CHAPTER 18-SEMPURNA

3.1K 97 12
                                    

Aku bersandar di dalam bath tub yang dipenuhi buih-buih sabun. Penat, tapi puas. Ya, itu yang aku rasakan saat ini. Aku baru sahaja tempuhi satu perasaan yang paling hebat yang pernah aku rasa. Paling hebat.

Gelas wain yang berada di sebelah aku ambil dan aku teguk sedikit air merah tersebut. Setelah itu aku meletakkan semula gelas tersebut. Handphone pula aku capai. Pukul 11.30 pagi. Sudah hampir sejam aku berendam di dalam tub. Rilekslah. Aku haruslah nikmati perasaan ni dulu. Lagipun, aku bukannya ada benda yang nak dibuat.

Aku mengangkat tangan kananku dan tersenyum sendiri. Cantik. Berwarna putih kemerahan dan beberapa urat biru timbul di balik kulit yang tampak bersinar itu. Aku melihat celahan kuku yang berwarna nude. Bersih. Mujur tak ada sisa darah ataupun daging yang terselit.

Aku angkat pula kaki kiriku lalu aku silangkan pada kaki kanan. Cantik sangat. Sepasang kaki yang panjang dan halus. Aku layak jadik miss world. Tak gitu?

Cermin bulat di sisi aku capai dan aku letakkan di hadapan wajahku. Aku tersenyum sendiri lantas memegang tepi pipi. Separuh pipi yang dulunya cacat, mata terkeluar, kini kelihatan sempurna, putih, dan gebu. Maya dah cantik. Kali ni, Maya betul-betul cantik. Upacara semalam menjadi. Arima dah tukarkan aku dari perempuan buruk kepada perempuan yang sangat cantik. Aku tak perlu menyorok di sebalik wujudnya lagi.

"Aku cantik, kan?"

Soalku pada wajah di dalam cermin itu.

"Hai cermin ajaib, tunjukkan pada aku siapa perempuan paling cantik dalam dunia ni."

Aku melihat ke arah cermin. Wajah pada cermin itu tetap wajahku. Wajahku yang sangat cantik. Aku tertawa sendiri.

Sekarang aku dah sempurna. Aku dah punya segalanya. Kecantikan, kekayaan, kuasa. Ya, kuasa. Kuasa untuk bunuh siapapun yang aku mahu.

"AHAHAHAHAAHAHAH!"

Aku memejam mata sambil tersenyum. Bau hanyir darah masa terasa hingga kini. Hebat. Itu rasanya melapah musuh sendiri.

Malam tadi, selepas aku menyiat keseluruhan tubuh Luqman. Aku mengeluarkan seluruh organ dalamannya. Organnya aku asingkan terlebih dahulu kerana ia akan menjadi makanan untuk Arima. Setelah itu, aku belah setiap tubuhnya menjadi sepuluh bahagian supaya mudah untuk aku hapuskan tubuhnya. Kepalanya aku bakar hingga jadi debu. Bahagian abdomen aku belah-belah hingga menjadi bahagian-bahagian kecil dan aku masukkan ke dalam freezer. Manakala tangan dan kakinya aku simpan juga di dalam freezer untuk upacara selanjutnya.

Oh, terlupa pula tentang kulitnya. Kulit yang sudah aku siat tadi aku bakar semuanya hingga jadi debu. Dan debu itulah yang aku tabur ke dalam bath tub ini. Hasilnya, nah. Tubuhku sudah semakin cantik.

Arima muncul di balik cermin sambil tersenyum kepadaku. Dia berwujud sama seperti aku. Perlahan-laham, dia keluar dari balik cermin itu dan duduk di sampingku. Tubuhnya basah dan berbogel. Sama sepertiku.

"Kau ada tugas lagi, Maya."

Aku meletakkan cermin itu ke sisi. Setelah itu aku sandarkan kepala ke tepi bath tub sambil memejamkan mata.

"Aku tahu. Tapi bagi aku rehat kejaplah. Kau nak lelaki lagi tak?"

Arima tertawa. Aku membuka mata melihatnya.

"Kau memang hebat. Tak salah aku pilih kau."

Aku memejamkan mata lalu kembali bersandar. Sempat aku menghadiahkan senyuman sekilas. Hari ini, aku akan bertemu dengan Khalis jam 2 petang di luar sebab aku kena ambil tempahan baju di butik. Selepas itu, dia akan ikut aku pulang ke rumah. Aku dah janji untuk masakkan ayam hutan untuknya. Lagi satu, apa salahnya kalau aku jamu Khalis dengan daging segar Luqman sekaligus? Mesti dia suka.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now