan kata-katanya.
"Baby... I kat mana ni?" soalnya dengan nada terkejut. Mungkin baru perasan yang bilik yang dia duduki ni bukan bilik dia.
"Baby?"
"Apa sayang?"
"I kat mana ni? Lebih baik you bukak tali ni sekarang."
Aku tersengih. Buah epal yang sudah dikupas itu aku potong kepada 6 bahagian.
"Sayang you nak epal? I dah siap kupaskan dah."
"Baby, you... You ikat kaki I jugak ke? Mana baju I? Kenapa you biar I macam ni?!" Luqman mula meronta-ronta. Aku menjeling pada tubuhnya yang tidak bertutup walau sedikitpun. Tangannya telah aku ikat secara mendepang. Begitu juga kakinya.
"Sayang, you nampak seksi tau macam ni," ucapku sambil mengenyit mata.
Nafasnya merombak dan dia meronta-ronta kuat hingga hampir bergegar katil saiz king itu.
"Sayang, stop it. Cool down, okay," ucapku perlahan. Kini aku sudah duduk di sisinya sambil membelai-belai lengannya.
"Kau ni siapa hah? Apa... Apa kau buat kat aku ni? Aku kat mana?!" Luqman mula menjerit-jerit dan meronta-ronta.
"Sshhh... Sayang. Janganlah bising. You tak penat ke dari semalam bising? You minum sikit eh. Mesti you haus gila dari semalam," ucapku lalu mencapai jus di atas meja. Selepas itu aku menyua gelas jus oren ke mulutnya.
"Aku tak nak minumlah, aku nak balik, perempuan sial!" ucapnya sambil mengalihkan mukanya menyebabkan air tadi tertumpah sedikit.
Pang!
Kepalanya terteleng ke tepi. Aku menekup mulut dengan tindakanku. Acah-acah...
"Oh, sayang sorry sayang. Sorry sangat-sangat. I tak sengaja.." ucapku sambil mengelap semula bekas tamparan pada pipinya tadi. Terdapat sedikit darah pada hujung bibirnya.
"Siapa kau ni? Apa kau nak dari aku?" kedengaran bergetar suara jantan milik Luqman. Mungkin masih kesakitan selepas terkena tamparan tadi.
"Sayang, you kata you nak dengan I sampai bila-bila. So I bawak you datang rumah I la. Hidup dengan I kat sini."
"Maya, lepaskan aku. Kau nak apa, kau bagitahu. Aku bagi semua. Tapi tolong lepaskan aku," mengalir air mata jantan pada tubir matanya.
Heh, baru kena tampar, dah menangis. Kau lupa ke apa yang kau buat kat aku dulu lagi teruk.
"Sayang, I tak nak apa-apa pun. I cuma nak you," ucapku lagi sambil mengelus lembut pipinya.
"I rindu you sangat-sangat, sayang. After a long years, I miss you so much," aku memeluk tubuhnya dan menyembamkan wajahku ke dadanya.
"Rindu? Aku tak kenal kaulah! Kau pun tak kenal aku!"
"Tak kenal? You cakap tak kenal?" ucapku. Masih dengan nada lembut.
"Tak! Aku tak kenal kau!" jeritnya lagi.
"You tak ingat ni jugak?" aku menunjukkan kesan-kesan cucuhan rokok pada sekitar dadaku. Dahinya berkerut seribu sambil merenung ke bekas cucuhan rokok itu. Setelah itu matanya beralih memandang wajahku yang betul- betul dekat dengannya dan kembali ke dadaku berkali-kali.
"Tak... Tak... Tak... mungkin..."
"Sayang... I dah lama cari you tahu tak."
...........
"Macam mana kau...boleh hidup lagi?" soalnya terketar-ketar.
"I tak mati pun. I ada je ni. Kenapa? You ingat I hantu ke?" soalku kembali sambil membetulkan kedudukan bantalnya supaya dia boleh duduk.
"Tapi dulu... Kau hilang. Aku ingat kau cabut lari dan dah mati kat dalam hutan tu. Sebab kita orang cari kau merata tempat tapi kau tak ada. Mana kau pergi?"
"I selamat je. Tengok sekarang ni. I membesar sebagai seorang perempuan cantik dan seksi. Bukan macam dulu. Budak perempuan comot yang you dengan kawan-kawan you selalu buli tu. I membesar dengan sihat dan jayanya," jawabku lagi sambil tersenyum manis sambil tanganku menggulung-gulung rambut.
"Tapi kenapa kau tak pernah lapor kat polis pasal kami?" soalnya lagi.
Aku mendekatkan diriku pada tubuhnya dan menempelkan kedua dadaku pada dadanya. Wajahnya aku tenung dan aku usap perlahan-lahan.
"Untuk apa? Kalau I sendiri boleh cari you all dan adili diri I dengan cara I sendiri," bisikku perlahan di telinganya.
Luqman terus menarik tubuhnya dan mempalingkan mukanya dariku. Dia meronta-ronta kuat.
"Maya. Tolong maafkan aku. Tolong, Maya. Lepaskan aku..."
"Apa lagi, sayang. You ni baik-baik panggil I baby-baby macam semalam. Sekarang dah tak nak panggil I baby dah."
"I nak you panggil I baby sampai bila-bila. Okay?" ucapku lagi sambil tersenyum mesra.
"Aku tak tahu apa yang kau nak dari aku. Tapi tolonglah lepaskan aku. Maafkan aku..."
"You ni, I tak buat apa-apa pun kat you. Yang you takut sangat kenapa?"
"Habis tu, kenapa kau ikat aku? Kenapa biarkan aku telanjang macam ni?"
"You tak ingat ke? Dulu pun you biarkan I kena ikat macam ni, bogel macam ni. Nah, epal yang I kupaskan untuk you," ucapku sambil menyuap buah epal ke mulutnya. Nak tak nak dia buka mulut juga.
"Cuma I baik sikit. I bagi you makan sedap-sedap. Layan you pun 'sedap-sedap'," ucapku lalu meraba bahagian bawahnya.
"Maya... Apa ni? Jangan..."
"Jangan? I nak puaskan you. Macam dulu." aku semakin galak mengusiknya.
"Mesti you ingat lagi kan tubuh I dulu. Sampai you terangsang macam ni sekali? Mesti you rindu I. You know what, I totally miss you. I miss your touch, I miss your hug, I miss your lips. And this..."
"Maya...."
"Yes, sayang. Just called me baby, sayang..."
"Baby... Stop..." lirih suaranya.
"I cuma nak puaskan you. Tak boleh ke?"
"Tapi kenapa ikat I macam ni. Lepaskan I, baby...." Luqman kembali memanggilku 'baby'. Mungkin kerana terangsang.
"I ikat you..."
Aku mencapai pisau pemotong buah yang berada di atas meja.
"Sebab i nak puaskan you dengan benda ni."
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...