"Thanks, sayang. I balik dulu," ucapku seraya mengucup pipi Datuk Azhar lalu keluar dari perut kereta. Beg-beg shopping berisi baju dan beg tangan aku jinjing di tangan kiri sedangkan beg tanganku aku sangkut pada bahu kanan."Esok kita jumpa lagi tau?"
"Ok. Hati- hati balik," ucapku lagi.
Kereta Vellfire berwarna hitam meluncur perlahan sedangkan Datuk Azhar masih melambai padaku. Aku masih tersenyum dan melambai padanya.
"Hari-hari nak jumpa. Meluat aku..." aku menggumam perlahan lalu menapak meninggalkan kawasan parking.
Aku menuju ke lift dan menunggu seketika sampai lift terbuka. Sempat aku membelek beg Gucci yang baru dihadiahkan kepadaku. Cincin berlian di jari juga sempat aku telek. Tak sia-sia aku berjumpa dengan orang tua tu harini. Macam-macam aku dapat. Cuma bezanya sekarang aku tak perlu meminta duit darinya selalu, sebab aku dah ada business sendiri. Aku dah ada butik sendiri. Dan sekarang aku sedang menambah beberapa cawangan lain di dalam negara.
Aku masih ingat tatkala pertama kali bertemu dengan Datuk Azhar. Ketika itu aku masih terlalu muda. Masih hingusan dan nampak selekeh. Ketika itu aku cumalah seorang waiter di salah satu kelab malam VIP.
Aku cuma seorang waiter, gadis pelayan yang hanya menghidangkan air. Aku masih ingat lagi ketika aku melihat Datul Azhar, dua tiga orang gadis sedang duduk di sekitarnya sambil tangannya bersilang pada bahu gadis-gadis itu.
"Maya!" jerit Aloy, lelaki berbangsa Cina berusia awal 30-an yang ditugaskan untuk sentiasa memantau dan menjaga di kawasan kelab malam.
"Ya saya," jawabku setelah berlari anak menuju ke arahnya.
"You kenal itu siapa?" ucapnya seraya jari telunjuknya menunjukkan ke arah Datuk Azhar. Aku melihat ke arah lelaki lewat 50-an yang sedang terangguk-angguk sambil tangan kanannya memegang gelas berisi alkohol dan tangan kirinya memeluk seorang gadis.
"Siapa tu?"
"You tak kenal ke dia siapa?"
Aku menggelengkan kepala.
"Ayoo.. Dia datuk tau. Datuk Azhar. Businessman besar kat Malaysia," terangnya kepadaku. Aku cuma membuat bunyi 'ooooo' dan mengangguk-angguk tanda faham.
"Aku rasa dia mesti suka you tau."
"Kenapa pulak?"
"You... tak macam diorang ni. You nampak... exotic sikit."
"Hahahahaha exotic?" Aku tergelak besar mendengar kata-katanya. Dia ingat aku haiwan reptilia ke?
"Betullah aku cakap. You nampak exotic. You tak pakai seksi-seksi, tak mekap pun dah nampak cantik. Eh tak-tak. You memang cantik, tapi lebih kepada exotic."
"Alaaa Aloy, awak cakap jelah yang saya ni tak cantik," aku menarik muka masam.
"Eh bukanlah. Aku bukan cakap tak cantik. You memang cantik, tapi cantik you tu lain sikit," bidas lelaki Cina itu lagi. Aku mengecilkan mata memandangnya.
"Suka hati awaklah. Malas saya nak cakap dengan awak dah. Baik saya buat kerja lagi bagus," aku terus mencapai dulang di atas meja dan bersedia hendak pergi dari situ.
"Ayoo, amoii. Belum habis cakap sudah mahu pergi. Merajuk ke? Amoi, aku kenal baik tau sama itu Datuk Azhar. Kalau you nak aku kenalkan dia sama you, boleh. Anytime," ucap Aloy lagi.
"Buat apa? Saya cuma tukang angkat air je kat sini. Bukan macam diorang yang buat kerja sampai ke hotel. Tak mahulah saya!"
"Ayooo amoii. You tak payahlah ikut dia balik hotel. You layan dia minum, kiss sikit, peluk sikit, sudahlah. Kalau dia ajak you, you tak payah ikut,"
"Awak ni, Aloy. Gilalah!"
"Ehhh, aku cakap betul tau. Aku yakin Datuk tu boleh suka kat you. Aku tahulah taste dia macam mana. Dia tak suka perempuan-perempuan jenis open sangat. Dia suka yang macam you. Masih nampak naif," balasnya lagi. Aku masih mengerut dahi memandangnya.
"Alaaa.... aku bukan suruh ikut dia sampai ke hotel. Layan dia dekat sini je. Kalau dia lebih-lebih, sini banyak guard. Boleh jaga you. Kalau you tak nak, dia tak boleh paksa. Ni pun untuk kesenangan you jugak. Kalau dia suka you, you boleh mintak apa je kat dia," sambungnya lagi.
"Iyeke?"
"Iya. Percayalah cakap aku."
Boleh mintak apa je kat dia? Maknanya, apa saja, kan? Untuk orang semacam aku, apa yang paling penting untuk aku cumalah duit. Duit yang boleh tampung hidup aku sehari-hari.
"Amacam, amoi?"
"Tapi awak janji ya, cuma kat sini je?"
"Terpulang you. Kalau you nak ikut dia pergi hotel, you ikutlah. Kalau you tak nak, tak de siapa boleh paksa you."
"Hurmm... okaylah kalau macam tu."
"Okay. Jom ikut aku."
"Ehh, ke mana?"
"Pergi jumpa itu Datuklah."
"Eh. Sekarang ke?"
"Eh, taklah. Tahun depan. Ayoooo.... sekaranglah. Dah, bawak air tu," kata Aloy lagi. Dua botol di atas meja aku capai dan aku letakkan di atas dulang.
Tanganku terus ditarik dan aku terus mengikutnya dari belakang.
"Datuk Azhar...." sapa Aloy kepada lelaki separuh abad itu. Lelaki itu terus mengangkat muka.
"Aloyy...."
"Waaa. Banyak happy datuk harini. Untung besar kaa?"
"Hahahahaha. Saya happylah. You punya perempuan banyak cantik," balasnya lagi. Aku yang masih berada di belakang Aloy menggenggam erat dulang dan menundukkan kepala.
"Mestilah, semua cantik-cantik. Tapi datuk, ada sorang ni lagi cantik."
"Siapa?"
"Maya," panggil Aloy.
"Ayoo. You sorok belakang aku buat apa?" Bisiknya lagi. "Sini."
"Haa ini, datuk. Banyak cantik, kan? Maya, cepat kasik air kat datuk. Eh, Susan. Sini- sini," ucap Aloy sambil menarik Susan yang berada di sebelah Datuk Azhar dan menyuruh aku duduk di sebelahnya pula. Susan tayang muka tak puas hati apabila dirinya ditarik dari situ.
Aku berasa kekok apabila duduk di sebelahnya. Tapi cepat-cepat aku hilangkan perasaan itu dengan langsung menuang air ke dalam gelas milik lelaki itu.
"Siapa tadi namanya?"
"Maya, datuk."
"Maya?" ucapnya sambil memandang aku dengan mata separuh. Aku tersenyum manis lalu mengangguk.
"Ya saya, datuk," jawabku. Aku menelan air liur apabila matanya mula memerhatikan tubuhku dari atas ke bawah. Dia yang tatkala itu masih tersandar di sofa mula bangun dan mendekatiku. Tiba-tiba rambut yang menutupi bahagian leher dan bahu kananku diselaknya ke belakang.
"Cantik namanya. Secantik orangnya," ucapnya lagi. Aloy sudah ketawa manakala aku pula hanya cuba tersenyum semanis mungkin.
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...