CHAPTER 12- TERIMA KASIH, ARIMA

4.4K 95 3
                                    

Tubuh Luqman mengelinjang kuat. Matanya terbeliak besar memandang wajahku. Mulutnya melopong mencari nafas. Sesaat itu, aku langsung tak mampu kawal amarah aku. Aku tak mampu.

"Ingat perjanjian kita, aku nak jantung dia. Jantung yang masih berdegup."

Terdengar suara itu di corong telingaku. Aku terus melepaskan batang lehernya. Dada Luqman berombak kuat mencari nafas. Ada masa dia terbatuk-batuk hingga keluar darah dari mulutnya. Perlahan-lahan aku bangun dari tubuhnya.

"Cool down, Maya. Cool down," aku cuba menenangkan diri. Berkali-kali aku menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi menenangkan gelora amarah di hati. Bayangan Arima yang sedang berdiri di sebelahku tersenyum senget. Luqman yang sedar akan kehadiran Arima mula meronta-ronta ketakutan. Aku terus menoleh ke arah Luqman.

"Yes, dialah yang teman you semalam. Sama kan macam I?" Ucapku sambil memeluk tubuh. Arima yang berdiri di sebelahku dan mempunyai wajah yang sama denganku serta berpakaian sama denganku tersenyum melihat Luqman.

"Siapa dia ni? Kau... kau... kau bela setan?! Betul, kan? DIA TU SETAN?!"

"Ahahahahahahah!!!"

"KAU MEMANG PEREMPUAN GILA! PEREMPUAN GILA! KAU BELA SETAN!"

Aku mengecilkan mata melihatnya. Segala amarah ibarat berkumpul dan membara. Aku rasa benar-benar hendak meletup sekarang!

"Kau tahu tak? Bila kau bercakap, aku rasa benci sangat, annoying sangat. Kau memang tak pandai nak jaga hati aku langsung. Kau memang sentiasa menyakitkan hati!"

Pisau pemotong buah yang berada di meja kecil sebelah katil aku capai. Pisau tadi aku gunakan untuk potong buah epal dan beri dia makan sebelum aku keluar rumah. Sekarang ni, pisau ni aku nak guna untuk potong benda lain pulak.

Aku mendekati tubuhnya lalu duduk di atas kakinya yang sudah diikat kemas pada katil. Hujung pisau aku lalukan pada wajahnya yang sudah berkerut seribu.

"Kau nak buat apa kat aku? Nak bunuh aku? Bunuh je aku sekarang. Aku lagi rela kau bunuh akulah!" Tentangnya lagi. Aku merenungnya tajam. Tiada lagi senyuman yang mampu aku ukirkan saat ini.

"Aku tak boleh nak guna badan kau sekarang dan aku jugak tak boleh nak ambik nyawa kau sekarang. Tapi aku akan buat kau tak bersuara lagi dah lepas ni."

Pisau itu aku hunus ke atas. Pipinya aku tekan kuat hingga mulutnya terbuka.

"A...ap...pa...kau... nak.. buat... ni?"

........

Kopi panas yang terhidang bersama satu bekas biskut kering di atas meja aku hirup sedikit. Sesekali aku kerling ke arah tv yang memaparkan rancangan realiti show. Sebenarnya, aku bukanlah minat menonton tv sangat. Lebih-lebih lagi waktu pagi macam ni. Cuma nak memecahkan susasana sunyi saja. Kalau tak aku rasa macam hidup dalam hutan.

Aku memang suka bangun pagi. Aku tak pandai nak bermalas-malasan hingga ke tengah hari. Bangun awal pagi, mandi dan mengemas rumah sudah menjadi rutin setiap hari.

Handphone di tangan aku telek lagi. Bosan. Jadi aku pun mencuci mata melihat beg-beg terkini dari online shopping apps. Tak pun mungkin aku boleh cari baju baru.

"Aku nak dia lagi."

Terdengar bisikan halus di tepi telingaku. Aku sekedar mengerling seketika ke sisi sebelum sambung melihat ke skrin handphone.

"Kau dah kerjakan dia teruk semalam. Tak puas lagi ke?"

"Tapi aku nak dia lagi."

"Nope. Malam ni giliran aku. Kau dah janji kau nak pulihkan badan aku. Kau nak buat aku jadi cantik."

Teruk betul nafsu pempuan sekor ni. Tahunya nak 'tu' je. Mampus aku nak kena carikan laki untuk dia je.

Tapi padanlah dengan semua lelaki yang aku kenal. Semuanya cuma nak badan perempuan. Kenalah diorang dengan si sekor ni. Dua-dua nafsu kuda.

Aku pulak akan dapat duit dari diorang. Great! Win-win situation!

"Kau dah siapkan semua barang ke?"

Aku tersenyum. Semua barang-barang untuk malam ni aku dah mintak tolong Khalis carikan. Selamat dia tu boleh diharap. Seteruk dan se-tak guna dia tu, dialah paling berguna untuk aku pada waktu-waktu macam ni.

"Jangan risau. Semua dah siap."

"Bila kau nak bawak diorang semua datang ke sini?"

"Kenapa?"

"Kau ni lambat sangat."

"Ahahahaha. Nampaknya kau tak sabar." Aku mencapai cawan berisi kopi dan menyisipnya sedikit sebelum meletakkannya semula. Aku berpaling ke arahnya dengan sebuah senyuman.

"Kau jangan risau. Bahagian kau mesti ada. Kau kawan terbaik aku."

"Kalau kau lambat, aku risau semua rancangan kau tak menjadi."

"Mana mungkin tak jadik. Aku ada kau, kan?"

"Aku paling kenal kau. Kau lemah. Lama-lama hati kau akan lembut sendiri."

Senyumanku hilang. Kini seluruh tubuhku menghadap ke arah bayangan Arima yang menyerupai aku. 100% seperti aku.

"Tak mungkin. Tak kan mungkin terjadi."

"Kalau terjadi? Macam mana?"

"Tak mungkin! Aku takkan berlembut dengan diorang!"

Arima tersenyum sumbing sambil menggelengkan kepala. Kedua matanya dikecilkan, seakan-akan mengejek aku.

"Aku kenal kau, Maya. Kau lemah! Kau kuat sebab aku!"

"TAK!!" Jeritku kuat. Aku berdiri tegak di hadapannya. "KAU JANGAN CAKAP MACAM TU KAT AKU. AKU TAK SELEMAH TULAH! AKU AKAN PASTIKAN DIORANG SEMUA MATI KAT TANGAN AKU!"

"AHAHAHAHAH!"

Termengah-mengah aku menahan marah. Aku menggenggam kuat penumbuk tanda marah. Arima mendepang tangan di sofa sambil kedua kakinya disilang di atas meja.

"Tanpa aku, kau takkan boleh buat apa-apa, Maya."

Dia mengejek lagi. Aku terdiam mendengar perkataan itu. Perlahan-lahan, aku tundukkan kepala ke bawah.

"Aku nak bunuh diorang. Aku nak diorang rasa setiap apa yang aku rasa. Aku nak diorang mati perlahan-lahan. Sama macam diorang bunuh kehidupan aku dulu.."

"Sebab tu kau kena buat cepat-cepat. Sebelum apa-apa yang menghalang, atau kau sendiri yang akan berubah fikiran."

Aku melutut di hadapannya. Kedua tangannya aku genggam dan aku letakkan dahiku pada kedua tangannya itu. Setitik air mata menitis dari mataku tumpah pada tangannya.

"Kau kena tolong aku untuk buat semua tu..." ucapku perlahan. Menggeletar bibirku menahan sebak. Terimbau kenangan silam dalam fikirkanku. Arima tersengih senget memandang aku.

"Kau kena tolong aku, Arima. Aku penat menderita sendiri. Aku sakit sangat-sangat. Sakit. Hidup aku dah musnah. Diri aku dah mati. Hiks..."

Aku menangis lagi. Usapan tangan Arima terasa di ubun-ubunku.

"Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau. Dari dulu sampai sekarang aku ada. Aku adalah kekuatan kau. Dan kau adalah kekuatan aku. Kita adalah dua jiwa yang dah ditakdirkan untuk hidup bersama-sama."

Aku mengangguk berkali-kali. Ya, kalau bukan kerana dia, aku takkan seperti sekarang ni. Mungkin saja aku dah mati. Ya, kalau bukan kerana dia, aku dah mati 12 tahun dulu. Mati terseksa!

"Terima kasih, Arima. Terima kasih sangat-sangat."

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now