Aku menuang arak ke dalam dua buah gelas. Sepinggan potongan buah sudah tersedia di atas meja. Sepotong buah kiwi aku ambil dengan garfu lalu aku masukkan ke mulut. Emm... sedap.
Terdengar bunyi loceng di pintu. Aku tersenyum. Cepat betul dia sampai. Sempat aku membetulkan sedikit baju tidur jarang berwarna merah yang hanya menutupi bahagian dada hingga ke paha sebelum bergerak ke pintu.
"Hai..." ucapku sambil menongkat kepala di tepi pintu, menyapa si lelaki yang terpaku di hadapan pintu hotel yang kubuka separuh.
"Hai..." dia masih terpaku. Mungkin separuh terkejut melihat kecantikanku. Atau mungkin terkejut melihat cara aku berpakaian tatkala menjemputnya.
"You tak nak masuk ke?" Soalku lagi sambil tersenyum menggoda. Sengaja aku selak rambut panjang ke belakang, menyerlahkan sebahagian leher serta dadaku.
"Nak..."
"Jom."
Aku menarik kolar bajunya dan menariknya masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. Setelah sampai di dalam bilik, aku terus menolaknya ke kaki katil.
"Aduh!" Zakri mengaduh tatkala kakinya terkena bucu katil. Aku pula terus berbaring di sebelahnya sambil bermain butang di baju kemejanya. Dia tersengih senget.
"You ni... jahat tau. Berani you ajak pelacur untuk have fun sekali dengan I? Tamak kan you ni?"
Aku menumbuk sekali dadanya. Dia mengaduh sekali lagi.
"I mintak maaf sangat-sangat. I tak sengaja. Tapi you tak marah, kan? Kalau marah, takkanlah you ajak I pergi hotel mewah macam ni. Betullah, you ni memang kaya."
"So bagi you, siapa lagi cantik? Pelacur tu ke.... atau I?" Soalku lagi. Zakri tersengih. Dia duduk lalu memandang tubuhku berkali-kali dari atas hingga ke bawah. Sempat dia menggigit bawah bibir.
"Mestilah you," Zakri terus merangkul tubuhku. Aku tertawa sambil melarikan diri darinya.
"Kejap, kejap! Ahahahahah. Hei, rilekslah..." jeritku sambil tertawa.
"Mana boleh I rileks kalau nampak perempuan cantik depan mata macam ni."
"Youuu... sabarrrr..." ucapku lagi lalu terus bangun sambil tertawa. "I dah order minuman dah. Kita minum-minumlah dulu. Okay?"
Terus aku menuju ke meja yang mempunya dua buah kerusi. Aku duduk di sebuah kerusi di situ dan mengangkat gelas arak lalu menyisipnya.
"Come," ucapku sambil menggerakkan satu jari kepadanya, mengajaknya ikut serta minum bersamaku. Zakri tersengih senget sambil menuju ke arahku.
"Jangan lupa... aku nak dia," sempat Arima berbisik di telingaku. Aku tersengih lalu meneguk air arak lagi. Arima ni.... hari-hari dia nak. Tak penat ke? Sebab melayan kehendak dialah aku booking hotel untuk dia 'bersama' dengan Zakri. Lagipun, aku tak nak tinggalkan apa-apa jejak kepada sesiapa waktu aku tinggalkan pesanan kepada pekerja di karaoke tadi.
Setelah tinggalkan tempat karaoke, aku menitipkan memo kepada pekerja di situ dengan mengatakan aku akan menunggunya di Hotel K jika dia hendak bersamaku. Dan ternyata telahan aku, pasti dia akan memilih aku berbanding si pelacur itu.
"You ni... cantik sangatlah..." ucapnya lagi sambil ikut meneguk air tersebut. Setelah satu gelas habis, dia menuang lagi air arak ke dalam gelasnya dan gelasku yang berbaki separuh.
"Tapi... bila I tengok you ni. I teringat seseorang," sambungnya lagi.
"Siapa?" Soalku sambil mencapai buah strawberry pula.
Tiba-tiba matanya tertancap pada peha kiriku yang terselak. Wajahnya ikut berubah. Hilang senyuman dibibirnya.
"Kenapa?"
"Tanda lahir tu..." aku melihat ke arah tanda lahir yang berada di pahaku, yang merupakan satu bulatan hitam.
"Kenapa?" Soalku lagi.
Zakri terus melihat wajahku dan merenung dalam-dalam wajahku. Wajahnya seolah-olah cuba mengingat sesuatu.
Aku mula rasa tak sedap hati. Tanda lahir ni. Takkanlah dia ingat lagi?
Ya, aku ada tanda lahir di peha kiri. Sudah pasti dia tahu sebab dia pernah 'menjelajah' tubuh aku. Tapi, aku tak sangka yang dia akan ingat tanda lahir ni. Dan... wajah aku pun tak delah lari mana dari dahulu.
"Hei, hei, hei..." aku terus bangun dari kerusi dan terus duduk di pehanya. "You ingat siapa lagi ni? Jangan cakap you ingat ex-girlfriend you pulak, ya? I tak suka tau kalau I dengan lelaki tu tapi lelaki tu ingat girl lain," ucapku sambil menekup tepi pipinya dengan kedua tangan. Wajah serius aku tayangkan.
"Nama you... Maya? Maya Sari Gabrielle?" Soalnya lagi. Wajahnya kelihatan cuak.
"Nooo. Nama I Maya Karin. Ahahahahahah...." aku mula buat lawak bodoh. Tapi tetap tak mampu mengubah wajahnya yang masih cuak itu.
"Serious ni. Nama panjang you siapa?"
"Nama I Maya Suraya lah. You ni kenapa? Cuak sangat macam ni?"
Zakri menarik nafas lega. Wajahnya kurang tegang berbanding tadi.
"And.... who is Maya Sariii... what?"
"Maya Sari Gabrielle. Dia... mirip sangat macam you. Wajah you, tanda lahir tu... sama sangat."
Aku memeluk lehernya pula sambil tersenyum. "Siapa? Ex-girlfiend you?"
"Tak... just... seseorang yang I kenal..."
"Kat mana dia sekarang?"
"Dah mati," jawabnya pendek. Wajahnya tampak sedikit berbeza. Aku tersenyum kecil mendengar kata-katanya.
"Oooo patutlah wajah you berubah lepas tengok tanda lahir I, ya? Ni mesti you ada buat salah besar kat dia, kan? Atau... you ingat I ni hantu?"
Wajahnya berubah kembali. Matanya dilarikan dari melihatku. Sebelah tangannya terus melepaskan dua butang di bahagian leher di kemejanya.
"Stop talking about her. Lagipun takkanlah ada hantu secantik you, kan?"
"Exactly! Kalau I jadi hantu, mesti I dah sedut darah you. Kat sini..." ucapku lalu menyentuh bahagian sisi lehernya. Dia memandangku kembali sambil tersengih senget.
.........
Aku menikmati arak bersama potongan buah-buahan di ruangan balkoni. Zakri dan Arima masih berada di atas katil. Kedengaran bermacam-macam bunyi yang tak enak didengari dari katil itu. Ahh... lantaklah korang!
Lebih baik aku menikmati keindahan malam. Bulan kelihatan penuh dan malam dihiasi butiran-butiran bintang yang bergemerlapan. Lampu-lampu yang berada di swimming pool yang betul-betul berada di bahagian bawah balkoni kelihatan sangat indah pada waktu malam.
Aku mencapai sepaket serbuk putih di atas meja. Aku jumpa benda ni di dalam poket di seluar milik Zakri. Sempat aku tersengih, benda nilah yang mungkin buat dia boleh hidup mewah sampai sekarang. Kalau tak, mana mungkin dia boleh melanggan wanita-wanita pelacur kelas atasan.
Aku tak tahu dah berapa ramai orang yang dia 'rosakkan' dengan serbuk putih ni. Dah berapa ramai yang ketagih dengannya. Aku rasa ramai dah. Iyelah, dah kaya. Dan aku tak rasa dia sekadar pengedar biasa. Hal ini membuatkan aku lebih teruja untuk 'bermain' dengannya.
Satu botol kecil pil pula aku capai. Aku lihat isinya, ada lagi 5 biji. Orang yang macam dia, mestilah dia perlukan 'benda-benda' ni.
Tiba-tiba keadaan sunyi. Aku melihat ke arah jam. Pukul 3 pagi. Eh? Dah tidur ke? Ahahahaha, kelakar. Aku ingatkan sampai ke subuh!
Aku terus bangun dari kerusi malas dan masuk ke bilik.
"Amacam? Puas?" Soalku sambil memeluk tubuh. Arima yang masih bertelanjang bulat dan sedang berbaring menindih tubuh Zakri yang juga bertelanjang tanpa ditutupi seurat benang pun. Kepalanya berada di leher Zakri manakala Zakri sudah terpejam. Tangan dan kaki milik Zakri sudah diikat rapi di tepi katil oleh Arima.
"Haahhhh...haahhhh... aku... mana pernah puas..." nafas Arima kedengaran sesak sebelum di sambung aktiviti di situ.
Aku melihat cecair darah yang mengalir di tepi lehernya. Lah... tengah makan ke?
"Dahlah tu. Sambung kat rumah."
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...