CHAPTER 19- MAK CIK YAH

2.9K 93 6
                                    

"You ni gilalah! Ahahahaah," aku tertawa tatkala mendengar gurauannya. Sempat aku menampar dadanya sebelum Khalis membuka pintu butik untuk memberi laluan untuk aku keluar terlebih dahulu.

Tatkala aku keluar dari butik, tiba-tiba seseorang melanggar aku hinggakan aku terjatuh di hadapan butik.

"HEI, BUTA KE?!" Sempat Khalis menjerkah orang yang melanggarku sebelum dia mendapatkan tubuhku yang sudah terduduk. Aku menahan kesakitan yang semakin menjalar di tumit. Aku cuba untuk bangun tetapi langsung tak boleh.

"Sayang, are you okay?"

"Auchh. Ahh... sakit!" Aku mengaduh lagi tatkala aku cuba untuk bangun.

"KAU NI BUTA KE?! TAK NAMPAK ORANG SAMPAI NAK LANGGAR-LANGGAR?! KAU TENGOK APA KAU BUAT!"

Jerkah Khalis lagi.

"Khalis... enough..." sempat aku bersuara dalam menahan sakit. Pedihnya tak tertahan. Jangan-jangan kaki aku terseliuh. Aduh, satu hal! Rasa menyesal pulak pakai high heel.

Orang yang melanggarku tadi terus melutut di hadapanku sambil memegang lenganku.

"Puan, puan tak ada apa-apa ke? Ya Allah, saya maaf sangat-sangat puan. Maaf sangat-sangat!"

Aku mengangkat wajah, memandang si pemilik suara wanita itu. Dia kelihatan begitu gusar melihat aku menahan sakit.

"Hei, jangan pegang dialah!" Ucap Khalis lalu menolak kembali perempuan itu. Perempuan itu terjatuh di hadapanku. Aku yang terkejut dengan tindakannya terus menarik lengan Khalis.

"Hey, what's wrong with you?"

"What? Si pengemis ni langgar you, kan? Otak dengan mata letak kat lutut agaknya."

"You're too much, Khalis! I tak suka perangai you macam ni!" Aku menjeling ke arah Khalis yang bagiku tersangatlah kurang ajar. Langsung aku mengesot perlahan ke arahnya dan memegang lengan wanita lingkungan 50-an itu.

"Mak cik, mak cik okay?"

Wanita itu menangis. Dia memegang kembali tanganku. Hatiku menjadi hiba. Sempat aku melihat penampilannya. Ya, pakaiannya compang-camping. Tudung di kepalanya tampak tidak terurus dan ada sedikit kotoran pada muka dan tangannya.

"Mak cik okay. Mak cik tak ada apa-apa. Mak cik mintak maaf kat puan. Mak cik dah langgar puan tadi."

"Tak apa, saya okay je. Mak cik tak payah risau. Saya mintak maaf pasal kawan saya ni, ya?" Ucapku lagi. Sempat aku menjeling ke arah Khalis yang sudah membuat muka tak puas hati.

"Tak, memang salah mak cik. Mak cik lari sampai tak perasan puan kat depan," jawab wanita itu lagi. Dia terus mengesat air matanya dengan hujung baju kurungnya.

"Mak cik lari dari siapa ni?"

"Maya, you tu tengah sakit kan?"

Aku menjeling tajam sekilas ke arah Khalis yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang sebelah.

"Haa tuu! Tuu!" Tiba-tiba kedengaran beberapa orang lelaki bersuara dan berlari ke arah kami. Wanita di hadapanku terkocoh-kocoh bangun seperti hendak melarikan diri. Tapi mungkin kakinya sakit setelah ditolak oleh Khalis, dia jatuh kembali. Dan dia cuba untuk bangun lagi.

"Eh, nak ke mana ni, mak cik?" Soalku yang tak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Tiga orang lelaki itu terus datang dan memaut lengan wanita tersebut untuk menghalangnya lari.

"Kau nak pergi mana hah, orang tua? Kau ingat kau boleh terlepas?" Ucap lelaki tersebut. Aku yang hendak berdiri terus dibantu oleh Khalis.

"Eh, kenapa ni? Kenapa buat mak cik ni macam ni?!" Jeritku pada mereka sambil cuba untuk mencapai tangan wanita itu. Dia sudah menangis teruk. Wajahnya tampak sedang menahan kesakitan apabila tangannya dipegang oleh mereka.

"Cik kalau tak tahu apa-apa baik cik diam. Zul, jom bawak orang tua ni pergi balai," ucapnya lagi. Kawannya yang juga memaut sebelah lengan wanita itu menganggukkan kepala.

"Sekejap. Apa masalah sebenarnya ni sampai nak bawak mak cik ni pergi balai? Tak kesian, ke? Mak cik ni dah tua," sambungku lagi.

"Cik, orang tua ni dah makan kat restoran saya lepas tu tak nak bayar. Dia boleh suka-suka lari macam tu je. Mana boleh biarkan orang macam ni," jelasnya.

"Seriously, just sebab tu?" Aku membulatkan mata seakan tak percaya dengan pengakuan lelaki itu.

"Cik, mak cik ni dah mencuri kt restoran saya tahu tak?"

"Look, dia dah mencuri kat restoran abang ni, lepas tu langgar you sampai you terseliuh macam ni," sempat Khalis meluahkan rasa tak puas hati. Sekali lagi aku menjeling tajam ke arahnya.

"I said enough, right?"

"I know mak cik ni dah makan kat restoran abang. Tapi takkanlah sampai abang kejar dia macam ni then nak bawak mak cik ni pergi balai? Kalau dia makan pun, tak sampai sepuluh ringgit pun, kan?"

Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya melepaskan satu keluhan tak puas hati. Aku melihat semula wanita itu. Dia hanya menundukkan wajah. Tangannya masih dipaut kuat oleh dua orang lelaki itu. Yang seorang lagi hanya memerhati.

"Tolong lepaskan tangan mak cik tu. Kesian dia sakit," ucapku lagi. Mereka berpandangan seketika sebelum melepaskannya.

"Macam ni, I bayar makanan yang mak cik ni makan kat kedai abang," ucapku lalu membuka beg dan mencari dompetku.

"No, no, no. Mak cik, ni RM400. Mak cik bayar makanan yang mak cik makan kat abang ni, then selebihnya mak cik simpan," ucapku sambil menyalam tangannya dan meletakkan 4 keping not RM100 di dalam tangannya.

"Pu... pu... puan. Tak payah, puan..."

"Tak apa, tak apa. Mak cik ambil je. Saya ikhlas," jawabku lalu tersenyum. Wanita tersebut terdiam seketika sebelum sambung menangis. Tiba-tiba, dia terus datang menerpa ke arahku dan memelukku.

"Terima kasih, terima kasih sangat-sangat. Ya Allah, baiknya puan ni. Terima kasih sangat-sangat, puan," ucap wanita itu sambil menangis.

Aku terkaku seketika tatkala dipeluknya. Tubuhku dipeluk erat. Entah kenapa, aku rasakan sesuatu yang agak asing, agak pelik yang menyerap ke dalam hatiku. Perlahan-lahan aku membalas pelukannya.

"Tak apa, mak cik. Saya ikhlas," ucapku pendek.

Wanita itu melepaskan pelukannya. Dan entah kenapa aku rasakan sesuatu yang menjauh tatkala dia melepaskan tubuhku. Aku lantas tersenyum untuk menutupi segala rasa pelik yang singgah di hatiku.

"Terima kasih banyak-banyak, puan sebab tolong mak cik. Ibu ayah puan memang beruntung sebab dapat anak macam puan. Mak cik doa, supaya Allah merahmati kehidupan puan, luaskan rezeki puan dan beri puan kebahagiaan di dunia dan akhirat."

Sekali lagi aku tersenyum, menutup sesuatu rasa pelik yang menyinggah.

Seseorang... berdoa untuk aku?

"Terima kasih, mak cik," ucapku lagi. Aku terus mencari buku kecil dan pen yang tersimpan di dalam beg lalu menulis nomborku.

"Ni... nombor saya. Kalau mak cik perlukan bantuan apa-apa, just call je saya," ucapku selepas mengoyakkan kertas itu dari buku lalu menyerahkan kertas itu kepadanya.

"Baik, puan. Baik. Terima kasih, puan." Wanita itu menangis lagi.

"Panggil Maya je, mak cik. Nama mak cik siapa?"

"Nama mak cik, Sabariah. Panggil Mak Cik Yah je."

"Ouh, Mak Cik Yah. Mak cik nanti bayar ya. Saya nak pergi dulu."

"Puan boleh jalan ke?"

"Maya je, mak cik," ucapku sambil tertawa kecil.

"Eh, mak cik lupa. Kaki Maya okay ke? Boleh jalan?"

"Tak apa. Nanti saya pergi klinik. Lagipun sikit je ni. Jom, Khalis. Pergi dulu ya, mak cik, abang-abang semua," kataku lagi lalu tersenyum kepada mereka sambil berlalu meninggalkan mereka. Khalis memimpin tanganku sambil di sebelah tangannya lagi memegang semua bag-bag kertas dari butik.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now