Aku melangkah memasuki bilik tidur yang menempatkan Luqman Hakim tersebut. Bau darah hanyir memenuhi ruang gelap itu. Tangan kananku mencapai suis di dinding dan menghidupkan lampu. Kelihatan Luqman sedang terbaring lesu sambil tangan dan kakinya masih lagi terikat di sisi katil.
"Sayang, I'm home," ucapku ceria. Luqman terus mengalihkan kepala memandangku.
"Eh, sayang. What wrong with you?" Aku terus berlari mendapatkannya. Tubuh yang berlumuran darah itu aku pandang dari atas sampai bawah. Terdapat garis-garis luka memenuhi tubuhnya. Wajahnya penuh lebam-lebam hitam. Ada darah mengalir dari mulut, hidung beserta kedua kemaluannya. Malahan 'anu'nya kelihatan besar membengkak.
"Si...siapa dia tu?" Kedengaran suara Luqman yang tersekat-sekat dan garau. Nafasnya kedengaran kuat.
"Siapa? Maksud you?"
"Siapa dia tu?!" Kedengaran nada suara Luqman meninggi. Setelah itu dia terbatuk-batuk hingga keluar darah dari mulutnya.
"Ganas sangat ke dia layan you? Emm kesiannya..." aku mengambil kain di lantai dan mengelap darah yang keluar dari mulutnya.
"Sekejap ya. I ambilkan ubat," ucapku lagi lalu keluar dari bilik itu. Seketika kemudian aku datang semula dengan kain tuala yang bersih dan satu besen berisi campuran air suam dan garam.
"Ni air garam. Jadi luka you takdelah terkena jangkitan and cepat sikit kering. Tengok, betapa I sayang you. I jaga you baik-baik tau," ucapku lagi sambil tersenyum ceria. Tanganku laju saja mengambil tuala itu lalu merendamkannya ke dalam besen. Setelah itu aku memerahnya dan mengelap luka-luka pada wajah Luqman.
Mana tak cerianya, aku dah dapat bertemu dengan Zakri. Cukup diumpan dengan beberapa ciuman, dia terus ajak aku bermalam di rumahnya. Tapi aku beri alasan tak boleh, sebab esok aku ada kerja jadi aku kena balik awal.
Ya, ada kerja penting aku nak buat esok. Ahahahaha.
Jadi kami aturkan pertemuan pada hari lain pula. Dia free malam sabtu ni dan aku pun turut free. Jadi, waktu tu akan jadi hari penting bagi kami. Begitu juga Luqman. Dia akan jumpa dengan kawan baiknya tu tak lama lagi. Ahahahaaha.
"Maya... aku... mintak tolong sangat-sangat..." Luqman nula bersuara setelah beberapa lama mengaduh tatkala tuala itu mengena lukanya.
"Apa dia, sayang? Cakap je. Kalau I boleh tolong you, I tolong."
"Tolong... lepaskan aku. Aku... betul-betul dah tersiksa sangat-sangat..."
Aku buat muka simpati. Rambutnya aku belai lembut.
"Sayang, you kata tak nak tinggalkan I? Tapi kenapa cakap macam tu?"
"Tolong, Maya. Aku... sakit sangat-sangat..."
"Kat mana you sakit?" Aku terus menyentuh tubuhnya. "Kat sini? Kat sini? Ke kat sini?"
Luqman meraung saat aku memegang kemaluannya yang membengkak itu. Aku terus membuat muka terkejut dan menarik semula tanganku.
"Ops, sorry, sayang. Sorry..."
"I rasa dia terlampau bernafsu dengan you kot. Tu dia jadi ganas macam tu. You maafkan dia, okay?"
"Dia... bukan manusia. Bukan manusia, Maya..."
Aku tersengih sinis.
"Mana you tahu?"
"Wujud dia... macam manusia. Macam kau. Tapi perangai dia macam binatang. Aku yakin... dia bukan manusia," balas Luqman tersekat-sekat.
"Yup, betullah tu." aku mendekatkan bibir ke telinganya. "Dia ratu nafsu. Syaitan yang turun ke bumi untuk puaskan kehendak anak-anak Adam. "
Wajah Luqman berubah saat aku berbisik padanya.
...........
"You tahu? Kerja I memang pelacur. Puaskan semua nafsu binatang lelaki. Tapi I tak pernah tidur dengan sesiapa pun," ujarku sambil mengelap tubuh Luqman.
"Macam mana I nak tidur dengan lelaki? Kalau setiap kali I nak buat benda tu, I akan ingat segala yang korang buat pada I. I lagi sakit tahu tak?" Wajahku bertukar gusar. Satu perasaan sebak menerpa hatiku.
"Selamat ada Arima. Kalau you nak tahulah, dialah yang selamatkan I dari pondok buruk korang tu. Kalau tak ada dia, I rasa I dah lama mati kering dalam pondok tu."
Kerjaku terhenti. Datang satu imbasan kesakitan masa silam sekali lagi.
"HEY, STOPLAH! STOP! AKU TAK NAK INGAT APAPELAH!" Kepala aku ketuk dengan tapak tangan beberapa kali. Mata aku pejam rapat. Berusaha menyingkirkan segala memori silam suatu ketika dahulu.
"HEY, AKU CAKAP PERGI! PERGI! AKU TAK NAK INGAT APAPELAH! BODOH! BODOH! BODOH!"
Berkali-kali aku hentak kepalaku dengan kedua tanganku. Aku benci dengan ingatanku. Aku benci! Aku tak nak ingat semua tu! Dia tak faham bahasa ke?!
Setelah beberapa lama aku berusaha untuk tenang, aku mula meraup wajah yang sudah berpeluh dingin. Aku kena bertenang. Aku kena rileks. Apa nak marah-marah ni? Luqman yang terbaring di sebelah aku pandang. Aku cuba memahami pandangan matanya. Satu sudut aku melihat ada ketakutan terbayang pada matanya. Tapi satu sudut yang lain, ada sesuatu yang tak mampu aku faham.
"Sorry, sayang. I emo," ucapku lagi. Tangannya yang mendepang ke sisi aku genggam erat.
"I sakit. Sakit sangat-sangat. Setiap hari I rasa hidup I kelam. I tak ada apa-apa dah sekarang. I tak ada kawan, keluarga, I tak ada sesiapa. I tak rasa happy langsung. Duit yang I ada pun tak buat I rasa happy. You faham tak betapa siksanya hidup I lepas I jumpa korang. Korang siksa I kat pondok tu, dan segala ingatan tu masih segar sampai sekarang. Segala kesakitan tu masih berbaki. I sakit sangat-sangat."
Aku menangis di dadanya teresak-esak. Luqman masih terdiam dan membisu. Dia hanya membiarkan aku bersandar di dadanya dan menangis. Apabila perasaanku mulai reda, aku bangun dari kerusi dan menuju satu cermin besar yang berada di sebelah katil tempat Luqman berbaring. Paparan imej pada cermin besar itu aku tatap lama. Perlahan-lahan aku membuka butang hadapan dress merah tanpa lengan satu per satu dari atas hingga ke bawah. Hanya bra dan panties yang menutupi bahagian tubuhku.
"You tengok badan I..." ucapku sambil berpaling ke kanan, melihat Luqman. Dia teragak-agak untuk berpaling melihatku.
"You nampak badan I cantik je, kan? Putih, gebu, mulus, tak nampak apa-apa noda langsung. Cantik sangat. You tak tahu berapa ramai yang tergila-gilakan tubuh I ni. Termasuklah you jugak."
"Tapi cuba you tengok Maya yang ada kat cermin tu..." sambungku lagi. Luqman mengalihkan pandangannya melihat ke cermin. "Tulah tubuh sebenar I. Penuh luka! Buruk! Hodoh! Tak cantik langsung! Semua gara- gara you!"
Aku menangis lagi. Kali ini aku biarkan air mata itu berjatuhan hingga ke lantai. Mataku memerhati tubuh asalku dari atas hingga ke bawah. Luka akibat cucuhan dari rokok masih lagi berbekas. Luka kesan pukulan dahulu masih lagi berbirat. Wajahku yang hodoh, mata kiri yang tertutup kerana bola mata yang sudah hilang dan kesan-kesan terbakar pada tubuh akibat ditekap dengan besi panas masih lagi jelas kelihatan.
"I hodoh, kan?" Ucapku lagi. Air mata menitis kembali. Imej pada cermin ikut menangis. Tapi dia nampak lagi hodoh dari yang ada di luar cermin sekarang.
"Maya..."
Aku mengalihkan pandangan. Mata Luqman turut berair.
"Aku... betul-betul mintak maaf. Semua ni salah kita orang. Aku mintak maaf, Maya. Aku tahu salah aku besar sangat pada kau. Kalau nyawa aku boleh jadi galang ganti dosa aku pada kau, kau ambik je nyawa aku sekarang."
"Sayang... kenapa cakap macam ni?"
"Kau ambik je nyawa aku. Untuk tebus salah aku pada kau. Tapi aku mintak tolong satu je. Tolong sangat-sangat... jangan siksa aku macam ni. Kesiankan aku..."
Tiba-tiba amarahku meluap-luap. Kerusi di tepi katil aku sepak ke tepi. Aku terus naik ke atas tubuhnya dan batang lehernya aku cekik kuat-kuat.
"APA? KAU NAK CAKAP AKU TAK KESIANKAN KAU? AKU BELA KAU BAIK-BAIK, BAGI KAU MAKAN, UBAT LUKA KAU, KAU CAKAP AKU TAK KESIANKAN KAU?! KAU INGAT TAK DULU APA KAU BUAT KAT AKU? ADA KAU BAGI AKU MAKAN MACAM APA AKU BAGI KAU, HAH?! LEPAS KAU SIKSA AKU, ADA KAU UBAT LUKA AKU?! ADA KE?!"
YOU ARE READING
DUNIA BATINKU
HorrorAku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamah...