Aku ambil pisau pemotong buah di atas meja lalu aku leretkan hujung pisau itu pada dadanya yang terbuka hingga ke perut.
"Apa... Apa yang kau nak buat tu?!"
"Tak ada apa-apa, sayang. I nak puaskan you," jawabku dengan senyuman menggoda.
Pisau itu aku tekan sedikit hingga berbekas di kulit Luqman. Dia mengaduh kesakitan. Terbit darah merah di balik kulitnya. Aku semakin meleret pisau itu hingga ke bawah perutnya.
"Maya, tolong jangan buat macam ni. Tolong, Maya. Lepaskan aku. Apa kau nak buat dengan pisau tu?!"
"Sayang... You takut I potong 'junior' you ni ke? No, sayang. I won't do that. I just wanna play with you like you did before. Remember, honey?" kataku lagi lalu aku berpindah duduk di ribanya. Wajah dan tubuhku aku dekatkan padanya. Matanya kembali redup memandangku.
"Maya...."
"Ouhhh... I miss this smell..." ucapku lalu menghidu lehernya. Dia menggeliat kegelian.
"Ahh... Maya...."
Zapp!
"Arghhh!!"
"And I miss this..." ucapku lantas menghirup darah yang menitik di lehernya. Ya, aku hiris sedikit leher yang nampak mengghairahkan itu dan aku sedut dalam-dalam darah itu dengan rakusnya. Darah hangat Luqman memenuhi ruang kerongkongku. Lazat dan enak.
"Maya, apa kau buat ni?!"
"Darah you sedap, sayang..." balasku perlahan. Erangannya membuatkan aku semakin bernafsu lalu aku peluk tubuhnya kuat-kuat dan kembali menyedut darah merah itu dengan bernafsu. Nafasnya berombak dan aku hanya membiarkan dia menjerit. Hahah entah kerana sakit atau kerana nafsu.
Setelah habis darah pada luka itu aku sedut, aku hiris lagi di tempat yang lain dan aku sedut lagi. Aku akan buat berkali-kali sampai aku rasa kenyang. Ya, darah segar. Darah inilah yang akan menjadikan aku awet muda dan sentiasa cantik.
"Sedap kan I cium you?"
"Stop it, Maya. Please..."
"Why? You nak I cium you bahagian lain?
"No... No... No! Maya aku tahu aku buat salah besar kat kau. Tapi kau tahu kan, bukan aku sorang yang buat kau macam tu. Tapi kenapa aku sorang yang kau siksa, Maya?"
"I tak siksa you. I.... Ouhh this blood..." aku kembali menjilat darah yang mengalir di lehernya dan kembali menyedut kuat darah itu. Luqman menjerit kesakitan.
"I tak siksa you. I cuma nak bermesra dengan you macam dulu. I rindu."
"Hikss... Maafkan aku..." Luqman mula menangis. "Maafkan aku...."
"You jangan risau. I dah jumpa semua kawan-kawan you. And diorang pun tengah tunggu giliran. Macam korang dulu, bergilir-gilir..."
Zapp!!
"Ahhh!!!"
Aku kembali menyedut lagi darah di lehernya.
...........
Setelah siap 'breakfast' di bilik khas Luqman tadi, aku terus ke singki untuk membersihkan tangan dan muka yang penuh dengan kesan darah. Ouhhh... Baru berenggang sekejap aku dah rindukan dia lagi. Tapi malangnya, tengah hari ni aku ada appointment dengan Datuk Azhar. Jadi tak bolehlah aku berlama-lama dengan Luqman.
Handphoneku yang berada di ruang tamu berdering tanda ada orang sedang menelefon. Aku lantas berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.
"Hello, Datuk.."
"Hai, sayang. You kat mana tu?"
Aku tersenyum manis lalu melabuhkan punggung ke sofa.
"I kat rumahlah, datuk. Kat mana lagi. Datuk..." rengekku.
"Ye, sayang."
"I rindu you tau. Seminggu tau you kat Milan. Sampai hati you tinggal I lama-lama. I nak ikut you tak bagi. Emmm... Benci."
"Sorry sangat-sangat, sayang. I ada urusan bisnes. Kalau jalan-jalan, conferm I ajak you."
"Eleh. You cakap jela yang you tu takutkan bini. Senang."
"Hahaha. Mana ada. Takkanlah I nak takut dengan perempuan tua ganyut tu," balas Datuk Azhar.
"Habis tu kalau tak takut apa? Sekarang ni I nak jumpa you pun susah. I rindu you pun, you dah tak peduli."
"Janganlah merajuk, sayang. Tengah hari ni kita nak jumpa, kan? Eh I baru balik dari Milan pagi ni tau. Terus I datang jumpa you. Nanti kita pergi shopping, okay? I belanja you apa je you nak," pujuk Datuk Azhar lagi. Senyuman terselit di bibirku.
"Youuu... You tahu kan, I bukan nak duit you. I cuma nak you, nak attention you."
"Okay, okay, okay. Sorry, sayang. I tahu. Okay nanti kita jumpa. I akan luangkan semua masa I untuk you. Okay, sayang. Jangan merajuk lagi tau?"
"Promise, datuk?"
"Promise, sayang."
"Okay. Jumpa nanti tau. Bye..."
Aku meleret butang off pada skrin phone.
"Lelaki bodoh. Kau ingat aku temahakkan orang tua macam kau tu. Kalau bukan sebab kau berduit, aku pun tak hingin nak berkepit dengan kau," aku berkata-kata sendiri sambil berbaring di atas sofa empuk.
Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Aku akan jumpa orang tua bodoh tu pukul 1 ni. Jadi sempat lagi ni aku tidur sekejap.
Sudah terbayang-bayang di fikiran apa yang akan aku beli sebentar lagi. Dua hari lepas semasa aku window shopping, aku terperasan beg tangan edisi baru yang baru saja keluar diletakkan di bahagian pameran. Yes, tu target aku sekarang ni. Macam mana pun, aku mesti pujuk orang tua tu belikan beg tangan tu untuk aku.
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...