CHAPTER 16- SYARAT ARIMA

3.1K 99 3
                                    

"Thank you sayang for today!" Ucapku sambil memeluk tangan Khalis dan mengiringinya ke pintu rumah.

"Betul ni you tak nak I stay malam ni?"

"Ahahahaha," aku tertawa lalu menampar lembut dadanya. Khalis tersengih miang. "Esok okay. Esok I free kan waktu I untuk you, I masak sedap-sedap then I ajak you makan kat rumah I. Okay?"

Dia tersenyum hambar sebelum mengangguk perlahan. "Okay, sayang."

Khalis lantas memakai kasutnya di hadapan pintu. Aku memeluk tubuh sambil tersenyum melihat ke arahnya.

"You nak I balik macam ni je?"

"Maksud you?"

Khalis tersenyum senget seraya berjalan ke hadapan. Aku mengundur ke belakang, merapat dengan dinding sambil tersenyum memandangnya. Kedua tangannya lantas menghadang tubuhku sambil merapat.

"Balik," arahku sambil tersenyum. Hujung jari aku tolak ke dadanya, tubuhnya yang tadinya merapat mulai menjauh perlahan. Matanya mengecil memandangku.

"Sombonglah you hari ni."

"Ehh, I tiap-tiap hari sombong dengan you. You je tak sedar-sedar diri lagi."

"Ohhh tapi bila you dalam bilik dengan I ....." keningnya diangkat ke atas. Aku tertawa kecil. Sebab yang dalam bilik tu Arima. Desis hatiku.

Khalis yang turut ketawa mula menurunkan tangannya. "Okay, okay. Tak apa. Esok I tuntut upah I. You jaga-jaga."

Aku terus membuka pintu untuknya. Khalis menayang muka seakan tak percaya.

"Dahlah. You pergi balik. Ahahahah," sambungku lagi. Dia sudah tertawa, macam tak percaya aku halau dia macam tu je.

"Okay, okay. Siap you esok," ugutnya lagi.

Aku memeluk tubuh sambil melihat dia melambai tangan ke arahku dan berlalu pergi. Setelah tubuhnya menghilang di hujung koridor, aku terus menutup pintu.

Sempat aku mengerling jam yang tergantung di dinding. Pukul 7 malam. Setelah Khalis sampai kira-kira pukul 6 dan membantu aku menyembelih ayam hutan tersebut di dalam bilik air. Setelah itu, barulah aku suruh dia pulang. Iyalah, aku nak sembelih kat mana lagi ayam hutan ni kat rumah aku kalau bukan dalam bilik air. Rumah aku bukannya ada halaman.

Dia pada mulanya terkejut tatkala aku membawa satu bekas untuk mengisi darah ayam tadi. Aku cakap sahajalah yang aku tak nak bilik air aku berbau hanyir. Kalau setakat darah sikit-sikit boleh jugaklah aku nak cuci. Ni kalau merata-rata, ishh tak mahu aku.

Dia tanya aku lagi, kenapa aku tak mintak ayam hutan yang dah siap disembelih dan dibersihkan. Sebab lagi senang nak cari ayam hutan begitu. Aku cakap yang ayam hutan fresh lagi sedap dagingnya. Macam aku cakap, dia takkan bertanya banyak. Aku pulak malas nak tanya mana dia dapat ayam hutan hidup ni. Pandai-pandailah dia kan.

Aku mengambil sebesen air panas dari dapur lalu aku bawa ke bilik air untuk mencabut bulu-bulu ayam hutan yang sudah mati tadi. Darah dari ayam itu memenuhi lantai bilik air. Ayam itu aku basuh seketika sebelum aku rendamkan ke dalam air panas supaya bulu-bulu itu mudah tercabut. Selepas itu barulah aku bersihkan bilik air sampai hilang bau hanyir.

Apabila mendapati bulu pada ayam tu mudah untuk dicabut, barulah aku cabut. Setelah selesai proses membersihkan bulu ayam, aku terus membawa ayam itu ke dapur untuk proses selanjutnya.

..........

12 tahun lalu.

"Perkara pertama yang harus kau lakukan adalah kau harus hapuskan segala air mata kau. Berhenti menangis. Kedua, kumpul segala kekuatan kau untuk mengingat setiap detik kesakitan dan penderitaan yang kau alami. Ingat wajah mereka satu persatu dan ingat segala kekejaman mereka pada kau. Ketiga, kau harus seru aku setiap malam dan kau harus lakukan itu dari mulanya kelam mentari hingga timbulnya siang. Andai mereka ada, kau panggil aku dalam hati kau, dan aku akan menemani engkau sampai bila-bila. Dan keempat, kau harus sedut darah segar yang lahir dari tubuh kau setiap malam meskipun cuma setitis."

Aku ingat benar setiap patah perkataan yang Arima ucapkan malam kelmarin. Berat. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Tapi... dia dah janji kan nak tolong aku? Dia... takkan menipu, kan?

Malam ni, mereka datang lagi. Datang untuk menemani malamku yang dingin. Atau dengan kata yang lebih tepat, datang untuk menyiksa dan meratah setiap sisi maruahku.

Mereka sudah berpesta sambil meneguk air arak. Tak kurang ada yang sedang mengikat lengan dan mencucukkan sesuatu pada tangannya. Aku masih tergeletak di lantai dingin. Tubuhku berbintik digigit semut api. Tapi, rasa sakit itu tak aku rasakan lagi. Sebab semua rasa sakit sudah bercampur-baur menjadi satu.

Seorang antara mereka berjalan ke arahku terhuyung-hayang sambil memegang botol arak. Aku mengerekot dan belakangku merapati dinding tatkala dia mencangkung betul-betul di hadapanku.

"Kau ni... berapa lama tak mandi?" Soalnya. Matanya kuyu melihatku. Rambut yang menutup wajahku diselak ketelinga.

"Tapi rambut kau ni cantik betul. Memang perang semula jadi ke?" Jari yang menyelak rambutku itu dibawa ke hidungnya. "Emm... tapi busuk!"

Aku terus-menerus menundukkan wajah ke bawah. Terdengar dia ketawa kecil. "Busuk-busuk pun cantik apa. Busuk-busuk pun sedap."

Aku mengemam bibir sambil menutup mata rapat. Tangan yang tergari aku belitkan pada tubuh. Menutup dada yang terdedah.

"Kau nak tak aku mandikan kau? Aku ubat luka-luka kat badan kau ni. Tengok ni, habis kena gigit semut. Sayang kulit putih susu macam ni tapi kena gigit semut."

Aku masih terdiam. Tak tahu nak berkata apa. Di dalam hati, berkali-kali aku ulang ayat mantera yang diajar Arima kepadaku sambil menutup mata.

"Kau nak ke tak?!" Jerkahnya kuat. Aku yang terkejut terus membuka mata dan mengangguk.

"Bagus! Aku mandikan kau, lepastu kau layan aku baik punya, okay?"

Hatiku luluh mendengar kata-kata itu. Sekali lagi aku hendak menangis. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?

Berserah? Inikah perkataan yang paling sesuai untuk aku gunakan sekarang ini? Tak.. aku dah terlampau penat. Terlampau penat untuk melawan. Dan aku benar-benar tak tahu harus bagaimana lagi.

Rantai besi yang disangkut pada tiang ditanggalkan tetapi rantai yang membelit kedua tangan dan kakiku dibiarkan sahaja. Tubuhku terus diangkat dengan kedua tangannya.

"Kau jangan melawan. Kau tahu kan apa aku boleh buat kalau kau melawan?" sempat dia memberi amaran.

"Woi. Kau nak bawak pergi mana tu?" Jerit salah seorang rakannya.

"Aku nak mandikan dia. Malam ni korang tak boleh kacau aku. Dia ni aku punya."

Aku mengigit kuat bibirku. Takut. Terasa cecair masuk ke dalam mulut. Terus aku telan. Mungkin bibirku sudah berdarah. Apatah lagi, bibirku sangat kering dan merekah.

Jangan menangis, Maya. Jangan menangis. Kau harus ingat semua penderitaan ini dan kau harus ingat satu-persatu kejadian ini. Agar satu hari nanti, kau mampu balas setiap inci penderitaan yang kau tanggung ini.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now