"Erghh, sibuk jelah orang tua tu datang time macam ni. Rindulah, risaulah, acah-acah care. Padahal nak 'tu'."
Aku berpeluk tubuh sambil membebel sendirian di hadapan Luqman. Setelah mengheret orang tua tu masuk bilik di tingkat bawah, iaitu bilik utama aku, aku terus keluar dari bilik dan Arima yang menggantikan tempatku. Setelah itu, aku ke dapur untuk mengambil straw dan naik semula ke tingkat atas iaitu bilik yang menempatkan Luqman.
"Kononlah datang sini sebab risaukan aku. Takut sangat bini dia tu apa-apakan aku. Padahal, kat kepala otak dia tu tak ada benda lain nak fikir. Just benda tu je. Ingat aku tak tahu ke?"
Aku masih dalam mood geram. Ada masa, penat jugak jadik hipokrit macam ni. Kalau boleh nak je aku ludah kat muka orang tua tu. Nak je aku cakap yang aku jijik waktu dia peluk-peluk aku, cium aku. Kalau tak fikirkan duit dia, memang dah lama aku buat. Emm kalau tak macam mana aku nak duduk goyang kaki macam sekarang ni?
Luqman yang hanya diam aku pandang. Matanya sayu menatap mataku. Emmm, sejak ada Luqman ni, aku rasa best pulak sebab ada kawan bercakap. Sekurangnya tak adalah aku sorang je kat rumah ni.
Eh salah, tak adalah aku berdua je kat rumah ni. Bila Luqman ada, jadik bertiga. Aku. Arima. Luqman.
"You nak minum eh? Kejap."
Aku terus meletakkan straw ke dalam gelas. Apabila susu mula memenuhi ruang straw, aku tutup lubang lagi satu dengan hujung jari telunjuk lalu aku bawakan ke hadapan mulutnya.
"Bukak mulut."
Luqman membuka mulut. Aku masukkan straw ke dalam mulutnya dan menghampiri tekaknya sebelum membuka semula lubang yang aku tutup tadi. Susu dari straw itu masuk terus ke dalam tekaknya.
"Lagi?"
Luqman mengangguk. Aku memberinya lagi susu berkali-kali.
"Sayang, malam ni kita ada kerja."
Wajah Luqman terus bertukar pucat lesi. Matanya membulat memandangku sambil menggeleng-gelengkan kepala laju.
"Ahahaha, bukanlah. Bukan dia. Malam ni, I yang akan teman you," kataku lagi sambil tersenyum lebar. Keningnya bertaut mendengar kata-kataku. Wajahnya seakan tak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku tergelak kecil melihat wajahnya.
"You suka, kan? I tahu you mesti suka."
"Malam ni you tahulah," sambungku lagi sambil mengenyit mata sebelum memberinya minum lagi.
Malam ni adalah malam jumaat, minggu ketiga menurut kalendar Jawa. Malam yang paling sesuai untuk aku lakukan upacara aku.
............
Setelah Dato' Azhar pulang pada pukul 2 petang, aku terus mencapai handpone dan mendail nombor phone Khalis. Punggung aku labuhkan di sofa sambil ditemani dengan bunyi dari tv yang terpasang.
"Ya, sayang..." kedengaran suara milik Khalis di hujung talian.
"Hai. You tengah apa tu?"
"I tengah drive ni. Tengah cari barang yang you naklah."
"Ohh. Emm, how is it? Semua dah settle ke?"
"Almost done. Tinggal satu barang je lagi."
"Apa dia?"
"Ayam hutan. Mana I nak cari ayam hutan kat tengah-tengah KL ni, sayang. Susah tahu tak?" Kedengaran Khalis menarik nafas panjang. Aku tertawa mendengar dia mengeluh.
"Ala, sayang. Pleaseee. I teringin sangat nak makan ayam hutan."
"Seriouslah you ni. You nak masak apa ayam hutan ni. Peliklah. Jarang orang makan ayam hutan tau."
"Eh, sedap tau. Mesti you tak pernah try kan? Kalau you try sekali mesti you nak lagi."
"You pandai masak ke?"
Mataku mengecil mendengar dia mempersoal skill memasakku. Choyy. Kalau bukan aku memasak selama ni, siapa nak bagi aku makan? Arima?
"Hei mestilah pandai. You ingat i jenis perempuan yang tak pandai masak ke?"
'Hahahahaha. Okay, okay. Sorry. Kalau macam tu you masakkan untuk i jelah. Malam ni I stay rumah you, okay?'
Aku berfikir-fikir seketika. Masakkan untuk dia? Emm boleh je. Lagipun aku cuma perlukan sedikit saja daging dan darah dari ayam hutan tu untuk 'jamuan'. Selebihnya aku boleh masakkan untuk Khalis.
Lagipun dia dah banyak tolong aku.
"Sure, but not today. Malam esok you datang rumah I, I masakkan you siap-siap. Tapi you ingat tau, ayam tu I nak yang belum sembelih. Sebab I nak fresh-fresh. Nanti you tolong I sembelih tau."
"Kenapa tak malam ni? Orang tua tu ada ke?"
"Ahahaha. Kenapa? You jealous ke?" Seronok aku mengusik dia.
"I dah rasa macam you madukan I je."
"Ahahaha, you. Sumpah kelakar," aku tertawa mendengar dengusannya.
"I serious tau."
"Okay, okay. Alaaa you ni, Khalis. I gurau pun tak boleh. You datanglah balik esok. Nanti petang ni you just hantar je barang-barang tu and tolong I sembelih ayam tu kat sini."
"Emm... iyalah."
"Marahlah tu?"
Khalis tak menjawab. Aku tahu dia bengang dengan aku.
Tapi bengang macam mana pun dia dengan aku, dia tak boleh tinggalkan aku. Ahahaha.
"Okaylah, sayang. Petang nanti kita jumpa okay. Bye."
"Bye."
Aku tersenyum lebar seraya menutup phone dan meletakkan phone semula ke atas meja. Selamatlah Khalis ni jenis tak banyak tanya. Kalau tak penat aku nak menjawab.
Aku melihat ke arah cermin besar yang berada di tepi sofa. Lama aku tenung biasan pada cermin. Aku bangun lalu berjalan ke arah cermin itu. Cermin itu aku sentuh perlahan dan bayangan di cermin itu bertukar wajah. Berbaju sama denganku. Bersosok sama dengan sosokku. Tapi bezanya bayangan itu pada mulanya seorang perempuan cantik berubah menjadi seorang perempuan hodoh. Penuh kesan parut dan sebelah mata yang dah buta.
"Kau akan cantik nanti, Maya. Betul-betul cantik."
Ucapku pada perempuan hodoh di dalam cermin itu sambil tersenyum
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...